Salam


[9.38] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada 
kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa 
keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? 
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu 
itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding 
dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. 

[9.39] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - 
membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak 
terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu 
tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah 
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 


[47.36] (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan 
taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta 
bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta 
kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih 
baik daripadanya). 

[47.37] (Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda 
kamu serta mendesak kamu memberikanNya, nescaya kamu akan berlaku bakhil 
kedekut, dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu. 

[47.38] (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu 
diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada 
jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang 
berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya 
sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), 
sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam 
segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) 
Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan 
berkeadaan seperti kamu. 


Berikut adalah statistik kedudukan / jumlah kerusi MP Islam dan bukan Islam 
didalam parlimen:

Kerusi MP Islam ( Jumlah 130 )
BN - UMNO 77
BN - PBB 10
Bebas 4
PAS 23
PKR 16

Kerusi MP Bukan Islam ( Jumlah 92 )
BN - Gerakan 2
BN - LDP 1
BN - MCA 15
BN - MIC 4
BN - PBB 4
BN - PBRS 1
BN - PBS 3
BN - PRS 6
BN - SPDP 4
BN - SUPP 5
BN - UMNO 1
BN - UPKO 4
DAP 29
KITA 1
PKR 7
PSM 1
Bebas 4


[2.178] Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman 
"Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh 
iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan 
perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian 
keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang 
mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si 
pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan 
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta 
suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk 
membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

[2.179] Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai 
orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. 


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Forwarded Message -----
From: roslan mohd <mohros...@gmail.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Debat Guan Eng-Soi Lek II: MCA tiada hujah bernas?
 

  
http://www.youtube.com/watch?v=79z7uHWKwVs




PETALING JAYA, 8 JULAI: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mendedahkan 
kegagalan MCA untuk melaksanakan dasar yang baik bagi masyarakat 
Malaysia amnya dan kaum Cina khususnya kerana terikat dengan politik 
kaum yang semakin tidak relevan di tanah air.
Berikut adalah beberapa isu utama yang dibangkitkan oleh Guan Eng, 
merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, sewaktu debat di antara beliau dan 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang diadakan di Sunway 
Convention Centre di sini hari ini.
1. Najib perlu berani berdebat dengan Anwar
“Kita berkumpul di sini untuk menentukan dasar parti manakah yang 
lebih boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Seharusnya, satu 
perbahasan patut diadakan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib 
Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malangnya Perdana 
Menteri enggan berbahas dengan Anwar. Adakah Najib enggan berbahas 
dengan Anwar kerana beliau bimbang selepas perbahasan, rakyat akan 
membuat pernilaian bahawa Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri 
Malaysia?”
2. MCA tidak layak bercakap tentang dasar negara
“Malah, MCA tidak layak untuk berada di sini untuk bercakap soal 
dasar kerana bukan MCA yang menentukan dasar, tetapi UMNO yang 
menentukan dasar. MCA hanya mengaku bercakap bagi kaum Cina. Ia berbeza 
dengan DAP. DAP bersuara untuk semua orang Malaysia: Melayu, Cina, 
India, Kadazan dan Iban, kerana kita semua rakyat Malaysia, bukan macam 
MCA, yang kononnya mahu mewakili orang Cina sahaja.
“Mengapakah mesti kita terus dipecahbelahkan mengikut kaum dan agama? Inilah 
kejayaan terbesar UMNO. Mereka mahu kita takut satu sama lain 
supaya BN boleh terus merompak harta dan kekayaan Malaysia. Tengoklah 
skandal lembu dan kondo. Pak cik yang ternak lembu sepanjang masa tidak 
dapat pinjaman berjuta-juta ringgit, tapi keluarga menteri yang tak 
pernah ternak lembu boleh mendapat pinjaman RM250 juta. Jangan-jangan 
orang Singapura yang ada banyak kondo nak datang ke Malaysia belajar 
macam mana ternak lembu di kondo.
“Skandal PKFZ sebanyak RM12.5 bilion telah melibatkan pemimpin 
tertinggi MCA tetapi ahli politik yang aktif tidak dibawa ke mahkamah. 
Skandal ini juga ditulis dalam satu buku PKFZ: A Nation’s Trust Betrayed oleh 
seorang bekas ADUN MCA sendiri. Semua skandal ini MCA tidak 
bersuara tetapi sokong buta sahaja.”
3. DAP berjuang untuk semua kaum
“Kita harus bersatupadu sebagai anak Malaysia. Kalau kita terus 
dipecahbelahkan, hanya kroni-kroni dan orang-orang ataslah yang untung. 
Kalau kita bersatupadu, baru dapatlah kita semua menikmati hasil 
kejayaan ekonomi Malaysia. Mengapakah hanya pemimpin Melayu yang boleh 
membela hak orang Melayu, hanya pemimpin Cina yang boleh membela hak 
orang Cina? Tibalah masanya untuk pemimpin-pemimpin membela hak semua 
rakyat Malaysia dan membantu satu sama lain.”
4. Kerajaan yang bersih
“DAP percaya bahawa kerajaan yang bersih dapat berfungsi lebih baik 
daripada kerajaan yang korup. Kerajaan yang bersih memerlukan tender 
terbuka, kontrak terbuka, kebebasan maklumat dan pengisytiharan harta 
perdana menteri, menteri, menteri besar dan ketua menteri. Mengapa 
kerajaan pusat tidak mengikut contoh kerajaan negeri Pulau Pinang yang 
telah mengisytiharkan aset kepada umum? Adakah kerana para pemimpin BN 
mempunyai terlalu banyak aset untuk disembunyikan?”
5. Kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang
“Kejayaan sebuah kerajaan yang bersih terserlah di kerajaan-kerajaan 
negeri Pakatan Rakyat. Di Pulau Pinang, kita telah mencatatkan lebihan 
bajet setiap tahun walaupun perbelanjaan Kerajaan Negeri dinaikkan 
sebanyak 55%. Kita membuat jalan, longkang, rumah mampu milik dan taman 
hijau.
“Berbanding dengan hutang Kerajaan Persekutuan yang naik ke RM480 
bilion pada 31 Mac 2012, beban hutang Negeri pula dikurangkan sebanyak 
95% daripada RM630 juta kepada RM30 juta, yang merupakan lagi satu rekod dalam 
sejarah Malaysia.
“Ini membolehkan wang bantuan diberikan kepada warga emas, ibu-bapa 
dan pelajar-pelajar sekolah dan IPTA, ibutunggal dan OKU. Semua sekolah 
pelbagai aliran diberikan peruntukan setiap tahun, dan bukan lima tahun 
sekali atau lima puluh tahun sekali, seperti BR1M RM500, yang 
menimbulkan soalan macam mana seorang datuk MCA dari Pahang pun boleh 
menerima RM500 yang diberikan kepada keluarga susah.
“Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang menghapuskan 
kemiskinan tegar dan kita akan menjadi negeri pertama yang menghapuskan 
kemiskinan sama sekali menjelang 2015. Pulau Pinang juga merupakan 
negeri pertama yang memberikan WiFi percuma kepada rakyat di 
tempat-tempat awam di Pulau Pinang.
“Ada mereka yang telah mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat 
melaksanakan tender terbuka, maka orang Melayu akan rugi. Tetapi di 
Pulau Pinang di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, 70% daripada 
tender-tender terbuka telah dimenangi oleh kontraktor Melayu yang 
berkeupayaan. Ini membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya 
saing. Sebenarnya, yang tidak berguna hanyalah kontraktor dan kroni UMNO dan 
BN.”
6. Hentikan kezaliman, kekejaman dan ketidakadilan
“Mari kita ambil kembali hak kita daripada kroni-kroni BN dengan 
menghapuskan tol Lebih Raya Utara-Selatan dan menarik balik subsidi yang diberi 
kepada pengeluar tenaga bebas (IPP). Kita juga tidak boleh lagi 
membiarkan salah guna kuasa di mana rakyat Malaysia mati sewaktu dalam 
tahanan, seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbaini 
dan A. Kugan. Kita mesti tubuhkan IPCMC untuk menghentikan kejadian 
seperti ini. Kita tidak boleh lagi membiarkan kaum wanita sentiasa takut untuk 
berjalan-jalan dan meletakkan kenderaan dengan penuh ketakutan. 
Kita tidak boleh menerima lagi dasar yang meletakkan untung lebih utama 
daripada kesihatan dan nyawa rakyat. Mari kita tutup loji nadir bumi 
Lynas di Kuantan dan menghentikan pembinaan loji nuklear yang 
dicadangkan oleh BN.”
7. Jangan pinggirkan hak rakyat di Sabah dan Sarawak
“Jangan dibiarkan rakyat Sabah menjadi orang asing di bumi sendiri di mana 
pendatang asing tanpa izin diberi kerakyatan. Kita perlu ada 
suruhanjaya diraja untuk menghapuskan masalah ini. Jangan dinafikan hak 
Sabah dan Sarawak untuk menikmati hasil sumber alam sendiri yang hanya 
diberi 5% royalti minyak. Kita patut tambah royalti kepada Sabah dan 
Sarawak menjadi 20%.”
8.  Hak untuk semua
“Kita tidak boleh lagi menerima manipulasi dan pecah perintah rakyat 
mengikut kaum dan agama. Kita perlu bersatu atas prinsip-prinsip bersama iaitu 
keadilan, kebebasan dan demokrasi. Kita mesti pastikan rakyat 
dari kaum minoriti seperti Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersama 
Bersih, yang diugut, diancam dan diganggu kerana beliau adalah dari kaum India, 
beragama Hindu dan seorang wanita.”
9. Kaum bukan faktor perpecahan tetapi politik perkauman BN perlu ditentang
“Sekiranya Pakatan Rakyat menang, calon yang paling layak akan 
menjadi Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. PAS, PKR dan 
DAP telah pun bersetuju hal ini. Jangan kita biarkan Barisan Nasional 
terus memperalatkan isu perkauman anti-bukan-Melayu hanya untuk 
mengekalkan kuasa. Adakah ini menguntungkan rakyat apabila BN tak mahu 
jawab mana pergi RM52 bilion  saham yang sepatutnya diberikan kepada 
orang Melayu dan bumiputera miskin?
“Barisan Nasional akan menggunakan perkauman untuk menakutkan kita 
kerana mereka sudah tiada isu lagi. Jangan kita menakutkan diri sendiri 
dan terus menyokong sebuah kerajaan yang bersifat kroni dan rasuah. 
Hanya dengan perubahan kepada ketuanan rakyat dan bukan ketuanan UMNO 
barulah kita boleh bebaskan diri daripada rasuah dan hidup bermaruah.
10. Inikah jasa MCA?
“Adakah Menteri Pengangkutan telah menjalankan tugasnya untuk 
memastikan semua lapangan terbang dan pelabuhan kita diuruskan dengan 
baik? Mengapa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah 3 kali 
dilewatkan pembinaannya? Mengapa Pelabuhan Pulau Pinang mahu diturunkan 
taraf kepada pelabuhan pengantara sahaja dan diswastakan pula pihak 
ketiga yang akan memangsakan rakyat di negeri Pulau Pinang? Mengapa 
tidak ada rundingan dengan rakyat di Pulau Pinang? Sebaliknya, Menteri 
Pengangkutan lebih berminat dengan nombor plet kereta, terutamanya plet 
yang bernombor WWW 15.
“Menteri Pelancongan pula merasakan tidak ada salahnya untuk 
membelanjakan RM1.8 juta untuk membuat Facebook sedangkan kita semua 
tahu itu boleh dilakukan dengan percuma!”
“Menteri Kesihatan mahu mengswastakan perkhidmatan kesihatan dan 
harga ubat pula akan menjadi mahal dengan membelinya dari orang tengah. 
Sedangkan kita semua tahu ia boleh dibeli terus daripada pembuatnya 
dengan harga yang lebih murah, dan ada antara mereka yang beroperasi di 
Malaysia. Mengapa terjadi begini?”
“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula menghalang usaha kita 
mahu menghidupkan kembali pilihan raya kerajaan tempatan, justeru 
menafikan hak rakyat Malaysia untuk memilih sendiri wakil ahli majlis 
dan datuk bandar kita.”
Mahu ke mana BN?
Apabila soalan daripada Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan, ditujukan kepada Guan Eng, beliau turut mengakui berlaku 
“ketirisan” RM26 bilion, menyebabkan Guan Eng member reaksi: 
“Inilah kali pertama saya mendengar seorang menteri mengakui bahawa 
korupsi dalam kerajaan telah mengakibatkan kerugian RM26 bilion!”
Guan Eng juga menjelaskan kerajaan negeri Pulau Pinang telah membina 
3,000 unit rumah mampu milik sejak 2008 melalui PDC dan akan membinca 
18,000 unit lagi tidak lama lagi.
Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang juga menjelaskan bahawa 
kerajaan Pakatan terpaksa mewarisi masalah dan kelemahan kerajaan BN 
dahulu, termasuk membayar hutang tertunggak.
Malah, katanya, laporan media kononnya kerajaan Pakatan telah 
merosakkan bukit-bukit di Pulau Pinang adalah tidak benar, terutama 
menyedari hakikat bahawa media massa dikawal oleh UMNO-BN.
Apabila Guan Eng bertanya kepada hadirin, “Siapa yang menguasai 
akhbar The Star (yang melaporkan bukit-bukit telah dirosakkan di Pulau 
Pinang)?”, ratusan suara bergema: “MCA!”.
Setiausaha Agung DAP itu turut mengingatkan rakyat bahawa jika “kita 
berjaya hapuskan korupsi, BN akan musnah. Jika kita tidak hapuskan 
korupsi, Malaysia akan musnah.” 

 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to