Assalamu'alaikum wr wb,
Dalam Al Qur'an, Allah SWT menjelaskan ciri-ciri orang
munafik agar orang-orang yang beriman selamat dari
tipu daya mereka.

wassalam

Munafik
di dalam al-Qur'an

Orang-orang munafik mempersaksikan bahawa Muhammad
benar-benar rasul Allah. Allah pula mempersaksikan
bahawa mereka benar-benar pendusta. Kesaksian mereka,
atau sumpah, selanjutnya diguna sebagai selimut untuk
menghalangi orang lain daripada jalan Allah, iaitu
jalan yang ditunjuk di dalam al-Qur'an, yang
disampaikan oleh baginda Nabi.

Kesaksian dan selimut tersebut adalah keterangan yang
pertama dan kedua daripada Allah mengenai kejahatan
orang-orang munafik di dalam sebuah surah yang
dinamakan khas bagi golongan mereka, al-Munafiqun,
berbunyi,

"Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu
(Muhammad), mereka berkata, 'Kami mempersaksikan
bahawa kamu benar-benar rasul Allah.' ..... dan Allah
mempersaksikan bahawa orang-orang munafik adalah
benar-benar pendusta-pendusta." (63:1) 

"Mereka mengambil sumpah-sumpah mereka sebagai
selimut, kemudian mereka menghalangi daripada jalan
Allah. Sesungguhnya mereka, adalah jahat apa yang
mereka buat" (63:2)

Mereka menjadi jahat seperti itu sebab pada mulanya
mereka percaya kepada ayat-ayat Allah, kemudian
menjadi tidak percaya, lalu Allah meletakkan satu
penutup pada mereka supaya mereka tidak memahami
ayat-ayat-Nya. Allah menjelaskan,

"Itu adalah kerana mereka telah percaya, kemudian
mereka tidak percaya; maka satu penutup diletakkan
pada hati mereka, lalu mereka tidak memahami." (63:3)

Pun begitu, mereka mampu memperdayakan orang ramai.
Tubuh-tubuh mereka, dengan pakaian mereka, amat
mengagumkan apabila dipandang, dan apabila mereka
berucap, ucapan mereka didengar, kerana amat manis
agaknya. Firman Tuhan,

"Apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka
mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu
mendengar ucapan mereka" (63:4).

Golongan munafik terdiri daripada lelaki dan
perempuan, dan mereka sama dalam kefasiqan, dengan
menyuruh kepada kemungkaran dan melarang daripada
kebaikan, seperti mengharamkan sesuatu yang tidak
diharamkan Allah. Mereka menggenggamkan tangan-tangan
mereka, atau kikir, dan mereka melupakan Allah, kerana
sentiasa mengingati yang selain daripada Allah dalam
urusan agama, misalnya. Al-Qur'an menyatakan dengan
jelas:

"Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik
perempuan adalah sama satu sama lain; mereka menyuruh
pada kemungkaran dan melarang daripada yang baik, dan
mereka menggenggamkan tangan-tangan mereka; mereka
melupakan Allah, dan Dia melupakan mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik, mereka adalah
orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah
Tuhan)." (9:67)

Bukan sahaja mereka tidak mempedulikan perintah Tuhan,
malah, mereka menafi dan memperolok-olokkan
ayat-ayat-Nya (4:140). Dan apabila diajak untuk
mengikuti apa yang diturunkan Allah, al-Qur'an, yang
disampaikan oleh Nabi, mereka menghalangi dengan
penghalangan keras. Firman-Nya,

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Marilah kepada
apa yang Allah menurunkan, dan rasul', kemudian kamu
melihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan
penghalangan yang keras." (4:61)

Orang-orang munafik sudah wujud sejak zaman Nabi lagi.
Mereka berada di sekeliling baginda. Firman Tuhan,

"Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu,
mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian
daripada penduduk Kota menjadi berani dalam
kemunafikan." (9:101)

Oleh itu, berhati-hatilah apabila menerima sebarang
berita daripada orang-orang yang berada di sekeliling
Nabi kerana mereka boleh jadi orang-orang munafik yang
ingin menghalangi umat daripada jalan al-Qur'an.
Penerima dan penyebar berita tersebut boleh juga
menjadi munafik atau berani dalam kemunafikan seperti
mereka.

Mereka seterusnya didapati berdusta dalam alasan yang
mereka beri, seperti alasan tidak pergi berperang di
jalan Allah. Alasan mereka disebut dengan jelas di
dalam ayat berikut:

"Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila
dikatakan kepada mereka, 'Marilah berperang di jalan
Allah, atau menangkislah.' Mereka berkata, 'Sekiranya
kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami
mengikuti kamu.'" (3:167)

Kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu adalah
yang tidak ada di dalam hati mereka. Itu merupakan
sifat utama orang-orang munafik. Firman Tuhan,

"mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di
dalam hati mereka" (3:167).

Menyentuh sedikit mengenai apa yang dikata dengan
mulut, seperti janji. Manusia boleh diletakkan
kemunafikan ke dalam hati mereka setelah mereka
berjanji untuk bersedekah kalau Tuhan murahkan
rezekinya tetapi setelah Dia memberinya mereka menjadi
kikir pula (9:75-76) - "Maka akibatnya, Dia meletakkan
kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka
menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa
yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana
merekalah pendusta-pendusta." (9:77)

Orang-orang munafik membuat kerosakan di bumi, dengan
tanpa disedarinya. Contoh, mereka sangka apa yang
mereka buat dalam agama itu betul dan membetulkan
orang lain. Walhal, ia merosakkan. Firman Tuhan,

"Apabila dikatakan kepada mereka, 'Janganlah kamu
membuat kerosakan di bumi', mereka berkata, 'Kami
hanyalah orang-orang yang membetulkan.' Sesungguhnya,
merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi
mereka tidak menyedari." (2:11-12)

Begitu juga dengan solat mereka yang tidak mengikut
ajaran al-Qur'an. Mereka terus melakukannya, tetapi
dengan malas, seolah melakukannya kerana terpaksa, dan
menunjuk-nunjukkannya pula kepada orang lain. Firman
Tuhan,

"Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri
dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia" (4:142).

Mereka mengganggu orang-orang yang percaya kepada
ayat-ayat Allah. Terhadap itu Allah menasihatkan:

"dan janganlah mempedulikan gangguan mereka, dan kamu
percayakanlah kepada Allah; cukuplah Allah sebagai
wakil." (33:48)

Dia juga mengingatkan orang-orang yang percaya supaya
tidak mentaati mereka yang munafik. Firman-Nya,

"Dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak
percaya, dan orang-orang munafik," (33:48).

Nabi turut diingatkan oleh Allah dengan peringatan
yang sama (33:1). Selanjutnya Dia mengingatkan
orang-orang yang percaya supaya tidak berpecah belah
kerana orang-orang munafik, dengan ingin memberi
petunjuk kepada mereka yang sudah disesatkan oleh-Nya.
Firman Tuhan,

"Mengapakah kamu, bahawa kamu berdua golongan mengenai
orang-orang munafik, dan Allah menggulingkan mereka
kerana apa yang mereka mengusahakan? Apa, adakah kamu
menghendaki untuk memberi petunjuk kepada orang yang
Allah menyesatkan? Sesiapa yang Allah menyesatkan,
kamu tidak akan mendapati baginya suatu jalan." (4:88)

Mereka sesat, menjadi musuh kepada orang-orang yang
percaya dan diperangi oleh Allah. Allah mengingatkan
agar berhati-hati terhadap mereka, dan Dia akan
membalas mereka dengan sebuah tempat yang paling
bawah, atau paling panas, di Api neraka. Firman-Nya,

"Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap
mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka
dipalingkan!" (63:4) dan,

"Sesungguhnya orang-orang munafik berada di dalam
bahagian yang paling bawah di Api," (4:145).

Nabi telah diperintah berjuang dan bersikap keras
terhadap orang-orang munafik. Perintah disebut dua
kali di dalam al-Qur'an dengan bunyi ayat yang sama.
Pertama ayat 9:73, dan kedua, ayat terakhir
mengandungi perkataan "munafik" yang berbunyi,

"Wahai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang yang
tidak percaya dan orang-orang munafik, dan
bersikapkeraslah terhadap mereka; tempat menginap
mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!"
(66:9)

Oleh yang demikian, orang-orang yang mengikuti Nabi
bersikap keras serta berjuang terhadap orang-orang
munafik, yang naik saksi atas kerasulan Muhammad untuk
menghalangi umat daripada jalan Allah, yang menafi dan
memperolok-olokkan ayat-ayat Allah, dan yang
menghalangi apabila diajak kepada ayat-ayat Allah
dengan penghalangan keras. Musuh ini pasti kalah
kerana Allah turut memerangi mereka.

 

Sila rujuk:
Kalimat munafik di dalam al-Qur'an

Penulis Bacaan
21 Januari 2005
http://www.e-bacaan.com/artikel_munafik.htm

Bacalah artikel tentang Islam di:
http://www.nizami.org

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
DonorsChoose. A simple way to provide underprivileged children resources 
often lacking in public schools. Fund a student project in NYC/NC today!
http://us.click.yahoo.com/5F6XtA/.WnJAA/E2hLAA/BRUplB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

***************************************************************************
Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg 
Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.org
***************************************************************************
__________________________________________________________________________
Mohon Perhatian:

1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik)
2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari.
3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 
4. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED]
5. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED]
6. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke