Salam


Nabi SAW bersabda : Seorang lelaki yang bercakap mengenai sesuatu perkara 
sedangkan dia tidak melihatnya, maka dia akan terjun kedalam neraka, selama 70 
kharib..

Nabi SAW bersabda : Celakalah.. Orang yang bercerita ( lawak ), supaya orang 
tertawa, sedangkan dia berbohong.. Celakalah dia.. Celakalah dia..

Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang jadi pelawak.. Tidak akan kaya di dunia..

http://www.youtube.com/watch?v=DHv9Pxn6dy8&feature=related  ( Ustaz Kazim Elias 
- Raja Lawak )


WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
( http://groups.yahoo.com/group/hizamri_list/ )


________________________________
 From: Neny Asrina Bt. Isa <neny-asr...@jhr.sharp-world.com>
Subject: [chainz_of_frenz] Johan buat Zizan nangis
 

  
Johan buat Zizan nangis
MEREKA mempertaruhkan bakat komedi dalam diri
masing-masing dalam program realiti Raja Lawak secara solo tetapi kini cukup
dikenali sebagai kumpulan duo yang mempunyai ramai peminat.
Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan dan
Razizan Abd Razak (Zizan) sangat sinonim dengan kumpulan Jozan apabila mereka
diberi kepercayaan mengendalikan program Raja Lawak.
Mereka diingati sebagai pasangan hebat kerana
gabungan mereka membuatkan lawak ditampilkan berjaya mencuit hati.
Populariti mereka itu juga dipertaruhkan untuk
menjayakan program Maharaja Lawak. Walaupun gagal merebut gelaran juara, Jozan
terus diingati sebagai pelawak berkumpulan walaupun hakikatnya, Johan dan Zizan
melangkah dalam dunia seni sebagai individu dan mempunyai peminat berbeza.
Buktinya, jika tahun lalu Zizan diangkat peminat untuk anugerah Pelakon Komedi
Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010),
tahun ini peminat memilih Johan pula manakala Zizan diangkat Pengacara TV
Lelaki Popular meruntuhkan dominasi Aznil Nawawi untuk lapan tahun
berturut-turut.
Apakah kejayaan Johan merampas trofi dari Zizan
akan membuatkan Jozan berpecah? Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran
peminat selepas ABPBH2011 berakhir. Bagaimanapun, Johan dan Zizan menegaskan
tidak akan timbul isu berpecah membabitkan Jozan kerana mereka tidak pernah
bergabung sebagai satu kumpulan.
Kata Johan, sewaktu menyertai Raja Lawak
masing-masing muncul secara solo tetapi melihat bakat mereka berdua, Astro
menggabungkan mereka membentuk Jozan untuk mengendalikan program Raja Lawak.
“Apa yang kami persembahkan mendapat sambutan
baik daripada penonton hinggakan kami banyak menerima tawaran mengadakan
persembahan bersama. Saya sendiri selesa bekerja berdua kerana percantuman idea
menjadikan lawak ditampilkan lebih kelakar.
“Waktu sama, saya tidak pula menghadkan rakan
kerja. Selain Zizan, saya juga tiada masalah bekerja dengan pelawak lain sama
ada dalam filem, drama atau persembahan pentas,” katanya ketika ditemui di
majlis meraikan kejayaan mereka di Anugerah Bintang Popular Berita Harian
2011(ABPBH2011) anjuran Astro baru-baru ini.
Mengenai resipi dalam menjaga hubungan baik
sepanjang bekerjasama dengan Zizan, terang Johan, perkara pertama yang sering
ditekankan adalah bertindak jujur dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
“Apabila kita jujur dan tidak membawa beban
membabitkan kesilapan yang dilakukan sebelum beraksi, ia akan membuatkan
seorang pelawak itu berlawak dengan lebih ikhlas. Perkara itu secara tidak
langsung membuatkan penonton mudah menerima dan faham apa yang ingin kita
sampaikan.
“Rutin biasa kami lakukan sebelum mengadakan
persembahan adalah bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain. Selain itu,
sebelum mengadakan persembahan kami akan berdoa. Waktu inilah, saya akan dapat
lihat sisi berbeza Zizan, dia biasanya akan menangis sepuas-puasnya sebelum
tampil ke pentas,” katanya.
Zizan pula menjelaskan, dia menjaga hubungan
baik sepanjang bekerja dengan Johan dengan memastikan dirinya tidak terlalu
baik dan rapat dengan teman kerjanya.
“Walaupun tidak rapat, tetapi sesekali kami
akan berhubungan. Saya berbuat begini kerana biasanya kalau kita terlampau
rapat, sikap baik dan buruk akan mudah nampak. Apapun, saya sayangkan Johan
kerana setiap kali antara kami punya sejarah. Kami sudah lalui susah senang
bersama,” katanya.
Mengenai pengakuan Johan mengatakan Zizan
menangis sepuas-puasnya sebelum tampil ke pentas membuat persembahan, kata
Zizan, perkara itu berlaku apabila Johan memulakannya dengan bacaan al-Fatihah.
“Johan akan meminta kami sedekahkan al-Fatihah
yang dibaca kepada diri sendiri. Dalam doa itu juga, Johan mahu kami ingat apa
yang kita lakukan (bekerja atau berlawak) adalah untuk keluarga dan diri
sendiri. “Apabila ritual ini dibuat, ia akan menjadikan kita bekerja dengan
ikhlas.
“Keikhlasan itu juga yang membuatkan apa yang
kami lakukan, terutama membabitkan persembahan pentas menjadi sempurna.
“Saya sendiri secara peribadi, suka akan apa
yang dilakukan Johan untuk Jozan,” katanya.

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------------------

Post message: prole...@egroups.com
Subscribe   :  proletar-subscr...@egroups.com
Unsubscribe :  proletar-unsubscr...@egroups.com
List owner  :  proletar-ow...@egroups.com
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    proletar-dig...@yahoogroups.com 
    proletar-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    proletar-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to