Salam


[36.47] Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari 
rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir 
itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): "Patutkah kami 
memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan 
memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". 


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )

----- Original Message ----- 
From: Noor Aini 
To: masterevery...@pitech.com.my 
Sent: Thursday, December 08, 2011 11:04 AM
Subject: Re: Sumbangan derma - HARIYATI (PJBumi)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Beserta dengan email ini adalah gambar adik AIN 
KHADEEJA bt SHAIFUL AZLI.
 
Justeru itu, marilah kita sama-sama merenung dan 
bermuhasabah bahawa sesungguhnya setiap ujian berupa kesakitan, tekanan dan 
sebagainya yang didatangkan oleh Allah SWT kepada kita tak kira muda atau tua 
adalah satu proses tarbiah (pembelajaran) untuk kita sentiasa ingat dan lebih 
mendekatkan diri kepadaNya. 
 
Marilah kita berdoa agar semuanya berjalan lancar 
untuk adik Ain dan keluarga, insyaAllah.
 
Amin.
 ----- Original Message ----- 

From: Noor Aini 
>To: masterevery...@pitech.com.my 
>Sent: Tuesday, December 06, 2011 3:19 
PM
>Subject: Sumbangan derma - HARIYATI 
(PJBumi)
>
>
> 
>Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
> 
>PIhak MUSCOM ingin melancarkan satu kempen kutipan derma bertujuan untuk 
membantu anak salah seorang warga PJBumi Bhd (Pn Hariyati) iaitu adik AIN 
KHADEEJA bt SHAIFUL AZLI (D.O.B: 7/7/2010) yang akan menjalani pembedahan 
jantung di IJN, Kuala Lumpur. 
> 
>Penyakit adik Ain adalah "Tetralogy of Fallot". Beserta dengan email ini 
kami ada sertakan sedikit maklumat berkenaan dengan penyakit ini sebagai 
kesedaran kepada kita semua. Sila klik: 
http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/tof/printall-index.html
> 
>Tabung akan disediakan di meja receptionist di setiap syarikat. Bank 
akaun juga akan diberikan sekiranya ada warga kerja PICORP yang ingin 
menyalurkan sumbangan.
> 
>MAYBANK Acc. No.: 112213049301 (Hariyati bt. 
Yahaya)
> 
>Kepada semua warga PICORP, marilah kita sama-sama berdoa supaya segala 
urusan berkaitan pembedahan adik Ain dipermudahkan  oleh Allah S.W.T dan 
diberikan kesabaran kepada seluruh keluarga Pn. Hariyati dalam masa yang 
menguji 
ini. InsyaAllah.... 
Amin============================================================
From: MURAD <mu...@precico.com.my>
Subject: [chainz_of_frenz] RE: berat mata memandang, berat lagi bahu  
menanggung, bantulah...
 

 
 
Assalamualaikum semua….. 
 
Disini ingin juga saya memanjangkan
kesusahan dan kesedihan yg dialami oleh seoarng saudara kita …
 
Saudara BASAR BIN DOLLAH  dimana anak
beliau NURAFIZAH BINTI BASAR telah dimasukkan di HOSPITAL KUALA LUMPUR … dan 
amat2 memerlukan
bantuan dari segi wang ringgit untuk menampung perbelanjaan perubatan anak
beliau … disini disertakan no akaun bank dan no telefon jika ada yg ingin
bertanya lebih lanjut terus kepada encik BASAR ..
 
Bank
Islam …. 0803102 045989 – 1  
No Tel …..
0175996112 
 
 Sekian terima kasih ..
  
Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara dan sahabat kita yang lain.
Semoga usaha kita membantu adik ini mendapat limpah rezeki dan berkat dari
Allah swt....Wassalam
  

============================================================

Mal, dia org dah jumpa adik Najmi ni. Dengar crita dia lari sebab merajuk dgn 
family dia.

2011/7/18 Anna Annisa <akma...@gmail.com>

Kepada Rakan2 semua, 
 
Anak
 kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb 
Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat 
pagi tadi tetapi masih gagal.   
Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik.  Butir2 terakhir adik 
Najmi adalah seperti berikut: 
 
Nama :                  Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun) 
Tinggi :                  lebih kurang 110cm 
Pakaian:                Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam 
dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' 
dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan 
berjaket berwarna coklat. 
Lain2:              Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, 
 berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala. 
 
 
MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN 
MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA 
HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA. 
 
Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak 
kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya
 di no: 0196387252 (Salleh). 
 
Mohon disebarkan. 
 
TERIMA KASIH.

=================================================================
--- On Sat, 4/16/11, rli <rlij...@yahoo.com> wrote:


Asalamualaikum / Salam sejahtera, 
  
Sebentar tadi saya di kejutkan oleh panggilan talipon oleh adik ipar saya 
mengatakan beliau telah di samun menggunakan parang di kediaman 24, 
Jalan USJ 1/2L Taman Subang Mewah, Subang Jaya. Kejadian berlaku pada 
jam 5:00 Pagi  Tarikh :14 April 2011. Perompak tersangat lah bahaya, 
kerana mereka sanggup mencederakan dan beliau telah di tetak sehingga 
mendapat kecerderaan di kepala dan muka. Perompak telah melarikan 2 
bijik kenderaan, Jenis : Proton Wira Sedan, berwarna hitam, Plate No : 
ADA9279 dan Honda Ferio, berwarna silver, bonet hitam, Plate No : 
JBT94            . Selain itu perompak telah melarikan talipone bimbit, 
wang tunai, dan barang lain. Minta jasa baik 
tuan/puan/adikberadik/abg/kakak/ sekiranya berjumpa dengan kenderaan ini sila 
maklumkan kepada balai polis yang berdekatan atau hubungi : Muhd Firhan +60 12 
496 53 81 | Aziem +60 12 536 77 82 
  
  
Bantuan tuan/puan/adikberadik/abang/kakak untuk sampaikan kepada rakan2 amat2 
di hargai, dan moga bantuan anda mendapat pahala yang besar kelak. 
Sekian, terima kasih

==================================================================



 
 
As Salam Semua,

FYI, latest update 


Ni follow-up dari lawatan NGO wargakilang tempohari ke rumah saudara
azizan. Cuma dalam hati ini terdetik, bagaimana kalau kita diuji
sebegini rupa. Kena VSS sebab ekonomi dok merudum, lepaih kerja sendiri, lepaih 
tu sakit radang hati atau kanser, isteri ambil alih cari rezeki, lepaih tu 
pihak berkuasa tak bagi berniaga… 
Anak nak sekolah, anak nak makan, laki sakit takleh nak mampu nak buat
rawatan, dan nak cari sesuap nasi pun susah… nak suruh pi pikir pasai
apa bil api/air tertunggak, rasanya depa takdak masa nak pikir langsung… 
Ujian untuk depa dan ujian untuk kita. Semoga ada manafaatnya… 


        1. Anak dia yg sulong tu minat kat computer. Ambik upah buat FB , 
tweeter , etc kat kawan2. Charge RM5 , habuan belanja sekolah. Dulu masa sihat 
dia teringin nak hantaq anak dia belajaq buat blog , kat member kami (Fujian). 
Tapi sejak teruk sakit , hajat tak kesampaian. Anak dia ni la ni dok 
belajaq/surf internet kat sekolah , walaupun mmg sekolah tak bagi , tapi sbb 
dia rajin tolong cikgu , dapat la buat FB utk member. Kadang2 tu pi jugak CC. 
So dia kata kalau ada org guna nama dia on-line tu , bukan dia , tapi anak dia. 
Aku suruh anak dia register FB WK. Appt utk operate tonsil anak dia , 29hb ni.
        2. Anak no2 minat melukis. Dok ambik upah upah lukis katun utk geng 
sekolah dia. Lepas la duit belanja sekolah. (teringat cerita anak sulong Muniaq)
        3. Ada sorang pekerja SOCSO contact dia , bagi tau cara2 utk dapat 
pencen-ilat dari SOCSO. Dia kena ambik borang , then suruh doktor isi etc etc. 
Dia nak buat next month bila jumpa doktor for next check up. Aku suruh dia 
fokus yang ni.
        4. JKM dah pi interview , insyaallah akan dapat bantuan.
        5. Kos utk pembedahan agak tinggi..tak sure berapa ..maybe dlm 
lingkungan RM25K++

 
•  Kita still nak tolong dia dapatkan medical
report dari hospital , for future reference. Maybe utk dapatkan bantuan dari
Pej Zakat or EPF. Or maybe utk dapatkan further medical treatment dari pakar
swasta.
 
•  Then next step baru tengok apa yg boleh buat utk
daily income depa, bil air yg tertunggak RM2500++, bil api tertunggak 
RM1700++ dan lain2 bil serta projek bantuan meja beroda utk perniagaan 
nasi lemak yg dianggarkan dlm RM1000++ spt yg disyaratkan oleh MBA 
bahawa setiap meja tidak dibenarkan tinggal dibahu jalan.



Utk sahabat yg perihatin boleh le membantu dgn menderma sedikit sebanyak kepada 
sahabat kita Azizan. Dibawah ni ade no telefon Saudara Azizan dan juga no akaun 
beliau untuk
tindakan sahabat2 yang mahu mendapatkan kepastian tentang keadaan beliau secara 
langsung.

Nama : Azizan bin Bakar 
IC : 720413-02-5421 
Maybank AC : 102027494249 
Tel : 0124861013

From:Othman, Aznee 
Sent: Monday, March 21, 2011 9:02 AM
To: 'Munir'; warga_kil...@yahoogroups.com
Subject: RE: [warga_kilang] Sabuah Kisah Rakyat Biasa: bacalah kalau ada masa 
  
Salam, 
Saya pernah dengar ada orang alim kata hidup kita ini tidak lain hanyalah
ujian belaka. Dia kata Tuhan bagi kita sakit, bagi kita demam, bagi kita sihat, 
bagi kita senang bagi kita susah, kadang-kadang sampai susah
sesusah-susahnya hinggakan tidak pernah terlintas di akal kita yang kita akan 
susah sampai macam itu sekali. Dia kata semua itu tidak lain
hanyalah sebagai dugaan belaka, Tuhan nak tengok sejauh mana kita tabah
menerima semua cubaan itu. 
  
Bila saya tengok klip video Tsunami di Jepun kat You Tube yang berbagai rupa 
itu, terlintas juga awat la teruk sangat Tuhan pi balun depa-depa kat
Jepun itu. Apa salah depa sampaikan habis mati bergelimpangan semuanya
(sekali tu depa jumpa dekat 2000 mayat tersadai kat satu kawasan pantai
itu); dan yang hidup pula kena uji dengan cuaca sejuk, tiada air tiada
letrik tiada selimut tiada makanan dsg nya.

Saya tidak melihat
semua itu sebagai satu Ujian untuk depa, tapi lebih kepada Ujian untuk
kita semua. Tuhan nak tengok sama ada kita nak bantu ke tidak
insan-insan malang seperti depa-depa ini. 
Dan, yang menariknya kerana faktor media barangkali, kita dok ingat hanya di 
Jepun saja, hanya mangsa-mangsa Tsunami ini sahaja yang sedang diuji
dengan masalah tiada air tiada letrik tiada makanan dan 1001 lagi
kepayahan untuk meneruskan kehidupan, wal hal yang sebenarnya
insan-insan seperti mereka ini banyak terdapat melata di sekeliling
kita. 
Saya nak mengambil kesempatan di sini, nak kongsi satu pengalaman duka saya
dan teman-teman dari NGO Wargakilang berkunjung ke rumah seorang bekas
pekerja kilang yang menjadi mangsa TSUNAMI VSS yang melanda
kilang-kilang industry di sekitar tahun 2008 yang lalu. 
Namanya Azizan, tinggal di Kg Tok Pasai Kuala Kedah, di sebuah rumah buruk di
celah-celah rumah-rumah usang yang dijadikan sebagai tempat parking
kereta mereka-mereka yang nak ke Langkawi. 

 
Sebaik-baik saja kena VSS, beliau adalah dok buat bisness sikit sendiri-sendiri 
dan kemudian bekerja mengikut kawan wiring letrik di kawasan berdekatan,
dapatlah sikit habuan lepas makan anak-anaknya yang 7 orang itu (yang
sulung tingkatan 3).  
Takdir, tanpa menunggu terus datang membawa Ujian untuk dirinya. 
Sekitar awal tahun 2010 baru-baru ini beliau disahkan mengidap radang hati,
tidak mampu bergerak banyak dan hanya terlantar di tempat tidur. Waktu
kami ke rumahnya, boleh nampak perutnya macam membengkak, kalau
dulu-dulu org mungkin kata busung barangkali. 
Beliau tak mampu ke hospital kerana faktor kewangan dan pengangkutan, setiap
kali ke hospital pasti tersangkut di ICU; kalau 2 hari dah hampir RM200
sedangkan dalam keadaan sekarang tanpa punca pendapatan, mana nak cari
RM200 itu. 
Isteri? Dua tiga minggu lepas dah keluar berita keluarga ini dalam SINAR
HARIAN, entah apa yang tak kenanya dikatakan Majlis Bandaran Alor Setar
menghalang isterinya daripada berniaga di tapak seperti yang tertera di
bawah ini. 
 
Bila saya tengok gambar isteri dan 3 orang anaknya ini di tempat yang mereka 
dihalang berniaga, yang berlatarbelakangkan lambang sebuah parti
politik Melayu, UMNO dulu kini dan selamanya, yang tercatat megah kat
signboard itu - memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara, satu perasaan
marah yang tak dapat diceritakan tiba-tiba saja naik tersirat di dada.
Entahlah! 
Apalah malangnya nasib orang-orang bawahan rakyat marhain seperti sdra Azizan
suami isteri dan 7 orang anak-anaknya ini. Rumah tak ada letrik walaupun duduk 
tak jauh dari BANDARAYA ALOR SETAR negeri Kedah Sejahtera
sedangkan Tok Esah makcik saya di Ulu Baling sana nu pun rumahnya boleh
ada letrik dan lampu cahaya. 
  
Nak buat macam mana, hutang letrik dan juga air sudah tertunggak lebih dari 
seribu. Nasib baik ada jiran yang bersimpati tolong hulurkan wayar
letrik sambung extension ke rumahnya buat sementara. 
Sembang pi sembang mai dengan Azizan, di celah-celah air mata jernih yang
mengalir di kedua hujung kelopak matanya, beliau bercerita bagaimana
kesan barah itu sudah mula menapak di kedua tulang rusuknya, kalau
lambat dirawat rasanya tak lama lah kot beliau akan terus berada bersama kita.


Bila
 saya tanya tak ada kah YB ka sapa-sapa mai melawat, salah seorang kawan
 yg turut serta menyampuk kata, kalau ada Pilihanraya Kecik kat sini
sebab YB mati ka apa sure berduyun-duyun org mai rumah Azizan punya,
siap masuk TV lagi nanti. Azizan senyum saja, dia tak salahkan
sapa-sapa. 
Bila saya tanya sapa dia YB kat sini; sorang kawan tu kata nama dia ada nama 
Mustapha Mustapha macam itu (YB PAS). 
Saya kata: 
“Apa dia? KASIM MUSTAPHA?” 
Kawan saya tu gelak sakan, dia kata: 
“Kalau KASIM MUSTAPHA Tauke Nasi Kandaq itu tak jadi macam inilah; dia boleh
bawak angkut mai Nasik-Nasik Kandaq itu bagi budak-budak ini makan, ha
ha ha”. 
Sorry noh, kawan saya ni melawak saja; minta maaf melawak kasaq sikit. 
Walaupun dalam melawak, tiba-tiba saya terfikir; sebenarnya inilah dia realiti
hidup masyarakat marhain kat bawah ini, depa bukan perlukan tender
projek jutaan-jutaan ringgit, apa yang depa perlukan, macam juga mangsa
Tsunami di Jepun nu, orang-orang macam keluarga Azizan rakyat kat bawah
ini, depa cuma perlukan makan minum saja. Kalau dapat letrik itu kira
bonus dah tu. Hat ini yang ramai YB tak paham. 
Rakyat kat bawah ini tak minta benda-benda besar, depa cuma perlukan benda
asas, makan dan minum saja untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Maka
itu, kepada YB semua, fikirlah mcm mana cara supaya rakyat jelata kat
bawah ini mudah nak cari rezeki tanpa dibebani dengan isu lesen, permit
dan lain-lain yang membebankan mereka. Mana yang boleh dipermudah,
tolonglah permudahkan. Insyaallah depa amat menghargainya. 
Kalau tidak, eloklah lepas ini dalam pilihanraya kita letak Tauke-Tauke Nasi
Kandaq macam Kasim Mustapha itu pula jadi calun, agak tersepit macam
sdra Azizan ini bolehlah juga anak bini dia dapat makan free barang
sehari dua sementara nak ikhtiar benda lain. Kalau tidak, penat aja
orang-orang bawah ini undi YB; habis hari pilihan raya batang hidung pun tak 
nampak. 
Sekian, sebuah kisah tragis dari Kuala Kedah di celah-celah kesibukan kita
berbicara kisah Tsunami dan Nuklear Jepun serta serangan tentera berikat 
terhadap Libya, ada juga orang-orang seperti sdra Azizan yang perlu
diberi perhatian. 
(Maklumat mutakhir yg saya dapat, Azizan sedang mengalami masalah penglihatan di
kedua-dua belah matanya, mungkin akibat komplikasi drpd serangan barah
itu) 
Sekian. Moga ada iktibarnya buat kita semua. 
moniermat...@yahoo.com 
http://www.moniermatdin.blogspot.com/ 
21.3.11 

PENDAPATAN JUAL NASI LEMAK TERHENTI
 
SINAR HARIAN: 7 Mac 2011
 
Seorang peniaga di sini bingung apabila operasi menjual nasi lemak dan kuih
terpaksa dihentikan sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini, melalui hasil
jualan itulah, Rohani Othman, 38 menyara keluarga setelah suaminya Azizan 
Bakar, 39 disahkan
mengidap penyakit radang hati tahun lalu dan tidak mampu melakukan
sebarang pekerjaan. Azizan berkata, dia kini bimbang dengan penyakit
yang dihidapnya itu kerana jika dibiarkan mampu menjadi barah.
 
“Doktor sentiasa menasihatkan saya agar segera mendapatkan rawatan kerana
bimbang ia merebak tetapi saya tidak berdaya kerana kehilangan punca
pendapatan.”
 
“Namun, saya tidak mampu melakukan apa-apa , pendapatan kini hanya mengharapkan 
kepada isteri (Rohani) yang sekarang tidak boleh berniaga kerana
dihalang Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)”, katanya ketika ditemui di
rumahnya di Kg Tok Pasai.
 
Azizan berkata, walaupun pendapatan menjual nasi lemak hanyalah sekitar RM5
hingga RM10 sehari namun belum cukup untuk menanggung keperluan harian
dan persekolahan enam daripada tujuh anaknya.
 
Menurutnya, dia dan isteri pernah beberapa kali memohon untuk mendapatkan lessen
perniagaaan namun permohonan itu tidak diterima MBAS.
 
Menurutnya, dia kini buntu kerana pihak MBAS tidak menjelaskan apakah alasan 
permohonan lesennya tidak diterima.
 
“Saya memang berharap agar MBAS dapat mempertimbangkan permohonan lessen
perniagaan untuk isteri saya kerana itu sahajalah punca rezeki kami
sekeluarga”, katanya.
 
Bagi Rohani, dia juga berharap agar ada pihak yang tampil membantu dan
meringankan bebannya untuk merawat penyakit yang dihadapi oleh suaminya. 
 
Rohani berkata, permohonan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan 
Masyarakat (JKM) juga dibuat namun masih belum menerima jawapan.
 
Menurutnya, pihak JKM pernah membuat tinjauan di rumahnya pada Januari lalu, 
namun
sehingga kini permohonan itu belum diluluskan.
 
“Anak-anak saya juga tidak mendapat sebarang bantuan persekolahan, jadi apabila
terputus pendapatan mereka terpaksalah pergi sekolah tanpa membawa wang
saku”
 
“Saya sememangnya berharap agar JKM dapat meluluskan permohonan bantuan yang
dibuat oleh saya kerana dengan bantuan yang diberikan itu mampu
meringankan perbelanjaan saya sekeluarga”, katanya.  

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke