Lebih seminggu yang lalu saya menyiarkan satu artikel
mengenai kesahihan logo halal pada gula-gula getah
(chewing/bubble gum) yang dijual di pasaraya Giant
Senawang. Yang menjadi tanda tanya ialah adanya ramuan
“Beef gelatin” (gelatin lembu) yang tertera pada
bungkusan gula-gula getah tersebut serta dinyatakan
ianya diperbuat dari negara China.

Hujung minggu baru-baru ini , seperti biasa kami
sekeluarga ke pasaraya Giant Senawang, memandangkan
pasaraya tersebut terletak bersebelahan dengan
kediaman kami. Apabila sampai ke kaunter pembayaran,
teringat saya akan artikel saya sebelum ini. Saya cuba
mencari gula-gula getah tersebut, namun sudah tiada
lagi di semua kaunter. Saya cuba mencari samada telah
dialihkan ke tempat rak gula-gula, namun tiada
kelihatan kelibat gula-gula getah yang dimaksudkan.

Adakah gula-gula getah tersebut habis dijual ataupun
pihak pengurusan telah menarik balik semula barangan
tersebut ?

Tahun lepas juga telah dibangkitkan isu mengenai hak
pengguna Islam di pasaraya Giant Senawang, apabila
menjelang musim perayaan bukan Islam mereka akan
menampal iklan-iklan arak pada troli-troli yang
digunakan oleh para pengunjung tidak kira Islam atau
bukan Islam apabila berkunjung ke pasaraya berkenaan.
Selang seminggu didapati tiada satu pun troli lagi
yang ada iklan-iklan arak.

Ini membuktikan pihak pengurusan pasaraya di Malaysia
ini, walaupun bukan Islam amat prihatin kepada aduan
pengguna. Yang menjadi masalahnya ialah pihak pengguna
sendiri yang bersikap pasif terhadap sesuatu isu ,
bahkan isu yang menyentuh kepentingan mereka sendiri
mereka bersikap berpeluk tubuh, hanya mengharapkan
tindakan pihak berkuasa yang beberapa kerat dan pihak
pengurusan pasaraya memahami kehendak mereka.

Sekiranya para peniaga dan pengilang makanan serta
minuman boleh mempertimbangkan suara seorang individu
dalam masalah hak pengguna Islam , apatah lagi jika
ianya suara masyarakat Islam dalam sesuatu komuniti
itu secara kolektif bertindak dalam sesuatu isu itu.
Contohnya jika terdapat sebuah “mini market” hendak
didirikan, maka wakil persatuan atau pengguna Islam
terlebih dahulu boleh berbincang dengan pihak
pengurusan “mini market” supaya tidak menjual arak
jika mereka menjalankan perniagaan di kawasan yang
majoritinya beragama Islam. Jika mereka terus menjual
arak juga, maka penduduk Islam di kawasan berkenaan
haruslah memboikot daripada pergi ke kedai berkenaan.
Lama kelamaan pengusaha-pengusaha pasaraya akan
bersaing antara satu sama lain siapa yang boleh
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna
Islam, seperti mengadakan ruangan dan kaunter yang
khas untuk barangan yang tidak halal termasuk arak.
Juga mempastikan hanya pekerja bukan Islam sahaja yang
mengendalikan barangan-barangan yang tidak halal dan
penjualan arak.

Budaya berpersatuan lebih-lebih lagi yang melibatkan
kepentingan umat Islam haruslah disemarakkan di
Malaysia ini, budaya berpeluk tubuh, mengambil sikap
tunggu dan lihat  hanya akan merugikan kita semua.

ROZMAL MALAKAN, Kg. Bongek, N.Sembilan


 Layari  http://rozmal.blogspot.com



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Plan great trips with Yahoo! Travel: Now over 17,000 guides!
http://travel.yahoo.com/p-travelguide


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/wpWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke