Dari Ummu Umamah bt. Harith :

"Wahai puteriku! Jalinkan hubungan bersama suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan tempat-tempat yang menjadi kesenangannya dan jangan sampai ia melihat kepada sesuatu yang busuk. Hiaslah dirimu selalu agar ia senang bila memandangmu dan sentiasalah kamu membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu."

"Wahai puteriku! Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepada suamimu, nescaya ia akan menjadi penolong pula kepada dirimu. Bernarkanlah segala pendapat dan sikapnya itu selagi hal itu tidak melampaui batas syariat dan ini akan membuatkan suamimu bersikap lembut terhadapmu. Uruskanlah rumah tangganya dengan baik dan sempurna di samping memelihara diri, keluarga dan kehormatan."

"Wahai puteriku! Simpanlah segala rahsia suamimu dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya. Jagalah waktu makan dan waktu ia beristirehat kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik begitu juga dengan tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan. Jika ia sedang bergembira janganlah pula kamu menunjukkan kesedihan, kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya."

Oleh :black
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid

Kirim email ke