Refl: Pertemuan dagang sapi dan kucing dalam karung?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

Megawati akhirnya bertegur sapa dengan Susilo

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musth...@utusan.com.my




Susilo Bambang Yudhoyono dan isteri Ani Yudhoyono (kanan) disambut bekas 
Presiden, Habibie dan Megawati Sukarnoputri (kiri) di Jakarta, semalam. - AFP 

--------------------------------------------------------------------------------



JAKARTA 1 Jun - Bekas Presiden Indonesia, Megawati Sokarnoputri akhirnya secara 
rasmi menyapa musuh politiknya, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada sambutan 
Hari Pancasila di sini hari ini.

"Yang Amat Berhormat Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.," kata 
Megawati ketika memulakan ucapannya.

Sebilangan besar tetamu yang menghadiri majlis berkenaan di Parlimen hari ini 
saling tersenyum sesama mereka sebaik Megawati berbuat demikian.

Pada majlis berkenaan, Susilo yang ditemani isterinya, Ani Yudhoyono turut 
tersenyum sebagai reaksi terhadap salam yang diucapkan oleh Megawati.

Sebelum acara itu bermula, kedua-dua mereka turut bersalaman ketika bersemuka.

Kehadiran Megawati ke Hari Pancasila itu juga disambut dengan tepukan oleh ahli 
Parlimen serta tetamu-tetamu lain.

Selain Megawati, bekas Naib Presiden Indonesia iaitu Jusuf Kalla, Hamzah Haz 
dan Try Sutrisno turut hadir menyaksikan majlis bersejarah deklarasi 
Perlembagaan negara itu yang diperkenalkan oleh Presiden pertama Indonesia, 
Sukarno 65 tahun lalu.

Susilo juga dilihat berbual dengan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Taufik 
Kiemas yang juga suami Megawati ketika nama Megawati diumumkan berada dalam 
senarai tetamu yang hadir.

Bagi Taufik, beliau sangat gembira melihat isterinya yang juga Ketua Umum Parti 
Demokrasi Indonesia-Perjuangan akhirnya bersalam dengan Susilo.

"Bagaimanapun, jangan sesekali memeluk isteri saya, saya akan jadi marah," kata 
Taufik dalam nada berseloroh.

Itu merupakan pertemuan pertama antara dua tokoh pemimpin negara sejak 
kedua-duanya bersaing merebut kerusi Presiden Indonesia pada pilihan raya umum 
tahun 2009.

Hubungan dingan antara kedua-duanya terjadi apabila Susilo membuat keputusan 
untuk bertanding kerusi Presiden pada tahun 2004 dengan mengasaskan Parti 
Demokratik.

Sebelum era tersebut, Susilo merupakan orang paling dipercayai oleh Megawati 
sehingga diberi tanggungjawab memegang jawatan menteri dalam kabinetnya.

Sebaik Susilo membuat keputusan untuk melawan Megawati pada pilihan raya itu, 
hubungan mereka berdua sekali gus bertukar menjadi 'musuh'.

Sejak itu, kedua-dua pemimpin berkenaan jarang kelihatan menghadiri acara yang 
sama atau bercakap antara satu sama lain. - Utusan


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to