Mengenai training ESQ ini, ini pertama kali diadakan di Malaysia, hasil usaha alumni2 dari Malaysia yang sudah menghadiri training ini di Indonesia. Di Indonesia, training ini sangat popular, 150000 peserta telah melalui training ESQ. Di bawah adalah testimoni alumni2 dari Malaysia yang pernah mengikuti kursus tersebut. Saya sendiri pernah menghadiri preview yang diadakan di Damansara baru-baru ini. Saya rasa rakan-rakan lain patut hadir juga dan rasai kelainannya. Memang rasa "teruja' untuk mengikuti full training. Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya untuk maklumat lanjut eg. borang pendaftaran, etc. Untuk pengetahuan semua, bagi kumpulan yang mempunyai 6 orang, setiap peserta hanya perlu membayar RM1,1212.50 berbanding kalau pergi secara solo, kena bayar RM1455.00 per person.
Layari website mereka www.esqway165.com 1. Marhaini Yusoff ESQ Eksekutif 37 Pengurus Khidmat Pelanggan PUSPAKOM Saya pernah merasa sangat penat untuk melalui hidup dik perjalanan kerja yang menyesak dada, harapan yang runtuh, persepsi berbeza sehingga menimbul konflik dan pelbagai cabaran yang melingkari kehidupan. Saya tercari-cari ubat pada jiwa yang semakin kering, kecewa dan merana ini dengan membaca dan menyambung pelajaran di dalam Bimbingan dan Kaunseling. Sedikit sebanyak ia membantu namun seolah ada sesuatu yang belum cukup di situ sehingga saya masih lagi ingin mencari. Mendengar cerita rakan yang baru kembali dari training ESQ di Jakarta menarik minat yang dalam untuk saya menyertainya. Perjalanan spiritual yang saya alami di ESQ adalah satu turning point penting dalam kehidupan saya. Ia membawa saya menelusuri ke dalam diri untuk mengenal diri dengan lebih dekat. Rupa-rupanya selama ini terlalu banyak berhala di hati saya. Saya belajar untuk merobohkannya satu persatu. Dan di perjalanan ini telah saya temukan support group yang begitu luarbiasa dengan ikatan hati yang sangat rapat. Banyak keajaiban berlaku apabila kita mengalihkan kecintaan kita kepada Sang Pemilik Cinta. Subhanallah . rupanya apabila cukup Allah bagi kita, segala urusan yang lain sangat dimudahkan. Dan apabila cukup Allah bagi kita, jiwa ini seolah berganti baru dan mengalir semangat untuk melaksanakan Total Action. Apabila cukup Allah bagi kita, kita tidak akan keliru lagi; sebaliknya timbul kekuatan dan keberanian untuk menghadapi apa jua yang mendatang dalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi. Cukuplah Allah bagi saya harta termahal yang Allah anugerahkan kepada saya usai training ESQ. 2. Sofiyah Rasin ESQ Eksekutif 30 Penulis bebas /kolumnis majalah NUR/ perunding motivasi Training ESQ memberikan turning point paling bermakna bagi saya terutama gagasan Psikologi Asmaul Husnanya. Kaedah penyampaiannya memberikan pengalaman spiritual sehingga dapat menghayati sifat-sifat Allah yang tersebut di dalam Asmaul Husna. Ia juga memberikan satu panduan dalam decision making dengan nilai-nilai universal (universal values) yang terkandung dalam Asmaul Husna sebagai pegangan dan prinsip. Ia memberikan keberanian untuk mengambil risiko dari setiap keputusan yang diambil dengan keyakinan bahawa Allah yang Maha Kuasa dan Maha melindungi serta Maha Penyayang pasti akan memimpin dalam pelaksanaan setiap keputusan. I feel so secure in HIS care Dengan penghayatan nilai Asmaul Husna, komunikasi dengan Yang Maha Esa melalui solat terasa lebih indah, seterusnya menjadi teras untuk mengukuhkan komunikasi sesama makhluk (manusia & alam sekitar). Secara menyeluruh training ini memberikan paradigma hidup yang cukup bermakna apabila hidup ini berfokuskan ketuhanan maka apa jua yang ditakdirkan berlaku dalam hidup, ia terasa indah, tenang dan damai. 3. Robi Nurhadi Pelajar PhD UKM Malaysia/Pensyarah Universitas Nasional, Jakarta Sepanjang sejarah training yang pernah saya ikuti di Indonesia maupun di Malaysia, ESQ memiliki metodologi tersendiri yang membedakannya dengan training yang lain. Dan yang lebih penting dari itu, saya merasa terlahirkan kembali.. dalam kondisi spiritual yang lebih baik. Insya Allah. 4. Pesakit PSY, Hospital Klang 03 Mac 06 Saya telah menghidap sejenis penyakit mental bernama Paranoia Delusion sejak berusia 9 tahun. Dan sehingga 20 tahun ini, baru saya mengetahui saya menghidap penyakit ini, itupun setelah dimasukan ke wad, akibat mengelar pergelangan tangan sendiri (antara simptom penyakit). Walaupun rasa kecewa dan sedih kerana saya tidak seperti insan lain yang ceria dan sihat mentalnya, tetapi apa nak buat Sejak berusia 9 tahun itu, ibu bapa sayalah insan yang paling `penat menjaga saya, berbanding adik-beradik saya yang lain, yang sihat mentalnya. Semakin hari, simptom saya semakin kritikal, hingga kalau saya `terbunuh orang sekalipun, saya tidak akan didakwa kerana adanya rekod perubatan saya. Kerana khuatir mencederakan orang lain, saya sentiasa merasa takut untuk bergaul dengan orang. Ini membuatkan saya hilang keyakinan diri ke tahap 0 (zero). Saya lebih suka bersendirian. Namun, bila sendirian, saya lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri pula. Begitu sekali penderitaan saya. Malah, dari hari ke hari, saya menjadi semakin keliru, kerana sukar membezakan antara perkara yang benar berlaku (realiti), atau hanya delusi semata. Memang layaklah saya digelar `mental. Walaupun telah banyak kali menemui doktor psikiatri, saya masih tidak dapat disembuhkan. Malah, doktor mengarahkan saya mengambil ubat `for the rest of my life Siksa rasanya. Kena makan ubat, tapi tak juga sembuh. Malah, simptom itu menjadi dua kali ganda teruknya apabila saya berhenti makan ubat. Kini, doktor hanya menunggu laporan atau aduan dari sesiapa, jika saya masih mencederakan diri sendiri, bercakap seorang diri di`public ataupun saya berhenti makan ubat tanpa keizinan doktor. Sekiranya ada yang mengadu, maka saya akan ditahan dalam wad psikiatri. Maka, terus-terusanlah saya berlagak `normal semata-mata untuk tidak ditarik ke hospital mental. Dan berterusan jugalah orang membenci saya (kerana tidak tahu dan faham penyakit saya ini). Tetapi, apakan daya, kalau dah sakit, sakit juga Kadang-kadang saya akan bercakap sendirian (delusion) dan amat memalukan apabila ia terjadi di khalayak ramai. Dan itulah sebab mengapa saya lebih suka bersendirian. Agar dapat mengawal diri dan menutup kelemahan diri sendiri. Namun, setelah pulang dari ESQ, saya merasakan, sakit saya itu sebagai satu nikmat dan hikmah yang saya dan Allah sahaja mengetahuinya. Kerana apa saya berkata begitu? Kerana selama ini saya mampu berkomunikasi dengan `halimunan (hahaha) secara delusi. Sebenarnya, Allah beri penyakit itu, agar saya belajar berkomunikasi dengan Allah sahaja. Betullah kata alim, tiada apa yang dijadikan Allah sia-sia. Walaupun saya masih mengambil ubat (kadang-kadang ambil, kadang tak ambil), jiwa saya tidak seteruk dulu. Dan lebih tenang dan `normal apabila saya `gunakan penyakit itu sebagai mangkin untuk saya `berbual dengan Allah Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia-sia. Saya gembira sekarang, walaupun saya masih dicap `mental, tetapi Tuhan sahaja tahu bagaimana `mental itulah yang membawa saya `berbual denganNya. Itulah kelebihan ESQ. Satu perantara untuk saya kenal diri saya, dan mengenali Tuhan pencipta saya dan pencipta penyakit saya itu. Kalau dulu saya selalu salahkan Tuhan kerana menjadikan saya `tidak normal tetapi sekarang saya semakin nampak jelas, akan tujuan Dia lakukan itu semua pada saya Sesugguhnya saya baru sedar bahawa betapa baiknya Allah itu, betapa pembantunya Dia, betapa Dia memelihara saya Dan sekarang, setelah genap 7 bulan meninggalkan ESQ, saya telah berjaya mengawal diri dari bergantung hidup pada ubat. Sebaliknya bergantung hidup pada Allah semata. Sejak pulang dari ESQ, saya seolah tahu jaga diri sendiri. Lebih lagi penyakit sendiri. Semuanya dengan bantuan Allah yang baru saya kenali di ESQ itu. Kalau dulu, dos ubat yang saya ambil adalah 3 biji satu hari, sekarang ini saya telah kurangkan kepada 1 biji sehari, itupun kadang-kala saya tak ambil langsung (jangan beritahu doktor ye!). Itulah kekuasaan Allah, kasih sayang Allah yang saya temui setelah pulang dari ESQ. Dan yang penting, saya tidak lagi rasa `terhina dengan penyakit ini, malah rasa lebih disayangi Allah . Kerana ESQ telah membawa saya mengenali setiap kejadian dan ciptaan Allah, semuanya ada sebab tersendiri. Terima kasih ESQ. Betapa ESQ ini mampu merubah minda (mindset) seorang pesakit mental sesuatu yang amat sukar dan mustahil dilakukan oleh doktor pakar psikiatri sendiri ! ESQ juga telah memperkenalkan saya pada `pakar psikiatrik sebenar dan kini, `pakar itulah yang menjadi rujukan saya Kepada pesakit-pesakit mental, inilah satu-satunya laluan sebenar untuk anda sembuh. InsyaAllah 5. Penagih Cinta- 03 Mac/ 06 Sebelum saya menyertai training ESQ ini, saya merupakan seorang perindu dan penagih cinta. Saya rasakan, hidup ini kosong tanpa menyintai dan dicintai manusia. Saya selalu merindui manusia bernama lelaki (suami) dan menagih cinta mereka. Sehingga saya tidak dapat bezakan antara cinta Bahimiyah (kebinatangan) dengan cinta Suci. Waktu itu, seluruh jiwa dan hidup saya, saya peruntukkan pada seorang manusia bernama lelaki (suami). Malah, dulu saya beranggapan, dengan adanya cinta suami, saya akan bahagia. Namun, tiba satu detik apabila saya ditinggalkan oleh suami saya. Ia telah mengubah seluruh hidup saya. Saya tidak salahkan suami, kerana ia adalah ketentuan Allah. Walaupun dulu saya sedaya upaya memujuk hati dengan cuba redha dengan ketentuan itu, tetapi jauh di sudut hati, saya masih seolah mahu menyalahkan Tuhan (nauzubillah). Saya menjadi murung dan telah banyak kali membuat percubaan membunuh diri kerana merasakan `apalah gunanya hidup jika tiada sesiapa cinta pada saya Malah, saya dicap sakit mental apabila terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan terapi agar saya tidak terjebak ke dalam keputusan mencabut nyawa sendiri. Saya sangka, saya sudah tidak ada erti dan fungsi sebagai seorang wanita. Malah, saya rasa terlalu dihinakan oleh manusia. Malah, pernah juga saya merasakan Tuhan dengan sengaja mahu menghina saya! Tetapi saya silap. Setelah mengikuti ESQ (dengan bantuan Sharifah Noorul Huda), saya merasakan hidup saya betul-betul seperti `hidup. Kerana, bukan sahaja saya tenang, tetapi saya telah berjaya alihkan perasaan cinta manusia yang saya tagih selama ini kepada cinta Allah s.w.t. Dahulu, saya sering meminta agar Tuhan temukan saya dengan cinta sejati, cinta hakiki dan cinta yang tidak akan membuat saya sedih selamanya Ajaibnya, Allah menjawab permohonan saya itu, dan Dia menemukan cinta yang selama ini saya cari. Saya tak mampu nak gambarkan di sini, betapa hebatnya kekuasaan Allah dalam menentukan segalanya untuk saya, selaku ciptaanNya. ESQ ini telah benar-benar membuka mata saya, untuk nampak Cinta yang saya mahukan selama ini. Itulah Cinta yang selama ini saya tidak sedar akan kewujudannya yang sangat dekat dengan saya. Itulah Cinta yang selama ini tidak pernah `membuang saya walaupun berjuta kali saya berbuat salah terhadapnya. Malah cinta itulah Cinta yang tidak pernah membiarkan saya keseorangan. Cinta itulah yang telah membesarkan saya, menjaga saya sejak dalam kandungan ibu lagi, memelihara saya selama ini, memberi apa sahaja yang saya inginkan, itulah Cinta yang amat luarbiasa perasaannya. Bukan manusia yang memelihara saya, tetapi Cinta itu. Malah, walaupun setelah banyak kali saya cuba untuk membunuh diri, tetapi Cinta itulah yang masih menyelamatkan dan menghidupkan saya. Cinta itulah yang telah memberi nafas pada saya, untuk terus merasai nikmat Cinta sebenar itu. Nikmat Cinta yang saya tak pernah rasa selama bercinta dengan manusia. Dan yang paling ketara setelah mengikuti training ini, ialah hilangnya rasa sunyi dalam hidup. Dulu, apabila diceraikan suami, saya terlalu sunyi apabila hidup seorang diri, sehingga membuatkan saya sering `lepak dengan kawan-kawan dan join macam-macam aktiviti malam seperti merokok, minum arak, berfoya-foya dengan harapan agar saya dapat mengubati kesunyian itu. Tetapi kesunyian itu tetap ada, malah semakin teruk sehingga saya dibekalkan ubat-ubat oleh doktor Psikiatri. Macam-macam ubat diberikan pada saya untuk membolehkan saya buang perasaan sunyi itu dan agar bertindak `di luar kawalan. Kini, setelah mengenali Cinta itu, saya sudah seperti mahu termuntah apabila diminta melepak. Saya lebih suka duduk di rumah, kerana di rumah ini, saya dapat selalu bertemu Cinta itu dengan lebih kerap. Kerana, bukankah selama ini, saya hanya memerlukan Cinta dalam hidup ? Nah, kini, saya sudah temui Cinta itu. Untuk apalah saya buang masa dan wang lagi untuk menagih cinta lain. Inilah doa yang saya selalu ucapkan setelah pulang dari ESQ . Oh God please help me Please allow me to be in your arms And dont let me go again Allow me to feel your love Allow me to love you, O God Coz, You are the most loving The Most Caring The Most Forgiving Please hold me in Your arms, and dont let me go . Dan kepada mereka yang masih sunyi dan mencari cinta, mereka pasti akan bertemu Cinta itu di ESQ ini. Subhanallah Walau segunung kesalahan yang dibuat terhadap Cinta ini, Cinta itu tetap menerima kita, tetap membelai kita, tetap menyayangi kita, tetap menjaga kebajikan kita, tetap memberi segalanya pada kita, tetap sudi menerima kita .itulah dia cinta yang paling indah Rasakanlah sendiri __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ////////////////////////////////// Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/