Silat lincah Malaysia tambat hati penonton Oleh Saufi Hamzah (Yang mengunjungi Chungju, Korea Selatan, baru-baru ini)
JIKA Jepun tampil dengan Iaido, Australia dengan Tal-Kin-Jeri, Afrika Selatan (stick fighting), Uzbekistan (Kurash), Moldova (Trynta) dan Sudan (Nuba), Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dalam seni mempertahankan diri dengan mempamerkan seni silat lincah. Persembahan pesilat Malaysia ternyata memikat penonton tempatan dan negara peserta lain sepanjang persembahan Festival Seni Mempertahankan Diri Sedunia di Kompleks Sukan Chungju, Korea Selatan, baru-baru ini. Setiap tahun sejak 1999, Jawatankuasa Promosi Persekutuan Seni Mempertahankan Diri Sedunia Chungju membelanjakan berpuluh-puluh ribu dolar Amerika untuk menganjurkan festival bertaraf dunia itu. Bandar raya Chungju berpesta dengan kehadiran berpuluh ribu penonton seawal majlis perasmian yang disertai 50,000 orang di kompleks berkenaan. Tujuh puluh satu pasukan daripada 35 negara berkampung di Chungju untuk mempamerkan keunikan seni mempertahankan diri dari negara masing-masing di hadapan rakyat Korea yang begitu menghargai penyertaan mereka. Negara seperti Jepun, Australia, Afrika Selatan, Uzbekistan, Malaysia, Moldova dan Sudan menyahut undangan penganjur untuk sama-sama memeriahkan festival selama seminggu itu. Deretan penaja seperti Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Kementerian Pentadbiran Kerajaan dan Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Pentadbiran Warisan Kebudayaan, Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Korea, Suruhanjaya Kebangsaan Korea untuk Unesco, Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan Korea untuk Perhubungan Antarabangsa, Yayasan Luar Negara Korea dan Kesatuan Seni Mempertahankan Diri Sedunia serta banyak lagi, berdiri teguh untuk memastikan kejayaan festival itu. Ketujuh-tujuh pesilat Malaysia – Khairuddin Mustapa, Chin Hajeed, Norasri Johari, Azrol Nizam Razlan, Muhammad Helmy Khalid Khairuddin, Mohd Adrul Qutni Mohd Rodzi dan Mohd Shamsuri Darus membuat persembahan menarik di hadapan penonton tempatan yang memenuhi ruang tempat duduk di depan pentas terbuka. Seorang pelancong Mexico, Carlos Deleon, berkata bagi beliau, persembahan silat lincah yang disaksikan di Chungju amat menarik biarpun pernah melihat persembahan silat ini di Bali, Indonesia. "Gerakan silat lincah amat kemas dan tekniknya teratur serta amat praktikal. Langkah kaki amat seimbang dengan pukulan yang ternyata menambah keunikan silat lincah," katanya ketika ditemui selepas persembahan pesilat Malaysia. Ketika majlis penutup festival itu, Datuk Bandar Chungju, Han Chang Hee berkata, beliau amat menghargai kehadiran kesemua negara yang mengambil bahagian. "Setiap tahun sejak 1997, kita mengundang banyak negara mengambil bahagian. Tahun depan, kita akan menjemput anda sekali lagi untuk mengambil bahagian," katanya. Pelbagai acara sampingan di sekeliling kompleks sukan itu turut diadakan. Gerai pameran, jualan cenderahati dan pakaian memenuhi kawasan persekitaran yang dipenuhi dengan orang ramai dari pagi sehinggalah ke waktu malam. Ketua Kontinjen Malaysia, Megat Zulkarnian Omardin turut hadir mengiringi pesilat negara dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Seni Mempertahankan Diri Sedunia. Pesilat Malaysia amat bertuah kerana menerima kunjungan Datuk Bandar Chungju, kakitangan Korean Telecom, pemilik sebuah salun rambut dan seorang ahli perniagaan Korea yang pernah tinggal di Johor selama dua tahun di hotel penginapan mereka. Pasukan negara berpeluang dibawa melawat beberapa tempat bersejarah, tempat menarik, pusat membeli-belah dan menjalani sesi fotografi di Pusat Taekgyeon. --------------------------------- Do you Yahoo!? Meet the all-new My Yahoo! – Try it today! [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> $4.98 domain names from Yahoo!. Register anything. http://us.click.yahoo.com/Q7_YsB/neXJAA/yQLSAA/BRUplB/TM --------------------------------------------------------------------~-> *************************************************************************** Berdikusi dg Santun & Elegan, dg Semangat Persahabatan. Menuju Indonesia yg Lebih Baik, in Commonality & Shared Destiny. www.ppi-india.uni.cc *************************************************************************** __________________________________________________________________________ Mohon Perhatian: 1. Harap tdk. memposting/reply yg menyinggung SARA (kecuali sbg otokritik) 2. Pesan yg akan direply harap dihapus, kecuali yg akan dikomentari. 3. Lihat arsip sebelumnya, www.ppi-india.da.ru; 4. Posting: [EMAIL PROTECTED] 5. Satu email perhari: [EMAIL PROTECTED] 6. No-email/web only: [EMAIL PROTECTED] 7. kembali menerima email: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/ppiindia/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/