Ass,
Dalam usaha dakwah diperkenankan untuk menyampaikan maupun menulis laporan atau 
kargozari (bhs India). Umumnya disampaikan oleh rombongan yang telah selesai 
keluar di jalan Alloh (khuruj) kepada jamaah atau karkun (bhs India) lainnya. 
Laporan ini berdasarkan pengalaman lapangan selama khuruj  dengan tujuan untuk 
menyampaikan kondisi masjid2 dan masyarakat muslim yang dikunjungi serta 
memberi motivasi pada jamaah lainnya.
Berikut ini laporan dari Jamaah Malaysia yang khuruj di Jerman selama 4 bulan, 
saya ambil dari http://fedenet.multiply.com/tag/kargozari.

Wassalam,
Roziqin

Laporan Dakwah Di Jerman Oleh Rombongan MalaysiaI
 
Bismillahirohmanirrohim.Im Namen Allahs, des Allarbarmers, des Barmherzigen.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, 
menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan 
bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala 
iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang 
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,
Kehadapan syura dan rakan-rakan seusaha semoga sentiasa dirahmati dan 
dilindungi Allah Ta’ala.
Alhamdulillah, sekarang telah hampir 2 bulan kami dalam perjalanan membuat 
usaha atas iman serta mencari keredhaan Allah Ta’ala.
Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat Illahi kesemua kami dalam keadaan sihat 
wal’afiat, juga satu hati dan bertambah keakraban serta kasih sayang.
Lapuran kami teruskan di Sehid Samil Masjid, Reutlingen. Sebelum ini tiada 
jemaah yang pernah buat usaha di masjid ini kerana mereka tidak membenarkan 
beriktikaf dalam masjid. Alhamdulillah, dengan fikir risau dan usaha karkun 
tempatan, kami adalah jemaah pertama yang dibenarkan beriktikaf. Walaupun 
masjid ini dikenali sebagai masjid Turki, tetapi 3 orang karkun tempatan dari 
Habsyah, AlJaazair dan Pakistan telah berusaha memecahkan benteng pemisahan 
antara keturunan dengan baik dan penuh hikmah. Natijahnya, masha’Allah, 
sambutan penduduk tempatan adalah sangat baik dan mereka sangat senang dengan 
kedatangan kami.
Di masjid ini kami banyak belajar bagaimana bergaul dengan masyarakat Islam 
Turki di Germany. Subhanallah, mereka pada zahirnya nampak kasar dan tidak 
mesra tetapi ikhtilat dan ikram membuka lebar ruang kemesraan dan kasih sayang. 
Di masjid ini kami dilayan dan dijamu seolah-olah kami adalah satu rombongan 
orang-orang kenamaan dari Malaysia. Jelas terbayang erti memuliakan tetamu dan 
ikram muslimin, sehinggakan ianya menampakkan betapa kekurangannya layanan kami 
terhadap saudara-saudara kami yang bergerak dalam jemaah-jemaah dakwah dan 
tabligh yang pernah mengunjungi masjid dan surau di tempat kami. Semoga Allah 
Ta’ala ambil kerja agama dari mereka semua kerana mereka lebih layak dari kami. 
Perjumpaan dan perpisahan sentiasa dengan pelukan mesra dan senyuman. Malah 
mereka menunjukkan kesukaan mereka kepada jemaah kami sehinggakan kami tidak 
tahu apa reaksi kami apabila mereka mengambil foto-foto kami dalam masjid 
sewaktu bayan!
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah 
(untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan 
pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah 
orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan 
limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)
Route kami seterusnya adalah Albstadt, satu bandar kecil di selatan 
Germanyberhampiran sempadan Switzerland. Beberapa orang pelajar Malaysiabelajar 
dan buat usaha agama di sini. Rata-rata pelajar Malaysiayang belajar di 
Germanyini dikenali oleh orang Islam tempatan sebagai pemuda-pemuda yang soleh 
dan penggerak usaha agama. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Maulana Ilyas 
rahmatullah alayh bahawa bukanlah maksud usaha agama ini semata-mata untuk 
melahirkan para hafiz dan para alim tetapi untuk melahirkan masyarakat “dindar” 
(yang soleh dan bertaqwa). Jelas, pelajar-pelajar Malaysia, khususnya yang 
telah didedahkan dengan usaha dakwah dan tabligh sebelum datang ke sini, telah 
menjadi penggerak dan pembantu kepada usaha agama di Germany. Walaupun di 
tempat yang telah maju usaha agama seperti di United Kingdom, pelajar-pelajar 
Malaysia telah lama menjadi penggerak kepada usaha agama di sana, tetapi 
kebanyakan mereka adalah daripada kalangan post
 graduate, manakala di German mereka terdiri daripada pemuda-pemuda daripada 
kalangan undergraduate. Dalam usia semuda mereka, mereka telah berjaya menambat 
hati masyarakat Islam tempatan. Mereka bahkan menjadi muazin dan imam-imam di 
masjid-masjid makami mereka. Semoga Allah Ta’ala meningkatkan fikir dan usaha 
rakan-rakan kami yang telah mengambil tanggungjawab atas usaha agama 
pelajar-pelajar di IPTA/IPTS, khususnya pelajar-pelajar yang sedang mengikuti 
kursus persediaan ke luar negara. Sesungguhnya usaha atas pelajar-pelajar 
tersebut telah menjadi asbab hidayat ke seluruh alam dan akan terus menjadi 
asbab hidayat atas hati-hati manusia di seluruh dunia, insya’ Allah.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi 
kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami 
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya 
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha 
membaiki amalannya.” (Al-Ankabuut 29:69)
Di Switzerland, kami buat usaha dari Masjid Madni, Weinbergstrasse 147, Zurich, 
Schweiss. Switzerlandbukanlah termasuk dalam route takaza kami dari KL, tetapi 
beberapa orang rakan seusaha dari Malaysiatelah memaklumkam kepada orang-orang 
tanggungjawab Germanysupaya kami di hantar ke sanaselama beberapa hari. Adadua 
orang rakan seusaha dari Malaysia di Swiss, seorang telah menetap 16 tahun di 
sanadan seorang lagi bekerja di Sauber-Petronas Zurich. Kami juga dinusrah oleh 
seorang rakan seusaha berbangsa Itali yang fasih bercakap Kelantan. Masya 
Allah, beliau mendapat hidayat sewaktu beliau melancong ke Kelantan dan buat 
usaha agama di Kelantan selama 4 tahun sebelum berhijrah ke Switzerland. Beliau 
sangat serasi menjadi mutarjim jemaah kami kerana beliau hanya boleh bertutur 
dalam loghat Kelantan.
Kami buat usaha di Zurichhanya selama 4 hari. Dari sanakami dapat sedikit 
karguzari tentang usaha agama di Swizerland. Usaha agama di Switzerlandbermula 
sekitar awal 1970an. Jemaah pertama yang sampai ke Swizerland adalah jemaah 
dari Pakistan. Mereka telah memulakan usaha di Swizerland dalam keadaan payah 
dan penuh mujahadah. Oleh kerana hampir tiada masjid di Swizerland pada masa 
itu, mereka telah tidur berhamparkan salji. Berkat susah payah mereka dan usaha 
agama yang mulai berputik di Swizerland, sekarang telah ada 120 buah masjid di 
seluruh Schweiss. Di kawasan Zurich sahaja ada 30 buah masjid, 15 buah masjid 
dalam pusat bandar, dan daripadanya 6 masjid ada amalan makami. Satu gereja 
telah diubah menjadi masjid di Zurich.
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka 
hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain 
dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari 
jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu 
bertakwa.” (Al-An’aam 6:153)
Kami dapat karguzari bahawa sebelum usaha agama berkembang di Switzerland, 
masyarakat Islam di sanaamat dibenci oleh masyarakat tempatan kerana keadaan 
akhlak mereka yang tercela dan terlibat dalam berbagai kegiatan maksiat dan 
jenayah serta dianggap sebagai sampah masyarakat. Adadiantara mereka yang 
sanggup bekerja di gereja-gereja membunyikan loceng-loceng kebathilan. 
Alhamdulillah, keadaan hidup mereka telah berubah dengan berkembangnya usaha 
agama di Swizerland, walaupun masih tidak secara total. Masalah utama mereka 
adalah kesan suasana sekitaran yang menjadi musuh utama kepada iman. Sewaktu 
kami di sana, orang-orang Swiss yang bertuhankan keduniaan sedang menganjurkan 
pesta lucah jalanan Zurich Street Festival. Alhamdulillah, Allah Ta’ala masih 
melindungi sebahagian hamba-hambaNya dengan RahmatNya dengan asbab usaha 
agama.Di Zurich juga kami mengunjungi seorang lelaki Melayu yang berkahwin 
dengan wanita Swiss dan membuka perniagaan restoran di
 Zurich dengan menjual minuman keras dan menghidangkan masakan khinzir. Sewaktu 
jumpa beliau di restorannya, kami tasykil beliau untuk solat berjemaah dan 
bersama dengan kami tetapi beliau tidak bersedia untuk beri masa. Amat sedih 
keadaan hidup yang beliau alami dibawah kongkongan isterinya. Semoga Allah 
Ta’ala selamatkan iman beliau.
“Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayat petunjuk (tentang yang benar 
dan yang salah).” (Al-Layl 92:12)
Usaha agama di Switzerlandadalah di bawah tanggungjawab dan pengawasan France. 
Setiap awal bulan pada minggu pertama, mereka bermesywarah di Francedengan 
orang-orang tanggungjawab di sana. 2 bulan sekali rakan-rakan seusaha seluruh 
Switzerlandbermesywarah di Masjid Madni di Zurich. Sebagaimana di Germany, 
usaha agama di Switzerlandadalah secara terbuka. Tiada masaalah untuk buat 
umumi ghast. Cuma kehadiran kami sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana 
ketrampilan dan cara berpakaian kami berbeza daripada mereka. Sewaktu kami buat 
umumi ghast di tengah-tengah bandar, tiba-tiba datang seorang wanita 
cubamemberikan kami sekuntum bunga. Masya Allah, terkejutnya kami waktu itu tak 
tahu apa nak buat, cuma berjalan terus dengan merendahkan pandangan mata.
Seterusnya kami kembali ke Ulm, Germanydimana kami buat usaha di Masjid 
Arabische Zentrum, Zeppelinstrasse 35, Ulm. Kami dimaklumkan bahawa jemaah 
Malaysiapertama juga buat usaha di masjid ini tahun lepas. Alhamdulillah, 
berkat daripada pengorbanan mereka dan usaha rakan-rakan seusaha tempatan, di 
masjid ini hidup 5 amal. Usaha agama di sini rata-rata dijalankan oleh 
pemuda-pemuda Arab dan Turki serta pemuda-pemuda German yang baru masuk Islam. 
Di masjid ini 10 orang pemuda German telah masuk Islam dalam jangka masa 10 
bulan yang lalu dan kebanyakan mereka buat usaha agama. Beberapa orang diantara 
mereka sedang belajar bahasa Arab di Mesir. Beberapa orang keluar 40 hari, 10 
hari dan 3 hari dari masjid ini.Kemudian jemaah kami singgah di Masjid 
Salahuddin, Frauentorstrasse 10, Augsburg. Terdapat 15 buah masjid di Augsburg. 
Alhamdulillah, di sini kami dapat nusrah daripada seorang hafiz dan alim, 
Maulana Mustaffa Islam, berketurunan Turki yang belajar di
 Raiwind selama 9 tahun. Hanya di masjidnya (Islamische Gemeinschaft Milli 
Gorus, Boschstrasse 61-65, Augsburg) ada amal makami tetapi tidak dibenarkan 
i’tikaf. (Sebelum kami terlupa, Maulana Mustaffa kirim salam pada Hafiz Umar, 
dan semua maulana-maulana di Markaz Sri Petaling yang pernah belajar bersamanya 
di Raiwind dulu).
Di Augsburg juga kami buat usaha atas pelajar-pelajar tajaan MARA berpusat di 
German MalaysiaInstitute (GMI), Kuala Lumpur. Alhamdulillah, mereka ini telah 
melapangkan masa bersama kami selama 3 hari dan beberapa orang daripada mereka 
telah keluar 3 hari bersama rakan-rakan seusaha tempatan. Rata-rata mereka 
telah mengenali usaha agama semasa mereka belajar di GMI.
Perjalanan kami diteruskan ke M? (Munich). Oleh kerana M? adalah antara kota 
terbesar di German dan pusat perindustrian dan ramai penduduk Islam dan banyak 
pula masjid, kami telah buat usaha di sini selama 11 hari berpusat dari 
Masjid-ul Ummah, Tagetesstrasse 6; Masjid Salih Sanli, Carl-Wery-strasse 60; 
dan Masjid Omar, Bergmannstrasse 10, Munchen. Masjid-ul Ummah ialah tempat 
tumpuan usaha agama di Munchen dan Sheikh Abdul Wahid sab, jemaah tasykil 
German juga bermakami di sini. Kami telah targheeb pelajar-pelajar 
Indonesiasekitar 12 orang kepada usaha agama di Masjid Omar yang rata-rata 
mereka tidak pernah mendengar mengenai usaha atas iman dan amal. Kami juga 
telah bentuk 2 atau 3 jemaah untuk buat ghast di penginapan pelajar-pelajar 
universiti, di penginapan suaka politik, serta penginapan awam.
Seterusnya kami buat usaha selama 3 hari di Masjid Ar-Rahman, Hemauerstrasse 
20, Regensburg, tidak jauh dari sempadan CheczRepublic. Kemudian kami 
meneruskan perjalanan ke Nurnberg. Dalam perjalanan ke N?g kenderaan-kenderaan 
kami ditahan oleh polis setelah diikuti beberapa lama. Alhamdulillah, mereka 
membenarkan kami meneruskan perjalanan setelah mereka memeriksa passport dan 
beg-beg kami. Semasa diperiksa kami bersolah maghrib ditepi jalan. Seorang 
rakan seusaha tempatan keturunan Bosniayang nusrah kami telah mendakwahkan 
anggota-anggota polis berkenaan kepada Islam. Sebenarnya ini adalah kali ketiga 
kami ditahan oleh polis German. Perkara ini kami anggap sebagai satu perkara 
biasa apatah lagi dengan salah tanggapan orang-orang bukan Islam terhadap 
orang-orang Islam dewasa ini. Apa yang jelas, mereka ini adalah masyarakat yang 
jiwa mereka diselubungi ketakutan, seperti seorang yang naik keretapi kelas 
satu tetapi tidak memiliki tiket.“Serulah ke
 jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat 
pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) 
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih 
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih 
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (An-Nahl 16:125)
Di N?g, kami buat usaha di Masjid Bilal, Zufurhstrasse 8. Dua tahu dahulu 
masjid ini hidup 5 amalan masjid tetapi sekarang solah fardhu pun tidak lagi 
dikerjakan dengan berjemaah. Di atas rak buku masih tersusun beberapa kitab 
Fadhail Amal dari berbagai bahasa. Usaha kami di sini ditumpukan terhadap 
menghidupkan kembali amalan masjid. Setelah kami khususi beberapa rakan 
seusaha, ramai lah ahli jemaah masjid dapat dikumpulkan dan diberi targheeb 
untuk menghidupkan kembali amalan masjid. Alhamdulillah, suasana masjid kembali 
hidup dan jelas terbayang harapan pada wajah-wajah mereka. Mereka bersama-sama 
bergandingan dengan kami buat umumi ghast dan memulakan semula taklim masjid. 
Jemaah 3 hari dibentuk untuk keluar pada bulan ini. Allah Ta’ala juga 
mempermudahkan usaha kami kerana mereka telah mengenali rapat seorang pelajar 
Malaysiayang diberi tanggungjawab untuk menghidupkan kembali usaha agama di 
masjid ini. Beberapa orang rakan seusaha dari Erlangen,
 satu bandar berdekatan juga datang untuk membantu usaha agama di sini. Mereka 
akan terus buat intikali (ghast kedua) di Masjid Bilal ini.“Yang berusaha 
mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan 
menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah 
orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah 
orang-orang yang berakal
sempurna.” (Az-Zumar 39:18)
Alhamdulillah, di masjid ini juga kami mengumpulkan pelajar-pelajar 
Malaysiabaru dan lama dan memberi targheeb terhadap kepentingan usaha agama 
bagi pelajar-pelajar. 22 orang pelajar-pelajar MARA baru tiba di N?g sehari 
sebelum ketibaan kami.
Kemudia kami buat usaha di Masjid Turkische di Pappenheim dalam kawasan 
Eichstatt, lebih kurang 70km dari N?g. Mashaallah, di kawasan ini usaha agama 
begitu maju dikalangan masyarakat Turki. 10 orang telah keluar 4 bulan ke IPB, 
4 orang telah keluar jemmah masturat 40 hari ke Pakistan, dan ramai karkun 40 
hari serta 3 hari. Mereka ini rata-ratanya pekerja kuari batu marmar yang di 
katakan paling bermutu di dunia. Mereka bekerja 8 bulan dan cuti 4 bulan 
setahun pada musim sejuk. Di kawasan kuari tempat mereka bekerja hidup solah 
berjemaah dan taklim harian. Adatempat khas untuk mereka bersolah berjemaah. 
Selain Berlin, kawasan ini adalah kawasan yang paling maju usaha agama di 
Germany. Mereka keluarkan 3 jemaah 3 hari setiap bulan. Rakan-rakan seuasaha di 
sini berazam untuk keluar 40 hari ke Malaysiasecepat mungkin.Esok kami akan ke 
Frankfurtsemula kerana jemaah kami diputuskan untuk menghadiri satu jord karkun 
lama di Masjid Pak Muhammadi. Khabarnya jord
 ini akan dihadiri oleh Maulana Ibrahim Gujrati dan beberapa orang lama dari 
India. Setakat ini sahaja lapuran kami.InshaAllah, kami akan berikan laporan 
terakhir perjalanan kami semasa di Hollandnanti.
Nikmat kehidupan (atau kesihatan) dan nikmat harta benda setiap seorang Muslim 
adalah milik Allah, yang mana Allah Ta’ala telah beli kedua-duanya dengan nilai 
syurga.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa 
mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh 
Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (diantara) mereka 
ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai 
janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan 
Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya 
daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual 
belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah 
kemenangan yang besar.” (At-Taubah 9:111)Rasulullah sallalaahu alayhi wasallam 
hat uns seit lang verlassen. Aber die Verantwortung f?n ist meine Arbeit, und 
Arbeit von den ganzen Menschen.Wassalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke