.::Mutiara Kata::. 
 Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan, 
sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani 
 -- Saiyidina Ali Abi Talib -  
   
 Marhaban Ya Ramadhan 
   
 Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh mulia, Bulan 
Ramadhan yang 
 penuh dengan Rahmat serta mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu 
marilah kita 
 sama-sama mengucapkan " Marhaban Ya Ramadhan " Selamat datang Ramdhan 
 mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramdhan dengan berlapang dada, penuh 
 kegembiraan dan tidak dengan keluhan. 
   
 Rasulullah sendiri sentiasa menyambut dengan gembira setiap kali ketibaan 
Ramadhan. 
 Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda; 
 " Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yang penuh keberkatan. 
Allah 
 memfardukan atas kamu puasanya. Didalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu 
syurga dan 
 dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu 
malam 
 yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya 
kebaikan malam 
 itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan. " 
 HR Ahmad 
   
 Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan 
agar 
 jiwa dan raga kita diasah dan diasuh untuk melanjutkan perjalanan menuju ke 
pangkuan 
 Allah SWT. Perjalanan kepada Allah itu dilukiskan oleh ulama salaf sebagai 
pengalaman 
 yang penuh ujian dan rintangan. Ada gunung yang harus dihakis. Itulah nafsu. 
Di gunung 
 itu ada lereng yang curam dan ganas pula perjalanannya tetapi apabila tetap 
membaja 
 sebentar lagi akan nampak cahaya terang-benderang dan saat itu akan nampak 
dengan 
 jelas rambu-rambu jalan, nampak tempat-tempat yang indah untuk berteduh serta 
telaga- 
 telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Apabila perjalanan dilanjutkan akan 
ditemukan 
 kenderaan Ar-Rahman untuk membawa musafir bertemu dengan kekasihnya. 
   
 Untuk sampai pada tujuannya, tentu diperlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan 
itu 
 adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur di dalam jiwa kita. Tekad 
yang keras 
 dan membaja untuk memerangi nafsu agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan 
 dengan sholat dan tadarus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui 
 pengabdian untuk agama. 
   
 Melangkah masuk gerbang puasa, bererti memasuki gerbang untuk merenungkan dan 
 latihan. Oleh itu, sudah semestinya sebelum melangkahkan kaki kita perlu 
menyiapkan diri 
 serta menyediakan bekalan yang perlu. Bekalan serta latihan yang perlu 
disediakan ialah : 
   
 * Mengulangkaji pelajaran berkenaan puasa, agar apabila kita memasuki dan 
menjalani 
 ibadah puasa itu dengan pengetahuan yang diperbaharui dengan mempunyai pedoman 
yang 
 baik dan petunjuk yang sempurna. 
   
 * Memperlihatkan kegembiraaan dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan 
puasa, 
 sebagaimana dilalui Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. 
   
 * Memperbanyakkan doa semuga Allah memberikan tenaga, kelapangan dan 
kesempatan 
 mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah mentaufikkan kita supaya kita dapat 
 menunaikan puasa dengan hati yang jujur dan tulus ikhlas, jauh daripada 
perasaan ria’, 
 u’jub, sumah dan segala penyakit yang menghilangkan pahala puasa. 
   
 Kata Al Mualia ibn Fadlil; 
 " Para sahabat membagi tahunnya kepada dua bahagian. Bahagian pertama, mereka 
 menggunakannya untuk memohon kepada Allah agar menerima puasa yang 
dilaksanakan. 
 Bahagian kedua, mereka menggunakannya untuk berdoa, memohon dan mengharap 
kepada 
 Allah agar memberikan tenaga dan kekuatan untuk melaksanakan puasa yang akan 
datang 
 itu." 
   
 * Menguatkan semangat untuk menjalankan latihan dengan sempurna, agar kita 
 memperolehi kesan-kesan yang diharapkan daripada berpuasa itu. Bulan puasa itu 
adalah 
 bulan latihan jihad, memerangi hawa nafsu serta tamak . 
   
 Bulan puasa itu juga adalah bulan bercucuk tanam untuk AKHIRAT, bulan 
menghasilkan 
 bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan mensucikan diri dari dosa 
serta 
 menghias diri dengan budi pekerti yang tinggi. Oleh itu, kita perlu menyiapkan 
diri bagi 
 menunaikan segala hak puasa. 
   
 * Menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amalan yang kita tanam pada bulan 
 Ramadhan. Ini adalah kerana jika seseorang menanam benih, tidak menyiraminya 
dan tidak 
 menjaganya dengan baik, akan mengeluh dan menggigit jari ketika menuai kelak 
iaitu 
 ketika dihadapan ALLAH SWT 
   
 * Membuang adat tradisi yang memberatkan. Kita dapati sebahagian besar umat 
Islam 
 menanti kehadiran bulan puasa dengan memberatkan diri dalam urusan 
pembelanjaan dan 
 macam-macam barangan dibeli untuk menyambut puasa. 
   
 Seorang ulama Salaf menjual jariahnya kepada seorang saudagar hartawan, maka 
ketika 
 jariah itu melihat betapa besar himmah tuannya yang kaya raya itu dalam 
menyediakan 
 makanan puasa, dia bertanya kepada tuannya itu; " Untuk apakah tuan 
menyediakan 
 makanan ini, selama yang sudah-sudah, tuan tidak sesungguh ini mencari dan 
 mengumpulkannya? " 
 Saudagar hartawan itu menjawab, " Untuk bulan puasa yang sedikit hari lagi 
akan tiba ". 
 Mendengar jawapan tuannya, jariah itu berkata, " Kiranya tuan tidak pernah 
berpuasa 
 selain daripada puasa bulan Ramadhan dan kiranya tuan mengadakan puasa 
Ramadhan itu 
 untuk bersedap-sedapan dan membanyakkan makanan, saya tidak dapat bersama 
tuan, 
 sudilah kiranya tuan menjual saya kembali kepada tuan saya yang dahulu. " 
   
 Memberatkan diri dan boros berbelanja kerana puasa adalah keadaan yang tidak 
sekali- 
 kali disukai syara’. Syara’ menyuruh kita membanyakkan memberi makanan kepada 
fakir 
 miskin dan memenuhi dengan sempurna hak keluarga, bukan menyuruh kita 
membanyakkan 
 makanan pada bulan puasa ini. 
   
 Itulah bekalan serta latihan yang perlu kita laksanakan bagi menyambut 
kehadiran 
 Ramadhan. 
   
 Bekalan serta latihan itu sewajarnya membantu kita melaksanakan ibadah puasa 
dengan 
 penuh nikmat serta memenuhi kehendak agama Islam. 
   
 Rasulullah mempunyai tatacaranya tersendiri ketika menyambut Ramadhan. 
   
 Pertama : Baginda memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Ini dapat dilihat 
 menerusi hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Aisyah yang bermaksud; 
 " Adalah Rasulullah SAW kadangkala terus menerus berpuasa, hingga kami 
mengatakan 
 bahawa Baginda tidak pernah berbuka dan kadangkala terus berbuka hingga kami 
 mengatakan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat. Namun demikian saya 
tidak 
 pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan 
 Ramadhan dan saya tidak pernah melihat Baginda banyak berpuasa sebagaimana 
puasa di 
 bulan Syaaban." 
   
 Kedua : Mengadakan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menyambut Ramadhan. 
   
 Pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasulullah berceramah di hadapan golongan 
sahabat 
 untuk menerangkan keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan. 
   
 Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Salman yang bermaksud; 
 " Rasulullah SAW pada hari terakhir dari bulan Syaaban berkhutbah dihadapan 
kami. 
 Maka baginda bersabda; ' Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan 
yang 
 penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepadamu puasaNya . Di dalam bulan 
Ramadhan 
 dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu 
seluruh 
 syaitan. Padanya ada satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan. 
Barangsiapa tidak 
 diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan 
dari 
 kebajikan. " 
   
 Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka " Selamat 
datanglah 
 " kepadanya. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu akan sentiasa dinaungi oleh 
bulan yang 
 sentiasa besar lagi penuh keberkatan, bulan yang Allah menjadikan puasanya 
satu 
 kewajiban dan qiam pada malam harinya suatu tatawwu. 
   
 Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan 
didalamnya 
 samalah dia dengan orang yang menunaikan sesuatu fardhu pada bulan lainnya. 
   
 Ramadhan itu adalah bulan sabar sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga. 
   
 Ramadhan itu adalah bulan yang memberikan pertolongan dan bulan Allah 
memberikan 
 rezeki kepada mukmin di dalamnya. 
   
 Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, yang 
demikian itu 
 adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka. Orang 
yang 
 memberikan makanan itu akan memperolehi pahala seperti yang diperoleh orang 
yang 
 berpuasa. Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan walaupun 
sebutir 
 kurma, atau seteguk air atau sehirup susu. 
   
 Dialah bulan yang permulaannya Rahmah, pertengahannya keampunan dan akhirnya 
 kemerdekaan daripada neraka. 
   
 Barangsiapa yang meringankan beban seseorang ( membantunya ) nescaya Allah 
 mengampuni dosanya. 
   
 Oleh itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan. Dua perkara 
untuk 
 mendatangkan keredhaan Allah dan dua perkara lagi kamu sangat menghayatinya. 
Dua 
 perkara yg pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya tiada tuhan melainkan 
Allah dan 
 mohon ampun kepadanya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah 
memohon 
 syurga dan perlindungan daripada neraka. 
   
 Barangsiapa memberi minum orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum 
 kepadanya daripada kolamKu dengan sekali minum, dia tidak merasakan haus lagi 
 sesudahnya sehingga dia masuk ke dalam syurga. 
   
 Berdasarkan hadith ini maka sudah sewajarnya ketika mengakhiri bulan Syaaban 
untuk 
 memasuki bulan Ramadhan, kita mengadakan pertemuan atau ceramah bagi memberi 
 panduan kepada masyarakat iaitu apa yang perlu dilaksanakan di dalam bulan 
Ramadhan 
 kelak. 
   
 Ketiga: Mengucapkan "Niat" kerana ketibaan bulan Ramadhan. 
   
 Diriwayatkan oleh Ahmad dan An Nasa-i dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah 
sentiasa 
 menggembirakan kalangan sahabat atas ketibaan bulan Ramadhan. 
   
 Rasulullah menggembirakan kalangan sahabat dengan hadithnya yang bermaksud; 
 " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. 
Allah 
 memerintahmu berpuasa didalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu 
syurga 
 dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. " 
   
 Berdasarkan penerangan hadith ini, perlulah kita mengucapkan tahniah sebagai 
tanda 
 kegembiraan menyambut bulan yang berbahagia ini. 
   
 Kita perlu memberi ucap selamat keatas ketibaan bulan yang dibuka didalamnya 
segala 
 pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta dibelenggu segala syaitan. 
   
 Justru bagi menyambut kehadiran Ramadhan ini kita berusahalah mengikuti segala 
garis 
 panduan yang dinyatakan. Semuga kehadiran bulan Ramadhan ini akan memberi 
cahaya 
 keimanan yang lebih terang buat kita semua. 
   
 "Amin Amin Ya Rabbal A'lamin" 
   
   
 Sujud aku di kakiMu 
 Bersimpuh dalam lautan doa 
 Laa ilaaha illallaah 
 Memuja namaMu 
 Pada zikir-zikir tanpa batas 
  
                                
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on  Yahoo! Small Business. 

[Non-text portions of this message have been removed]






Ajaklah teman dan saudara anda bergabung ke milis Media Dakwah.
Kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/media-dakwah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke