Abu Bakar lalu berlutut di samping katil.Tangannya
membuka kain penutup wajah Nabi.Beberapa saat lamanya
ia terpaku memandang wajah Nabi yg indah.Abu Bakar
menarik nafas panjang sambil berbisik"Wahai
junjunganku.Alangkah tampan wajahmu ketika masih hidup
dan alangkah tampan wajahmu ketika mati.Seandainya
engkau tidak melarang ,tentu aku meratapimu  lantaran
beratnya akan perpisahan ini.

Titisan air mata mengalir membasahi pipi dan
janggutnya.Dia kini menyaksikan sendiri,Betapa Rasul
yang amat dicintainya telah kembali ke hadrat
Ilahi.Tiba-tiba dia teringgat kepada Umar lalu
berkatanya:

        "Demi Allah ,tidak akan ada dua kematian kepadamu,ya
Rasulullah".

Ditutup kembali kain panjang itu ke kepala baginda
yang mulia,Abu Bakar kemudian bangun dan melangkah
keluar dengan tenang.Ia mesti menjumpai Umar Al Khatab
dan menerangkan keadaan yang sebenarnya.Abu bakar
terus melangkah ketempat Umar.Dari jauh Abu bakar
melihat Umar yang tinggi tegap,bediri di bawah terik
mentari.Orang ramai terpingga-pingga
kebinggunan.Apakah benar berita yang mereka
dengar?.Atau apa Umar yang benar?

Abu Bakar tahu perasan Umar yang tidak dapat menerima
kehilangan Rasul.Di sendiri sedang bergelut dengan
kesedihan yang amat dalam.Lalu dia pun berseru dengan
nyaring.Seruan itu ditujukan kepada semua yang hadir
terutama kepada Umar.

"Barang seiapa menyembah Nabi Muhammad ,sesungguhnya
Rasulullah benar-benar telah wafat.Dan barang siapa
menyembah Allah,maka Allah tidak pernah mati dan abadi
selama-lamanya."

Kemudian beliau membacakan sebuah firman Allah dalam
Al-Quran:

"Dan tidaklah Muhammad itu kecuali seorang Rasul.Sudah
berlalu rasul-rasul lain sebelumnya.Kerana itu,Apakah
jika Muhammad meninggal dunia atau terbunuh,kamu akan
murtad dan kembali kepada agama nenek moyang
kamu?.Sungguh barang siapa murtad kembali kepada agama
nenek moyang,tidak sedikit pun menimbulkan kerugian
kepada Allah SWT.Dan Allah akan menganjarkan pahala
bagi orang-orang yang bersyukur."

                                                                        (Ali Imran:144)

Tiba-tiba Umar terjatuh lemah di atas kedua
lututnya.Tangannya menjulur kebawah  bagaikan
kehabisan tenaga.Keringat dingin membasahi seluruh
badannya.Bagaikan baru hari itu dia mendengar ayat yang
sudah lama disampaikan oleh Rasul kepada mereka.Kini
hatinya benar-benar tersentak.Tidak ada alasan lagi
untuk dia menolaknya.Bukankah ia keluar dari mulut 'As
Siddiq',orang benar lagi membenarkan!

        "Oh benarlah baginda telah pergi untuk
selama-lamanya.Kau pergi meninggalkan kami yang amat
mencintaimu,"rintih hati Umar.

Dan tangis kecintaan tersebut terus merembat   ke hati
para sahabat dan ke seluruh hati umat sehingga akhir
zaman.Kecintaan orang beriman kepada Rasulnya yang
tidak pernah putus sekalipun oleh kematian kerana
kecintaan atas dasar iman itu tetap lestari dan abadi.

Baginda telah berangkat dengan tenang meninggalkan
umatnya yang telah dibekalkan dengan panduan hidup
yang kukuh iaitu dua pusaka,Al-Quran dan sunnah.Dan
tidak sesat umatnya apabila tetap berpegang teguh
kepada dua pusaka tersebut.

"Aku tinggalkan kepada mu dua pekara,barangsiapa
berpegang kepada kedua-duannya,tidak akan sesat
selama-lamanya,iaitu Kitabullah dan Sunnahku."

                                                                        (Riwayat Ibnu Abdi Bar)

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
 
Want to be a wise steward?
· Invest 60¢ a day in the life of a child.
· Click here to view an investment of a lifetime..


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke