Assalam mu Alaikum,

Para pengunjung RN yang di hormati sekalian,

1. Mungkin ada diantara pengemar RN ini telah melalui alam persurauan di Ranah. 
Saya membicarakan sistem surau yang banyak di perkatakan dan telah melahirkan 
banyak kajian ilmiyyah. Baik sekali bagi kita ini ingin mengetahui cara hidup 
seharian dan pengelaman pengelaman peribadi  yang telah ditempuhi. Penulisan 
tentang menjalani dan melalui sistem persurauan dari dalam ini  elok juga di 
bentangkan di pelanta RN ini. Lebeh banyak peluahan dari hati yang telah 
menjalani persurauan ini dapat membantu kita menghargai satu sejarah 
kegemilangan Minang hasilan sistem pendidikan surau ini. 

Kita berharap apa yang mampu membicarakan pengelaman peribadi mereka mereka ini 
terutama di Pelanta RN.

Selain dari tulisan peribadi boleh juga ada diantara kita ini memuatkan artikel 
artikel atau lembaran lembaran dari novel atau buku yang menyentuh tentang 
sistem pesurauan atau memceritaka pengelaman peribadi yang di telah di lalui. 
Pemuatan ini saya ucapkan ribuam terima kasih.

2. Sistem pendidikan surau ini telah di cipta dan difikirkan bersama oleh 
ulamak silam. Ide dan lembaga surau ini adalah jawapan amali dan satu hasilan 
amal jamai'i ulamak yang telah mendapat sambutan cukup baik dari rakyat jelata 
Minangkabau. Ianya satu situational and simultaneously institutional and 
societal response belonging to the particular period of vertical and horizontal 
islamization/ da'wah propagation in Minangkabau. Filsafah dan pengurusan sistem 
surau jelas menunjukkan ketelitian dan kesungguhan para ulamak dan pemuka adat 
untuk memperkukuhkan educational public space di Minangkabau. Persoalan kini 
ialah adakah sistem persurauan ini mampu diteruskan? Segala alam persekitaran 
di Ranah kini tidak begitu membolehkan penerusan sistem persurauan ini. Asas 
asas ideal beradat dan kelangsungan adat dan sistem berkeluarga dan 
perkampungan telah banyak berubah malah ada diantaranya terhapus. Persoalan 
kedua, sistem dan lembaga surau ini sudah tidak mampu menghasilkan
 yang baik, malah dalam banyak hal membebankan masyarakat kini. Di lihat satu 
pembebanan kerana alam persekiraran Alam Minang yang ideal sudah makin 
berkurang dan tidak berfungsi dengan imbang untuk menghasilkan maanusia Minang 
yang terbaik bagi kemajuan Ranah. Sekiranya ini satu fakta di lapangan, 
bagaimana gantian/alternative yang sepatutnya wajib kita usahakan. Ulamak silam 
telah melakukan kerja mereka. Telah mengemukakann satu jawapan memecah 
persoalan mencipta maanusia Minangkabau, maka lahirlah sistem pendidikan surau. 
Bagaimana jawapan yang kita berikan? Bagaimana bentuk kaedah pendidikan yang 
sesuai dengan Minangkabau yang memangnya di persimpangan jalan. Pendekatan yang 
macam mana hendak kita lakukan untuk mengganti sistem persurauan tadi. 



 
 
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
=============================================================== 
Website: http://www.rantaunet.org 
=============================================================== 
UNTUK SELALU DIPERHATIKAN:
- Selalu mematuhi Peraturan Palanta RantauNet lihat di 
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-palanta-rantaunet
- Hapus footer dan bagian yang tidak perlu, jika melakukan reply. 
- Posting email besar dari >200KB akan di banned, sampai yang bersangkutan 
menyampaikan komitmen akan mematuhi Tata Tertib yang berlaku. 
- Email attachment, DILARANG! Tawarkan kepada yang berminat dan kirim melalui 
jalur pribadi.
=============================================================== 
Berhenti, kirim email kosong ke: 
[EMAIL PROTECTED] 

Webmail Mailing List dan Konfigurasi teima email, lihat di: 
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe 
Dengan terlebih dahulu mendaftarkan email anda pada Google Account di
https://www.google.com/accounts/NewAccount

-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke