14 depot imigresen sesak teruk
Oleh WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Semua 14 depot tahanan imigresen di seluruh negara kini 
sesak teruk dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia merupakan 
kumpulan yang paling ramai ditahan.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen, Yusof Abu Bakar berkata, sebahagian besar 
PATI ditahan di depot-depot itu kerana tamat tempoh sah permit selain menunggu 
dihantar pulang ke negara asal.
“Sangat sesak. Kita dapati PATI Indonesia memenuhi lebih setengah daripada 
jumlah kesemua tahanan di setiap depot.
“Selain PATI Indonesia, Bangladesh menjadi penyumbang kedua terbesar diikuti 
Myanmar,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don berkata, negara 
menghadapi masalah depot sesak ekoran sikap ‘lepas tangan’ beberapa kedutaan 
asing terhadap PATI warganegara mereka.
Tambah Wahid, depot Kemayan, Pahang yang boleh memuatkan 400 orang kini diisi 
dengan 545 tahanan atau 135 peratus diikuti Lenggeng, Negeri Sembilan (kapasiti 
1,200, tahanan 1,293 orang atau 108 peratus) dan Menggatal, Sabah (kapasiti 
1,800, tahanan 1,914 orang atau 106 peratus).
Oleh itu, kata Yusof, jabatannya akan membina lebih banyak depot tahanan di 
seluruh negara selain mempercepatkan proses menghantar mereka balik ke negara 
asal.
“Pendatang dari tiga negara itu didapati memenuhi kesemua depot tahanan. Jumlah 
dari negara lain agak rendah dan kita masih boleh mengawalnya,” ujarnya.
Jelasnya, berikutan masalah kesesakan itu, pihaknya terpaksa memperlahankan 
operasi menangkap PATI pada masa ini.
“Operasi tetap ada tetapi dikurangkan kerana kita ‘kasihan’ kepada jumlah PATI 
yang melebihi kapasiti di semua depot,” katanya.
Ditanya tentang limpahan mendadak warga asing tanpa permit di depot tahanan 
imigresen seluruh negara, Yusof menjelaskan, mereka memang perlu ditahan di 
situ.
“Memang ia menjadi salah satu tempat untuk menahan warga asing tanpa permit. 
Pesalah sudah termaktub perlu diletakkan di depot sebelum tindakan susulan 
diambil.
“Orang ramai perlu faham. Warga asing yang sudah tamat tempoh sah perjalanan 
atau visa mereka juga diklasifikasikan tanpa permit,” jelasnya.
_________________________________________________________________
Express yourself with the latest Windows Live Messenger! Get it free today!
http://www.get.live.com/wl/all
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://www.rantaunet.org
===============================================================
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply.
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku.
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
===============================================================
Jika anda, kirim email kosong ke >>:
berhenti >> [EMAIL PROTECTED]
Cuti: >> [EMAIL PROTECTED]
digest: >> [EMAIL PROTECTED]
terima email individu lagi: >> [EMAIL PROTECTED]

Webmail Mailing List dan Konfigurasi keanggotaan lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke