WHO CARES? ALLAH CARES!!

From:  Caring Mommy <[EMAIL PROTECTED]>
Date:  Fri Oct 22, 2004  8:35 pm
Subject:  an apple a day won't keep the doctor away


 
Assalamualaikum,
Meneliti senarai hutang tertunggak oleh individu-individu kepada sebuah hospital pakar di selatan tanahair, saya perhatikan ada seorang pesakit berhutang hampir RM70 ribu. Bila dilihat status, beliau telah meninggal dunia. Saya menghubungi Finance Manager hospital berkenaan untuk bertanya bagaimanakah untuk mendapatkan hutang tersebut memandangkan beliau telah meninggal. Saya dimaklumkan bahawa Baitulmal akan membantu allahyarham menjelaskan bil hospitalnya kerana arwah pernah menjadi guru agama di Johor semasa hayatnya. Saya tanya balik pada FM, 'Kalau tak pernah jadi guru agama, takkan Baitulmal tak boleh tolong kot? " Dia diam.
 
Alangkah indahnya...
 
Kalau zakat dikutip dah diberikan kepada asnaf yang 8 - yang termasuk orang berhutang. Malangnya, Baitulmal tolong pun 'pick & choose'. Pilih-pilih.
 
Saya pernah tanya Pak Imam merangkap amil di sebuah masjid, 'Pak Imam, apa dibuat dengan duit zakat ni? " Dijawab: Kita beri biasiswa pada pelajar-pelajar di Arab Saudi, Jordan, bla.. bla.. bla.." Kenapa? Fii sabilillah...
 
Apabila makna 'fii sabiilillah' pun telah diputarbelitkan, zakat digunakan untuk buat bangunan, investment dalam joint-venture projek dengan pihak swasta, maka asnaf yang 8 teraniaya...
 
kasihan keluarga ini...Kalaulah ada Khalifah dalam sebuah Daulah Islamiyyah yang menerapkan hukum-hakam Islam secara kaffah (keseluruhan) bukan sekerat2 - pasti masalah pendidikan, kesihatan, dll - is well taken care of.. Teringat kisah seorang warga emas keturunan Yahudi di zaman Khalifah Umar AlKhattab. Yahudi ini mengadu tidak cukup wang untuk membayar jizyah juga terpaksa bekerja untuk menyara keluarga di usia senja walaupun tak larat. Khalifah Umar bukan sekadar membatalkan bayaran jizyah keatasnya, malah perbelanjaan seluruh keluarga Yahudi ditanggaung oleh Baitulmal.
Saya merindui seorang Khalifah seprihatin Umar Al Khattab, bukan 'khalifah' yang hanya timbul bila isu di war-warkan oleh Edisi Siasat...
 
Sumbangan kewangan pada keluarga ini akan menyelesaikan masalah keluarga ini sahaja. Sebaliknya usaha kita menegakkan semula Khilafah yang akan menerapkan Islam secara keseluruhan akan dapat memastikan kemaslahatan semua rakyat jelata - kaya, miskin, Muslim, ahlul zimmah terpelihara.
 
Let's work towards re-establishing the Khilafah....NOW !!!!!!

Sharifah Zalekha perlu jelas bil rawatan RM84,000

Berita Harian 23 Oktober 2004
MELAKA: Pesakit barah payu dara, Sharifah Zalekha Syed Ismail berdepan dengan tindakan undang-undang jika gagal menjelaskan bil rawatannya yang kini mencecah RM84,000.

Eksekutif Kawalan Kredit Pusat Perubahan Mahkota (MMC), Hong Chin Yeow, berkata bil itu meliputi kos pembedahan, perubatan, bilik rawatan dan makan minum sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 17 Jun lalu.

Beliau berkata, pihaknya memberi rawatan dan layanan terbaik kepada pesakit terbabit dan segala kosnya perlu dijelaskan.

Katanya, jika mengikut prosedur biasa, pesakit atau waris mereka perlu menjelaskan setiap kos rawatan yang dikenakan dan mereka berdepan dengan tindakan undang-undang jika gagal menjelaskannya.

"Bagaimanapun, tindakan ini boleh dikecualikan jika ada pihak tertentu memberi jaminan untuk menjelaskan bil yang tertunggak itu.

"Setakat ini, kami hanya menerima bayaran kira-kira RM9,000 dan bil rawatan yang tertunggak setakat ini berjumlah RM84,000," katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan Aidilfitri kali ini bagi keluarga seorang kontraktor kecil di sini tidak mungkin semeriah sebelumnya apabila semua hartanya terpaksa dijual semata-mata mahu menyelamatkan nyawa isterinya yang kini terlantar di Pusat Perubatan Mahkota (MMC), sejak empat bulan lalu.

Mohd Amin Yahya, 54, melakukan pelbagai usaha untuk membiayai rawatan isterinya, Sharifah Zalekha, 45, yang koma selepas menjalani pembedahan barah payu dara buat kali kedua.

Beliau sudah menjual rumah, kereta dan motosikal untuk membiayai kos rawatan pembedahan sebanyak RM77,000 yang dikenakan oleh pusat perubatan itu, tetapi belum mencukupi.

Sharifah Zalekha menjalani pembedahan membuang payu dara kanannya tahun lalu dengan kos sebanyak RM18,000 dan berjaya dilunaskan tetapi penyakitnya berjangkit ke sebelah kiri dan memerlukan pembedahan kedua Jun lalu. Sejak itu kosnya meningkat hingga RM77,000.

Sementara itu, Mohd Amin ketika dihubungi, berkata beliau akan berikhtiar untuk membayar kos rawatan itu.

Katanya, isterinya dikeluarkan dari MMC tengah hari semalam dan kini ditempatkan sementara di Hospital Melaka (HM) sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut, hari ini.

 
 


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail Address AutoComplete - You start. We finish.

///// MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke 
            [EMAIL PROTECTED]



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
 
Will you help a needy child?
· It only costs .60¢ a day · It's easier than you think.
· Click here to meet a waiting child you can sponsor now.


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke