Kutipan diskusi dalam bahasa Malaysia mengenai JT di Malaysia

===================================================
Mengapa ustaz tidak mahu mengikut jamaah tabligh


 
Saya sering mengikut seorang yang agak kuat tablighnya disini. Jika di
Malaysia orang akan sebut orang tabligh.Dan juga jika >di Malaysia,saya
lihat orang agak kurang senang dengan orang2 tabligh ini. Padahal mereka
buat kerja2 yang baik. Saya juga >bukanlah orang yang kuat tabligh,tapi
hanya ingin tahu kenapa orang tak suka tabligh lah saya sering keluar denga
tabligh disini.Di Jepun pun kerana asebab mereka2 inilah banyak terdirinya
masjid disini. Cuma saya ingin tahu kenapakah saya lihat Ustaz2 di malaysia
tak ramai yang sertai tabligh padahal ianya baik.Dan apa yang ingin saya
tahu lagi,Jika tabligh ada >kekurangan yang harus kita jauhi.Apakah
sebabnya. Tolonglah jawab soalan ini dengan terperinci kerana sudah hampir 3
>tahun persoalan ini bersarang dihati saya hingga ada satu ketika itu rambut
saya banyak yang gugur. 

Jawab
Alhamdulillah, inilah jawapannya: 
Semoga Allah merahmati dan memberi kemudahan kepada saudara-saudara kita
dari jamaah Tabligh luar dan dalam negeri yang sedang menyebarkan dakwah. 
Di tempat kami ini, di Pondok Penanti merupakan salah satu dari markaz
Tabligh yang terdapat di Malaysia. Namun ia tidak ada kena mengena dengan
pentadbiran pondok.Ada juga sebahagian dari para pelajarnya yang keluar
mengikut jamaah tabligh pada waktu cuti. Dan seorang dua dari tenaga
pengajarnya juga terbabit dengan gerakan dakwah tabligh. Dan Tuan Guru Hj
Saleh bin Syeikh Osman Jalaludin merupakan salah seorang dari mereka yang
terbabit dengan dakwah ini. 
----------- 
Soal: Saya juga bukanlah orang yang kuat tabligh,tapi hanya ingin tahu
kenapa orang tak suka tabligh lah saya sering keluar denga tabligh disini. 
Jawab: Begitu juga dengan orang tabligh ada yang tidak suka dengan cara
jamaah/kumpulan dakwah lain. Ini perkara lumrah. Cuma amat dikesalkan sekali
kerana terdapat juga segelintir dari masyarakat kita membenci usaha jamaah
tabligh atas dasar dirinya yang memang tidak suka kepada kebaikan. Mereka
mempamerkan sikap anti kepada Islam. 
Jika sekadar tidak setuju dengan pendekatan dakwah yang digunakan oleh
Tabligh, itu perkara lumrah. Sebagaimana sebahagian orang tabligh yang tidak
bersetuju dengan pendekatan jamaah lain. 
------------------ 
Terdapat nash-nash di dalam al-Quran dan al-Sunnah mengenai pensyariatan
amar makruf nahi munkar atau tugas dakwah. Ulamak Ahlus Sunnah berpendapat
bahawa Amar makruf Nahi munkar adalah fardu kifayah. Manakala golongan
muktazilah mengatakannya sebagai fardu ain. (lihat:
http://ahkam.hypermart.net/firqah/muktazilah.html) 
Perkara pokok ialah, tugas dakwah amar makruf nahi munkar adalah
disyariatkan. Bagaimana caranya? Itu terpulang kepada keadaan dan zaman. Ada
yang melakukannya secara bersendirian. Ada yang secara berkumpulan. Ada yang
menggunakan lidah. Pena. Kuasa... dsbnya. 
Jamaah Tabligh menggunakan pendekatan yang begitu. Jamaah lain, lain lagi
caranya, seperti jamaah bla... bla... bla... dll. 
Ini bermakna yang menjadi masalah yang sering ditimbulkan antara
jamaah-jamaah ialah mengenai cara dan pendekatan yang digunakan. 
Bermakna lagi, ia adalah masalah cabang bukan masalah pokok. Masalah
pokoknya ialah, apakah amar makruf nahi munkar ini disyariatkan ataupun
tidak? Bila sepakat kata menerima bahawa ia disyariatkan, maka timbul
persoalan... Bagaimana caranya? Itulah dia masalah cabang. 
---------------- 
Namun begitu, di sana terdapat suatu masalah yang perlu disepakati bersama
terutama sekali yang membabitkan masalah umat Islam. Adakalanya ia
membabitkan masalah aulawiyaat dsbnya.. Apabila berhadapan dengan masalah
seperti ini, sepatutnya para jamaah Islam berdiri di satu titik yang sama. 
Antara contohnya, ketika umat berhadapan dengan cengkaman dan tekanan dari
puak sekular atau kezaliman ke atas umat, maka tidak ada jalan lain dan
tiada pilihan lain melainkan dengan cara membulatkan tenaga dan bersatu. 
---------------- 
Soal: Di Jepun pun kerana asebab mereka2 inilah banyak terdirinya masjid
disini.. 
Jawab: Itulah kelebihan jamaah tabligh. Semoga ALlah melimpahkan rahmatNya. 
------------- 
Soal:Cuma saya ingin tahu kenapakah saya lihat ustaz2 di malaysia tak ramai
yang sertai tabligh padahal ianya baik.Dan apa yang ingin saya tahu lagi,
Jika tabligh ada kekurangan yang harus kita jauhi. Apakah sebabnya? 
Jawab: 
Sebagaimana yang kami jelaskan di atas... Tidak perlu risau, kerana ia bukan
membabitkan soal asas ajaran Islam, tetapi soal cabang. 
Melibatkan masalah pemilihan antara yang baik dan yang terbaik. Bukan
masalah yang halal dan yang haram. 
Baiklah, jika saudara mengatakan bahawa cara tabligh adalah satu-satunya
cara yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, ia adalah cara yang
kita mesti ikut... 
Jawab: Tidak semestinya apa yang Rasulullah s.a.w. lakukan dalam soal hukum,
kita wajib ikut. Ada juga yang kita tidak wajib ikut. Contoh, sembahyang
sunat dsbnya. Ada juga yang kita haram ikut. Contoh kahwin sembilan. Ada
juga yang Rasulullah serahkan kepada kita, mahu yang bagaimana.. Contoh:
Strategi perang, dakwah dsbnya. 
Apatah lagi dalam soal-soal yang berkaitan dengan keduniaan, strategi dan
pendekatan. Sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak samasekali menyempitkan
persekitarannya sehingga kita jadi hilang daya kreativiti untuk melakukan
sesuatu yang terbaik berdasarkan keadaan dan zaman. 
---------------------- 
Baiklah, jika kita andaikan bahawa cara tabligh itu benar-benar dari
Rasulullah s.a.w. dan wajib diikuti, bermakna setiap kali perang kita juga
wajib menggali parit. Guna pedang. Naik kuda dsbnya. 
Kerana kesnya sama. Yang pertama dakwah. Yang kedua perang fi sabilillah. 
Apakah saudara setuju bahawa dalam peperangan kita tidak semestinya
menggunakan sebiji-sebiji apa yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w.? 
Jika setuju, bermakna secara automatik saudara juga mengakui bahawa dalam
berdakwah juga begitu. Saudara secara tidak langsung mengakui bahawa dalam
pendekatan amar makruf nahi munkar tidak semestinya mengikut sebagaimana
Rasulullah. 
Jika saudara jawab tidak setuju.. Bermakna saudara secara automatik
mengakui, bahawa dalam peperangan kita mesti pakai pedang, kuda dsbnya..... 
------------- 
Soal: Mengapa ustaz-ustaz tidak ramai sertai tabligh? 
Jawab: Berkemungkinan mereka berpendapat bahawa cara dan pendekatan dari
jamaah lain itu lebih baik dsbnya... 
Itu pendapat mereka. Pendapat saudara bagaimana? Lebih suka pendekatan
tabligh.. Itu hanya pendapat saudara, tetapi tidak pada orang lain. Lain
orang lain caranya. 
---------- 
Masalah: 
Ada yang mengatakan bahawa di dalam satu negara ini mesti ada satu jamaah
sahaja? Bagaimana? 
Jawab: 
Itu pendapat mereka. Bukan pendapat orang lain. Dan ia bukan satu hukum yang
tetap. Bergantung kepada keadaan. Jika keadaan dan maslahat memaksa untuk
wujud satu jamaah sahaja, maka itulah yang perlu diputuskan. Kerana jamaah
diwujudkan antaranya adalah agar kerja-kerja dakwah dan kebajikan dapat
dilaksanakan dengan lebih tersusun lagi. Ia juga dapat meletuskan satu
ledakan kekuatan untuk merobohkan jahiliyah dan kemungkaran. Ia bukan satu
agama baru, atau mazhab baru. 
Jamaah-jamaah Islam yang ada hendaklah bertabiat lengkap melengkapi antara
satu dengan lain. 
* Sekiranya kurang jelas, boleh teruskan dialog ini dengan kami. 
_____________________________________________________
Berhenti/mengganti konfigurasi keanggotaan anda, silahkan ke: 
http://rantaunet.org/palanta-setting
------------------------------------------------------------
Tata Tertib Palanta RantauNet:
http://rantaunet.org/palanta-tatatertib
____________________________________________________

Kirim email ke