Refleksi: Tidak mengeherankan,  kalau para petinggi tentara kaya raya, yang 
sial ialah prajurit krocok.
  
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Tentera Indonesia terbabit

JAKARTA 29 Jan. - Tentera Indonesia didakwa mempunyai pembabitan besar dalam 
perdagangan pembalakan haram yang memusnahkan hutan hijau negara ini yang 
seterusnya menyumbang kepada masalah pemanasan global.

Laporan oleh sekumpulan penyelidik itu dikeluarkan beberapa hari selepas 
kerajaan menyatakan rancangan untuk meminta kerajaan-kerajaan asing untuk 
menyalurkan AS$1 bilion (RM3.4 bilion) dalam 'dana pelaburan hijau' untuk 
membantu mengurangkan gas hijau melalui projek infrastruktur mapan.

Penyokong alam sekitar mempersoalkan, kerajaan akan dapat mencapai sasaran 
mengurangkan pencemaran sebanyak 26 peratus dari paras tahun 2005 menjelang 
2020 dengan menghentikan pembalakan haram yang berleluasa.

Namun kajian terbaru oleh Pusat Kerjasama Kajian Asia Timur (CEACoS) di 
Universiti Indonesia mendedahkan ia adalah perkara yang sukar dilaksanakan 
kerana pembabitan pihak tentera dalam perdagangan balak haram.

Pengarah Eksekutif CEACoS, Tirta N. Mursitama yang mengetuai projek tersebut 
menyatakan, pihak tentera bertindak sebagai pengendali, pelabur, pelancar kerja 
dan orang tengah kepada pembalak haram di hutan bersempadan dengan Malaysia.

"Anggota tentera dari prebet hinggalah komander kawasan terlibat dalam 
pembalakan haram kawasan sempadan," katanya kepada pemberita.

Kajian itu meliputi tempoh masa dari 1999 hingga 2006 di Kalimantan Timur, 
kawasan Indonesia di Kepulauan Borneo yang hutannya diratakan untuk produk 
balak dan penanaman kelapa sawit, kehilangan kawasan hijau yang paling cepat di 
dunia.

Mursitama berkata, pegawai tinggi tentera menerima hasil daripada orang bawahan 
yang terlibat dalam pembalakan haram, sementara sebilangan lagi mempunyai 
hubungan rapat dengan 'cukong' atau ketua sindiket pembalakan haram.

Penglibatan lain termasuk pelaburan dalam syarikat balak dan menerima rasuah 
untuk menguruskan permit pembalakan dari Kementerian Perhutanan.

Seorang jurucakap tentera berkata, dia tidak melihat laporan itu dan tidak 
dapat mengulas mengenainya namun berjanji membuat tindakan susulan mengenainya. 
- AFP








[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke