At 10:23 AM +0700 6/9/00, MULYADI wrote:

>Kito di lapau ko anyo bisa mando'akan semoga tabah menghadapi cobaan ko, dan
>bertawakal (merenung kepada Allah.SWT) . amieen

Sasudah puluhan gampo susulan di Bangkahulu, dari Utusan Melayu Kuala
Lumpur kita baco Gampo Susulan nan gadang (6.2):

Bengkulu dilanda gempa bumi lagi

BENGKULU, Indonesia, 8 Jun - Gegaran kuat berukuran 6.2 pada skala Richter
telah
mengejutkan wilayah Bengkulu awal hari ini, menyebabkan kebanyakan penduduk
bertempiaran lari menyelamatkan diri di jalan raya.

Agensi berita Antara berkata, gegaran selama 15 minit itu berlaku pada
pukul 6.45
pagi waktu tempatan, bagaimanapun kerosakan yang dialami masih belum diketahui.

Beratus-ratus kejadian gegaran berlaku selepas gempa bumi terbesar
berukuran 7.9
pada skala Richter pada malam Sabtu lalu di pantai barat kepulauan Sumatera.

Pegawai hospital dan media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 120 orang
terbunuh dalam kejadian gempa itu manakala 1,300 yang lain cedera.

Beribu-ribu rumah dan bangunan turut musnah.

Sejak gempa bumi Sabtu lalu, ramai penduduk di bandar Bengkulu, bandar utama
wilayah tersebut tidur di bawah khemah yang dibina sendiri kerana takut gegaran
akan menyebabkan kerosakan lebih teruk.

Namun, hujan lebat yang turun telah memaksa mangsa kembali tinggal di rumah
mereka yang mengalami kerosakan.

Sementara itu di Myanmar, gempa bumi kuat melanda utara Myanmar awal hari ini,
namun, tiada kerosakan dan kemusnahan dilaporkan berlaku di bandar utama
berhampiran pusat gempa itu.

Gegaran berlaku pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa sejauh
150 kilometer utara Myitkyina, bandar pendalaman di utara Myanmar.

Pegawai jabatan kaji bumi di Yangon berkata gegaran yang berlaku berukuran 6.6
pada skala Richter tetapi pakar kaji bumi di Chiang Mai, Thailand - 884
kilometer
dari tenggara pusat gempa - mendapati gegaran berukuran 6.35 pada skala
Richter.

Kekuatan gempa tersebut boleh mengakibatkan kemusnahan sekiranya ia berlaku di
kawasan penempatan yang ramai. - AP



LAPAU RantauNet di http://lapau.rantaunet.web.id
Isi Database ke anggotaan RantauNet:
http://www.egroups.com/database/rantaunet?method=addRecord&tbl=1
=================================================
WEB-EMAIL GRATIS ... @rantaunet.web.id ---> http://mail.rantaunet.web.id
=================================================
Subscribe - Mendaftar RantauNet Mailing List, kirimkan email
Ke / To: [EMAIL PROTECTED]
Isi email / Messages: subscribe rantau-net email_anda

Unsubscribe - Berhenti menerima RantauNet Mailing List, kirimkan email
Ke / To: [EMAIL PROTECTED]
Isi emai / Messages: unsubscribe rantau-net email_anda
=================================================
WebPage RantauNet http://www.rantaunet.web.id dan Mailing List RantauNet
adalah servis dari EEBNET http://eebnet.com, Airland Groups, USA
=================================================

Kirim email ke