Betul ke Tuhan itu wujud?

Soalan:


Maaf
kepada sesiapa...saya dilahirkan Islam. Tapi, saya berharap sangat jika
ada sesiapa yang boleh tolong menjawab soalan saya ini...

SAYA
KURANG PERCAYAKAN TUHAN, BENARKAH DIA WUJUD? SETAKAT CKP TGK LANGIT,
TGK AIR, TGK BUMI...ITU TAK DAPAT MEMBUKTIKAN APA2...MUNGKIN BENAR
TUHAN ITU WUJUD, TAPI TUHAN YANG MANAKAH YANG BENAR? SAYA SEJAK LAHIR
MMG DILAHIRKAN ISLAM, TETAPI SAYA INGIN TAHU, SECARA MENDALAM TENTANG
ISLAM...YANG BOLEH MENJAWAB PERSOALAN SAYA INI....RATA2 DAH BERAPA
USTAZ DAN IMAM SAYA JUMPA, MEREKA MASIH MENGATAKAN BAHAWA TGK LA LANGIT
DAN BUMI, ITU TANDA KEWUJUDAN NYA....

BUKAN
NIAT SAYA UNTUK MEMESONGKAN AKIDAH SESIAPA DGN SOALAN SAYA INI...CUMA
SAYA MENG INGINKAN ERTI SEBENAR...DAN SAYA SANGGUP BERGURU...

[http://groups.yahoo.com/group/ReSpeKs/message/62627]


Jawapan:


Terima kasih kerana kesudian dan keterbukaan saudara untuk berkongsi masalah 
yang sedang saudara hadapi ini.

Bagi menjawab soalan ini, di sini saya sertakan petikan daripada penulisan yang 
sedang saya usahakan sekarang.

Penulisan
ini agak panjang kerana saya menggunakan beberapa pendekatan sekaligus.
Saya harap saudara dapat membaca dan memikirkannya.


FAITH IS NOT BLIND





Islam adalah agama yang unik. Kepercayaan dalam Islam adalah tidak secara 
membutatuli. Faith is not blind.Kepercayaan dalam Islam adalah berdasarkan 
bukti yang nyata.


"Katakanlah: 
"Inilah jalan (agama) ku, 
aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) 
kepada Allah 
dengan hujjah yang nyata,
Maha Suci Allah, 
dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"." 
(Yusuf 12:108)


"...Katakanlah:
"Tunjukkanlah 
bukti 
kebenaranmu 
jika kamu adalah orang yang benar"." 
(al-Baqarah 2:111)

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam);
sesungguhnya telah
jelas
jalan yang benar 
daripada jalan yang sesat..." 
(al-Baqarah 2:256)

Selain itu, di dalam Islam,tiada ruang untuk ragu-ragu. There is no room for 
doubt.


"Kitab (Al Qur'an) ini 
tidak ada keraguan padanya; 
petunjuk bagi mereka yang bertakwa," 
(al-Baqarah 2:2)

Malah al-Quran telah banyak mencabar mereka yang meragui kebenaran Islam. 
Antaranya adalah:


"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan
tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), 
buatlah satu surah (saja) yang semisal (setanding) Al Qur'an itu 
dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, 
jika kamu orang-orang yang benar. 
Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) 
dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), 
peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, 
yang disediakan bagi orang-orang kafir."
(al-Baqarah 2:23-24)


"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an?
Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, 
tentulah mereka menemui percanggahan yang banyak di dalamnya." 
(an-Nisa' 4:82)

Maka, segala isu yang melibatkan kepercayaan dalam Islam seperti kebenaran 
al-Quran, kewujudan Tuhan dan sebagainya mestilah dapat dibuktikan.


PUNCA GEJALA ATHEISM 


        * Kecewa dengan agama


Gejala
atheism yang agak melanda di beberapa negara di dunia sekarang,
terutamanya di barat, bukanlah disebabkan mereka sudah tidak percaya
kepada Tuhan lagi.

Tuhan masih lagi ‘berada’ jauh di lubuk hati mereka. Tetapi apa yang berlaku 
adalah mereka kecewa atau 'fed up' dengan agama. Mereka sebenarnya bukanlah 
meninggalkan Tuhan, tetapi meninggalkan agama.

Mereka
bukan mengingkari tentang wujudnya Tuhan, tetapi mereka tidak dapat
menerima konsep ketuhanan yang pernah dikemukakan kepada mereka. Tuhan yang 
mereka tolak sebenarnya adalah ‘model’ tuhan yang sama yang ditolak oleh Islam.

Malangnya mereka menganggap semua agama adalah sama - tidak logik, tidak 
saintifik, tidak masuk akal, menindas dan sebagainya.

Puncanya
adalah samaada mereka belum lagi menemui agama yang benar, iaitu Islam,
atau mereka menemui Islam yang salah atau Islam yang tidak diterangkan
dengan cara yang betul. 

Media-media
pula sentiasa membawa propaganda yang mendatangkan imej buruk kepada
Islam seperti keganasan, menindas wanita, barbaric dan sebagainya.

Tetapi
setelah mereka menemui Islam yang sebenar, ramai di kalangan mereka
yang memilih untuk memeluk Islam. Di sebalik perkembangan fahaman
atheism, agama Islam sekarang telah menjadi agama yang paling pantas
berkembang di barat..


        * Cara Golongan intelektual menilai agama

Golongan
atheis yang kononnya dari kalangan intelektual juga sebenarnya
menghadapi masalah yang sama. Mereka lebih banyak meluangkan masa
mereka mengkritik agama Kristian berbanding agama Islam.

Bagi mereka, Islam adalah agama yang ditiru daripada agama Kristian dan Yahudi 
[ Persoalan ini akan disentuh dalam perbincangan lain].  Sekiranya doktrin 
agama Kristian dapat dirobohkan, sebahagian doktrin agama Islam juga roboh 
bersama.

Ini sebagaimana yang disebutkan oleh seorang penulis atheist terkenal yang 
bernama Christopher Hitchens:

“Islam
is at once the most and the least interesting of the world’s
monotheisms. It builds upon its primitive Jewish and Christian
predessors, selecting a chunk here and a shard there, and thus if these
fall, it partly falls also.”[ Dipetik daripada bukunya, “God is not Great.”]

Berdasarkan bab ‘The Koran is borrowed from both Jewish and Christian 
Myth’dalam buku beliau, ‘God is Not Great’,ternyata kefahaman beliau tentang 
Islam adalah menyimpang sama sekali.

Ia
bersandarkan kepada penulisan golongan anti-Islam atau berdasarkan
salah faham (misconception) terhadap Islam, termasuk salah faham
sebahagian umat Islam sendiri.


        * Golongan ‘intelektual’ yang kebingungan memikirkan tentang Tuhan


Selain itu, golongan ini seolah-olahtidak mengakui terdapatnya perkara yang 
masih di luar pengetahuan manusia.

Kita telah melihat bahawa penemuan-penemuan sains sentiasa berlaku dari semasa 
ke semasa. Apa
yang tidak diketahui semalam telah diketahui hari ini. Apa yang tidak
diketahui hari ini mungkin akan diketahui esok. Malah kita juga dapat
melihat terdapatnya penemuan hari ini yang membetulkan teori lampau.

Alam
semesta ini cukup luas dan cukup kompleks. Ia telah membingungkan ramai
saintis yang mengkajinya. Banyak lagi perkara yang masih dicari serta
dikaji oleh para saintis. Bahkan banyak lagi perkara yang masih menjadi
misteri. Sekiranya alam ini sudah terlalu banyak yang diluar jangkaan fikiran, 
apatah lagi Penciptanya!


Sudah tentu Penciptanya jauh lebih hebat dari itu!

Adalah amat tidak wajar bagi mereka untuk menolak kewujudan Tuhan hanya kerana 
mereka gagal memikirkan tentangNya.[ Gagal memikirkan tentangNya bukanlah 
bermaksud kita tidak dapat
membuktikan kewujudanNya, tetapi gagal mengetahui sifat-sifat dan
ciri-ciriNya, lebih-lebih lagi tanpa bimbingan wahyu yang
diturunkanNya. Beberapa kemungkinan ciri-ciri Tuhan telahpun dijelaskan
oleh sains seperti eternal, omniscient, omnipotent etc. Ciri-ciri ini
tidak bercanggah dengan konsep ketuhanan Islam. ]

Di dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW. menyebutkan:


“Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah,
janganlah kamu berfikir tentang Allah,
kerana sesungguhnya kamu
tidak akan mampu 
menyamai kekuasaanNya.”
[ Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.  Hadis ini dinilai sahih (authentic) oleh 
al-Albani dalam “Sahih al-Jami’ ash-Shaghir.”]


KEWUJUDAN TUHAN


Islam
tidak banyak menekankan persoalan kewujudan Tuhan. Islam lebih
menekankan tentang membawa manusia kepada Tuhan yang satu. Ini kerana,
Tuhan telahpun‘berada’ dalam diri manusia. Majoriti
manusia telah pun percaya kepada Tuhan tanpa mengira di mana mereka
berada, samaada di bandar, desa, hutan belantara, padang pasir mahupun
di pulau. Inilah yang disebutkan sebagai dalil (petunjuk, petanda, bukti) 
fitrah (nature).

Dalam membincangkan isu kewujudan Tuhan ini, saya akan menggunakan beberapa 
pendekatan dan bukti:


        1. Dalil Fitrah

        2. Risiko tidak mempercayai Tuhan
        3. Dalil alam semesta
        4. Bukti penemuan sains moden
        5. Al-Quran dan Sains Moden
1. DALIL FITRAH


        * Kecenderungan yang tertanam dalam diri manusia
Tuhan itu Maha Adil. Dia telahpun menanamkan ‘kecenderungan’ (tendency) dalam 
diri manusia
untuk percaya kepadaNya serta mengikut ajaranNya. Inilah yang
disebutkan sebagai fitrah. Manusia telah dicipta dengan acuan (mould)
ini.


“Acuan Allah. 
Dan siapakah yang lebih baik acuannya daripada Allah? 
Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.” 
(al-Baqarah 2:138)

Itulah
sebabnya al-Quran menyebutkan apabila roh pada mulanya hendak
dimasukkan ke dalam jasad manusia, mereka telah disoal oleh Allah:


“…dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): 
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" 
Mereka menjawab: 
"Betul (Engkau Tuhan kami), 
kami menjadi saksi".” 
(Al-A’araf 7:172-173)

Itulah sebabnya juga, menurut Islam setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah 
atau Muslim:


"Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan
fitrah,
ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi atau Kristian."
(Riwayat Bukhari & Muslim)


        * Majoriti manusia mempercayai Tuhan
Disebabkan fitrah inilah, majority manusia percaya kepada Tuhan tanpa mengira 
di mana mereka berada, walaupun terpisah daripada tamadun manusia.

Seorang sejarawan (historian) menyebutkan:


“Dalam sejarah,
boleh didapati negeri tanpa kubu (fortress),
sekolah dan istana,
tetapi tidak pernah ditemui negeri tanpa rumah ibadah!”
[Dinukilkan oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya , “Akidah Salaf dan Khalaf.”]



Seorang ahli falsafah terkenal di Eropah yang bernama Rene Descartes mengatakan:


“Saya, dengan kesedaran sendiri 
mengakui tentang kekurangan yang ada pada diri saya; 
pada waktu yang sama merasakan akan adanya Zat Yang Sempurna. 
Saya yakin dan percaya, 
bahawa perasaan tersebut ditanamkan dalam diri saya 
oleh Zat yang Sempurna 
dan Yang menyandang segala sifat kesempuranaan itu. 
Zat itu adalah Tuhan.”
[Dinukilkan oleh Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya “Allah Sang Wujud.”]


        * Di saat-saat getir, hanya Tuhan yang berada dalam fikiran manusia
Al-Quran
juga menyebutkan bahawa di dalam saat-saat getir, tiada suatu pun yang
terlintas dalam fikiran manusia melainkan suatu kuasa supernatural yang
tidak dapat dibayangkan oleh imaginasi manusia. Kuasa itu adalah Tuhan
yang sebenar, iaitu Allah.


“Dialah Tuhan yang menjadikan 
Kamu dapat berjalan di daratan, 
(berlayar) di lautan. 
Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, 
dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya 
dengan tiupan angin yang baik, 
dan mereka bergembira karenanya, 
datanglah angin badai, 
dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, 
dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), 
maka mereka 
berdo`a kepada Allah 
dengan mengikhlaskan keta`atan kepada-Nya semata-mata. 
(Mereka berkata): "Sesungguhnya jika engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, 
pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur".” 
(Yunus 10:22)


        * Contoh-contoh kes…
Perkara ini telahpun dibuktikan dengan banyak kes yang pernah berlaku.  
Antaranya adalah dua kes berikut:


Kes 1:  Cat Stevens (Bintang Pop sensasi 1970an)




Cat Stevens

Pada tahun 1975, ketika penyanyi pop sensasi Cat Stevens sedang berenang di 
Malibu, beliau telah mengalami suatu pengalaman yang hampir membawa maut kepada 
beliau (near-death experience).  Beliau tenggelam di dalam air dan gagal 
mengapungkan dirinya.

Dalam keadaan cemas, getir dan takut itu, secara tiba-tiba terlintas hatinya 
lalu berdoa,


“Oh God! If you save me,
I’ll work for you.” 

Kemudian datang sebuah ombak besar lalu menolaknya ke pantai.

Beberapa lama setelah itu, abangnya, David yang baru pulang dari Jerusalem 
menghadiahkan senaskah al-Quran kepadanya.

Kagum dengan kandungan al-Quran serta mendapat ketenangan apabila membacanya, 
beliau mula mendekati Islam.

Pada tahun 1977, Cat Stevens memeluk Islam.  Pada hari ini, beliau dikenali 
sebagai ‘Yusuf Islam.’[Kisah ini boleh didapati dalam banyak dokumentari 
televisyen, laman-laman web, audio dan sebagainya..  Ia boleh juga dilayari 
dihttp://en.wikipedia.org/wiki/Cat_stevens.]





Pengakuan Cat Stevens (minit 1:40)

Kes 2:  William Rodriguez (Orang yang terakhir keluar dari bangunan WTC semasa 
peristiwa 9/11)




William Rodriguez

William Rodriguez merupakan bekas janitor di North Tower, World Trade Center 
(WTC), New
York. Beliau adalah salah seorang pemegang master key yang boleh
membuka semua pintu di bangunan tersebut. Pada kejadian serangan 11
September 2001, beliau telah berjaya menyelamatkan ratusan pekerja WTC
yang terperangkap.

Beliau juga adalah orang yang terakhir keluar dari bangunan tersebut sebelum ia 
runtuh.

Jasa
dan keberanian beliau telah menyebabkan beliau diberi penghormatan
beberapa kali di White House dan dianugerahkan anugerah ‘National Hero
Award’ oleh Senate of Puerto Rico.

Pada ketika itu, beliau merupakan seorang ‘agnostic’ –tidak percaya Tuhan.

Tetapi semasa kejadian 9/11, beliau telah melakukan sesuatu yang tidak mungkin 
dilakukan oleh seorang agnostic… berdoa kepada Tuhan!!

Di
saat-saat getir dan cemas, ketika dalam beberapa insiden cuba
menyelamatkan mangsa yang terperangkap, beliau beberapa kali berdoa,


“God, please help me…!”

“I beg You…!”



Setelah
laporan siasatan yang dibuat oleh 9/11 Commission dikeluarkan, beliau
berasa tidak berpuas hati kerana banyak perkara yang didapati cuba
ditutup (conceal) oleh badan tersebut. Kenyataan beliau dan saksi-saksi
lain yang terselamat juga tidak dimasukkan dalam laporan siasatan itu.

Berdasarkan
pengalaman yang dialami beliau dan bukti-bukti lain, beliau meragui
bahawa kejadian tersebut adalah suatu serangan pengganas. Sebaliknya
beliau percaya ia adalah suatu ‘controlled demolition.’

Oleh sebab itu, William Rodriguez sering dijemput ke persidangan-persidangan, 
seminar dan majlis-majlis
lain bagi menceritakan pengalaman beliau. Ini termasuk majlis-majlis
yang dianjurkan oleh masyarakat Islam. Beliau telah berkongsi pentas
dengan para imam, sheikh dan tokoh-tokoh termuka dari dunia Islam.
Secara tidak langsung, ia telah memberi ruang kepada beliau untuk
mengetahui kefahaman Islam yang sebenar.



Poster berkenaan William Rodriguez
di blog "Posters for Proper-ganda"

Pada Disember 2006, beliau telah memeluk Islam di tangan Sheikh Yusuf Estes, 
seorang pendakwah terkenal yang juga merupakan bekas paderi Kristian, ketika 
berkongsi teksi dengan beliau ke sebuah program.[Kisah beliau boleh didapati 
dihttp://en.wikipedia.org/wiki/William_Rodriguez tetapi tidak diceritakan 
tentang kemasukan beliau ke Islam. Walau
bagaimanapun, perkara ini diceritakan oleh beliau sendiri ketika
lawatan dan ceramah-ceramahnya di Malaysia pada Julai dan Ogos 2007.
Ini boleh didapati di Portal Rasmi Negeri Pahang Darul Makmur,
Malaysia: 
http://www.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=72&Itemid=2&lang=en.
Kisah beliau, termasuk pengakuannya berdoa ketika berada di WTC pada
hari kejadian dipaparkan oleh saluran televisyen NTV 7 dalam program
wawancara khas bersama beliau, yang disiarkan pada 16 September 2007,
jam 6.30 petang.]




Pengakuan William Rodriguez (minit 0:54)


        * Fitrah adalah petanda dalam diri manusia

Kes-kes dan pengalaman di atas adalah di antara bukti yang menunjukkan adanya 
fitrah dalam diri manusia yang membawa kepada Tuhan ketika berlakunya saat-saat 
getir.

Fitrah ini adalah dalil atau petanda (sign) dalam diri manusia itu sendiri.

Ia bukan sahaja membawa manusia kepada Tuhannya, tetapi juga kepada kebenaran 
Islam.


“Kami akan memperlihatkan kepada mereka 
tanda-tanda Kami dari segenap ufuk (horizon) 
dan pada 
diri mereka sendiri, 
sehingga jelaslah bagi mereka bahwa ini adalah kebenaran. 
Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) 
bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” 
(Fussilat 41:53)



        * Islam dapat diterima oleh semua

Itulah sebabnya Islam dapat diterima oleh semua orang, tanpa mengira tahap 
pemikiran dan intelektual.  Kecenderungan fitrah ini mampu mendorong manusia 
kepada kebenaran.


Kita
tidak perlu 
menjadi seorang
‘rocket scientist’ 
untuk menjadi seorang muslim.
Tetapi sekiranya kita 
seorang ‘rocket scientist,’ 
kita juga
boleh 
menjadi seorang muslim!!

Penjelasan-penjelasan
berikut hanyalah sebagai tambahan. Ia mungkin sesuai bagi mereka yang
dikategorikan sebagai orang yang mempunyai keupayaan akal yang tinggi,
termasuk ‘rocket scientists..’




2.  RISIKO TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN


        * Pascal’s Wager


Blaise Pascal

Seorang ahli matematik terkenal Perancis, Blaise Pascal, pernah menulis 
kira-kira 350 tahun dahulu:


“God is, or He is not.
But to which side shall we incline?
Reason can decide nothing here…
You have two things to lose…
the true and the good…
Let us weigh the gain and loss in wagering that God is.
Let us estimate these two chances.
If you gain, you gain all; 
if you lose, you lose nothing. 
Wager, then, without hesitation
that
He is.”
[Ini adalah pernyataan yang terkenal dengan nama‘Pascal’s Wager’.
Teks ini diambil daripada buku “In God We Doubt” karangan John Humphrys.]

Sebagai seorang Muslim, kita tidak bersetuju dengan ‘Pascal’s Wager’ di atas 
apabila dikatakan ‘Reason can decide nothing here.’Ini kerana, Tuhan telah 
memberikan tanda-tanda (signs) yang boleh difikirkan oleh akal manusia.  Namun, 
argument beliau yangmeletakkan Tuhan itu wujud sebagai pilihan yang selamat dan 
menolak
kewujudan Tuhan sebagai pilihan yang merbahaya adalah boleh diterima.


3. DALIL ALAM SEMESTA


        * Tanda-tanda (signs) sudah mencukupi…
“Katakan pada suatu hari anda memasuki sebuah hutan.  

Sedang
anda berjalan meredah hutan tersebut, anda ternampak banyak kesan tapak
kaki harimau. Kemudian setelah beberapa lama anda berjalan lagi, anda
ternampak bangkai haiwan yang telah dilapah dengan kesan-kesan kuku dan
taring harimau.  Setelah
itu, tidak jauh dari tempat bangkai itu, anda menemui pula najis
harimau. Kemudian anda menemui banyak lagi kesan yang menunjukkan
terdapatnya populasi harimau dalam hutan itu.  

Apakah perasaan anda pada ketika itu?

Adakah
anda menunggu sehingga anda bertemu dengan sang harimau untuk
mempercayai kewujudan populasi haiwan tersebut, merasa takut dan
berhati-hati meredah hutan?

Adakah anda menunggu sehingga anda
dapat melihat samaada saiz harimau itu besar atau kecil dan samaada
liar atau jinak untuk anda mengambil langkah berhati-hati?  

Mungkin pada ketika itu anda telahpun terlewat untuk berhati-hati!!”




Sebenarnya, kita tidak perlu melihat sesuatu perkara terlebih dahulu untuk 
mempercayai perkara tersebut. Petanda-petanda (signs) sudah cukup untuk 
membuatkan kita meyakini akan sesuatu perkara.

Jika dibandingkan dengan Tuhan, kemampuan manusia sangatlah terbatas.  Kita 
tidak akan mampu memikirkan tentang Tuhan.  Maka, cukuplah sekadar manusia 
mengetahui tanda-tanda kewujudanNya.

Cukuplah
juga kita mengenaliNya sebagaimana Dia memperkenalkan diriNya kepada
kita melalui wahyu yang diturunkan. Itulah sebabnya Tuhan telah
menjadikan alam semesta dan segala yang berada di dalamnya sebagai tanda yang 
jelas bagi manusia.


“Dan di bumi itu terdapat 
tanda-tanda
bagi orang-orang yang yakin, 
dan (juga) pada dirimu sendiri. 
Maka apakah kamu tiada memperhatikan?” 
(Adz-Dzariyat 51:20-21)


        * Keharmonian alam sebagai tanda yang jelas buat manusia

Kejadian alam semesta adalah sangat teratur, tersusun, sistematik, harmoni dan 
tidak ada sebarang cacat celanya.Ini tidak mungkin terjadi dengan sendirinya 
secara kebetulan (by chance/coincidence).  Ia mestilah diatur oleh suatu 
Kepintaran (Intelligence) atau Kuasa yang mengurus dan mengaturnya.

Berikut adalah beberapa contoh keteraturan alam sekeliling kita:


Jarak bumi dari matahari




Bumi terletak pada kedudukan yang sangat tepat. Sekiranya jarak bumi dari 
matahari lebih dekat berbanding kedudukannya
sekarang, haba yang diterima oleh bumi akan berlebihan dan tidak dapat
memungkinkan banyak hidupan hidup di atasnya seperti sekarang.

Sekiranya
jarak bumi dari matahari lebih jauh berbanding kedudukannya sekarang,
bumi akan dilitupi glasier dan suhunya yang terlampau sejuk tidak dapat
memungkinkan banyak hidupan hidup di atasnya. Itulah sebabnya tiada
hidupan berada di atas planet-planet lain.




Kandungan air bumi





John Ray, seorang saintis Inggeris abad ke-18 menyebutkan seperti berikut:


… If there were but half the sea that now is,
there would also be but half Quantity of Vapors,
and consequently we could have but half as many Rivers as now
there are to supply all the dry land we have at present,
and half as much more;
for the quantity of Vapors which are raised,
as well as to the heat which raised them.
The Wise Creator therefore did so prudently order it,
that the seas should be large enough to supply Vapors sufficient for all the 
land.
[John Ray, The Wisdom of God Manifested in the Works of the Creation.]


Komposisi oksigen


Atmosfera bumi mengandungi 77% nitrogen, 21% oksigen dan 1% karbon dioksida, 
argon dan gas-gas lain.



Oksigen sangat penting untuk hidupan.  Tanpa oksigen, banyak hidupan akan mati.

Oksigen
juga adalah gas yang mudah terbakar. Sekiranya kandungan atmosfera bumi
adalah sebanyak 22% dan bukannya 21%, seluruh hutan akan terbakar hanya
dengan satu halilintar. Sekiranya kandungan oksigen adalah sebanyak
25%, keseluruhan bumi akan terbakar.



Selain
itu, terdapat satu sistem yang cukup sempurna bagi mengekalkan
komposisi oksigen ini. Manusia dan haiwan bernafas menggunakan oksigen
dan mengeluarkan gas karbon dioksida. Manakala tumbuh-tumbuhan
menggunakan karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen. Dengan kitaran
ini, komposisi oksigen dalam atmosfera bumi sentiasa kekal sebanyak 21%.


"Fine Tuning of the Universe"


Hukum-hukum yang mengaturkan alam semesta ini mengandungi pemalar (constants) 
tertentu.

Sebagai
analogi, peraturan negara juga mempunyai nilai tetap tertentu,
contohnya cukai untuk makan di Malaysia ditetapkan sebanyak 5%, samaada
kita makan di McDonald's, KFC mahupun di Pizza Hut.

Samalah juga
dengan alam semesta. Cahaya ditetapkan supaya bergerak pada halaju yang
sama, iaitu 300,000 km sesaat, samada di Bumi, di Marikh mahupun di
Pluto.

Saintis
pernah bertanya, apakah yang akan berlaku sekiranya kita mengubah nilai
tetap ini? Adakah alam semesta kita akan berbeza?

Sebagai
contoh, kita ambil halaju cahaya. Sekiranya halaju cahaya lebih
daripada 300,000 km sesaat, adakah terdapat perbezaan yang besar?

Mereka membuat perkiraan dan mendapati bahawasekiranya cahaya "melanggar" 
halaju yang ditetapkan dan bergerak lebih
laju daripada 300,000 km/saat, ia akan menyebabkan perubahan yang
sangat mendadak di mana bintang-bintang menjadi "terlalu terang" (high
luminescence) dan tidak boleh menyokong kehidupan! 

Sebaliknya, sekiranya cahaya
bergerak terlalu perlahan pula, bintang akan menjadi kurang terang (low
luminescence) dan juga tidak boleh menyokong kehidupan!

Para
saintis membuat kajian terhadap setiap pemalar yang wujud di dalam
hukum-hukum fizik lalu mendapati perkara yang sama - pemalar yang
diwujudkan adalah"just right" dan "just perfect"untuk menyokong kehidupan di 
atas muka Bumi! 


Dalam setiap kes, 
sekiranya pemalar diubah walaupun sedikit,
kehidupan tidak mungkin wujud! 

Kita ambil suatu lagi contoh. Melalui proses "fusion," Matahari menghasilkan 
tenaga dengan menggabungkan dua atom hidrogen
untuk menghasilkan elemen lebih besar. Dalam proses penggabungan dua
atom hidrogen ini, 0.7% daripada jasad hidrogen dibakar mengeluarkan
tenaga.

Jika hanya
0.6% jasad hidrogen dibakar, proton dan neutron dalam hidrogen tak
boleh bergabung, dan elemen lebih besar tidak dapat dihasilkan - alam
semesta akan dipenuhi dengan hidrogen sahaja dan planet-planet seperti
Bumi tidak boleh terbentuk! 

Sebaliknya,jika 0.8% jasad hidrogen yang dibakar, fusion akan berlaku terlalu
pantas dan terlalu kerap sehingga semua hidrogen di seluruh alam
semesta akan serta-merta habis dibakar, dan langsung tiada peluang
untuk wujudnya kehidupan! 

Kehidupan hanya boleh wujud jika jumlah jasad hidrogen yang dibakar antara 0.6% 
dan 0.8%.


Pengiraannya adalah 
sangat 
'EXACT' 
dan
'PRECISE'.

Ini hanyalah dua contoh. Untuk melihat senarai penuh nilai-nilai tetap yang 
diperlukan pada nilai yang EXACT, boleh rujuk Evidence for the Fine Tuning of 
the Universe.

Roger Penrose, seorang ahli matematik, pernah membuat pengiraan bahawa 
kebarangkalian alam semesta yang boleh menampung kehidupan ini wujud secara 
kebetulan adalah 1/10(kuasa 10123). 

Dalam matematik, 1/10(kuasa 50) boleh dianggap sebagai "zero probability" maka 
kemungkinan alam semesta ini boleh wujud secara kebetulan adalah sifar!

Terdapat
banyak lagi contoh yang menunjukkan tentang keharmonian alam sekitar
kita. Sebagai rujukan, sila rujuk buku-buku berikut:


        * The Perfect Design in the Universe is not by Chance - Harun Yahya 
        * Wonders of Allah's Creation - Harun Yahya
        * The Glory in the Heavens - Harun Yahya
Segala
kesempurnaan ini tidak mungkin terjadi dengan sendirinya secara
kebetulan. Sekiranya kesemua ini berlaku secara kebetulan, sudah
tentulah banyak kerosakan dan ketidakaturan berlaku. Inilah petanda
yang cukup jelas yang menunjukkan wujudnya suatu bentuk Kepintaran
(Intelligence) atau Kuasa yang mencipta, merekabentuk, mengatur dan
mengawal segala yang berlaku dalam alam semesta ini.

Seorang
ahli fizik Inggeris yang bernama Sir James Jeans menyebutkan tentang
kesempurnaan kedudukan dan susunan kosmos seperti berikut:


"A scientific study of the universe has suggested a conclusion, 
which may be summed up ... 
in the statement that the universe appears 
to have been designed by 
a pure mathematician."
[Sir James Jeans, The Mysterious Universe]

Seperti
yang disebutkan sebelum ini, kita tidak perlu melihat sesuatu untuk
mempercayai kewujudan sesuatu itu. Tanda-tanda sesuatu itu cukup untuk
membuktikan kewujudannya.


Kita tidak dapat melihat arus elektrik,  
namun kita yakin akan kewujudannya.  

Kita yakin wujudnya cas-cas positif dan negatif  
yang disebabkan oleh elektron dan proton,  
walaupun kita tidak dapat melihatnya.  

Kita yakin akan kewujudan kesemua ini  
hanya disebabkan oleh 
kesan-kesan dan tanda-tanda kewujudannya
yang dibuktikan oleh eksperimen.

Demikian juga halnya dengan kewujudan Tuhan.


Kita tidak dapat melihat Tuhan,
namun kita yakin bahawa Dia wujud.  

Kita yakin akan kewujudanNya disebabkan oleh 
kesan-kesan dan petanda yang jelas 
yang dapat dilihat  pada kesempurnaan alam semesta ini.



“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
silih bergantinya malam dan siang,
bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia,
dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air,
lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya
dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan,
dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi;
Sungguh (terdapat)
tanda-tanda 
bagi kaum yang memikirkan.” 
(Al-Baqarah 2:164)


4. BUKTI PENEMUAN SAINS MODEN


Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi Amerika yang bernama Edwin Hubbletelah 
mengemukakan bukti bahawa seluruh galaksi bergerak menjauhi
antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa alam semesta ini sedang
berkembang dengan pesat.



Edwin Hubble

Penemuan ini sangat penting kerana ia dapat memberi indikasi bagaimana alam 
semesta ini bermula.

Sekiranya
proses ini diundurkan, iaitu dengan mengundurkan masa, kita akan dapati
bahawa alam semesta ini suatu masa dahulu adalah lebih kecil daripada
sekarang. Dengan kata lain, alam semesta ini mengecut dengan
pengunduran masa. Sekiranya kita undurkan masa sehingga ke waktu alam
semesta ini bermula, kita akan dapati bahawa alam semesta ini pada
mulanya adalah satu titik yang sangat kecil yang disebut sebagai 'point
of singularity.'



'Sebelum' point of singularity ini, alam semesta tidak wujud.  Tiada ruang, 
tiada zarah dan tiada masa. Absolute nothingness!

Ini bermakna alam semesta ini ada permulaannya. Ia bermula daripada tiada 
kepada ada. Apabila kita katakan ia bermula daripada tiada kepada ada, ini 
bermakna ia dicipta.  Ini seterusnya membuktikan bahawa wujudnya Pencipta yang 
menciptakan alam semesta ini yang menjadi Punca kewujudannya.



Pencipta ini memperkenalkan dirinya dalam al-Quran:


"Dialah (Allah) Punca kewujudan 
langit dan bumi. 
Bagaimana Dia mempunyai anak 
padahal Dia tidak mempunyai isteri. 
Dia menciptakan segala sesuatu; 
dan Dia mengetahui segala sesuatu." 
(al-An'aam 6:101)

Sila rujuk buku "The Creation of the Universe" oleh Harun Yahyauntuk bacaan 
lanjut tentang perkara ini.


5.  QURAN DAN SAINS MODEN


Katakan
seseorang itu ditunjukkan dengan suatu objek atau mesin yang baru yang
tiada seorang pun dalam dunia ini pernah lihat atau dengar berkaitannya.

Siapakah orang yang pertama yang mampu menceritakan tentang  mekanisme objek 
ini dengan terperinci?

Jawapan yang akan diberikan mestilah "Pembuat" atau "Pencipta" alat tersebut.

Sebenarnya, pada1400 tahun dahulu, al-Quran
telah pun menyebutkan mekanisme alam semesta ini dengan terperinci.
Sedangkan kesemua ini hanya ditemui oleh sains moden dalam tempoh 100
tahun lepas.

Sebagai contoh, fakta berkaitan dengan pengembangan alam semesta yang 
disebutkan tadi telah pun disebutkan dalam al-Quran:


"Dan langit itu telah Kami (Allah) binanya dengan kekuasaan 
dan sesungguhnya Kamilah yang 
mengembangkannya." 
[Adz-Dzariyat 51:47]

Para
saintis telah mendapati bahawa alam semesta ini bermula dengan 'point
of singularity' yang kemudiannya berlaku suatu letupan yang besar yang
daripadanya terhasillah planet-planet, matahari, galaksi dan segala
yang terdapat dalam alam semesta ini. Teori ini dipanggil "Big Bang Theory."



Perkara ini juga disebutkan dalam al-Quran:


"Tidakkah orang-orang yang menolak kebenaran itu melihat 
bahawasanya 
langit dan bumi itu sebelum ini 
bercantum 
(sebagai satu unit) kemudian 
Kami pisahkan keduanya?"
[al-Anbiyaa' 21:30]

Sebenarnya
banyak lagi fakta-fakta saintifik yang baru sahaja ditemui dalam tempoh
100 tahun lepas yang disebutkan dalam al-Quran 1400 tahun lalu.

Ini termasuk fakta-fakta saintifik dalam bidang-bidang berikut:


        * Astronomy
        * Physics
        * Botany
        * Embryology
        * Hydrology
        * Geology
        * Oceanology
        * Zoology
        * dan lain-lain.
Sila rujuk rujukan berikut untuk bacaan lanjut:

        * Miracles of the Quran - Harun Yahya.
        * The Quran and Modern Science: Compatible or Incompatible - Dr Zakir 
Naik
        * A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam

Buku "The Quran and Modern Science: Compatible or Incompatible" 
oleh Dr Zakir Naik

Al-Quran telah menyebutkan terlalu banyak fakta-fakta saintifik sehinggakan ia 
tidak mungkin disebutkan secara kebetulan. Ini dapat dibuktikan dengan 
menggunakan teori kebarangkalian (theory of probability).  Sila rujuk Proving 
the Existence of God to an Atheistoleh Dr. Zakir Naik untuk penjelasan lanjut.

Kembali
kepada soalan yang dikemukakan di awal perbincangan ini tadi, siapakah
yang pertama yang dapat menjelaskan tentang mekanisme alam semesta ini?

Siapakah yang mampu menceritakan kesemua fakta saintifik ini yang baru ditemui 
sekitar 100 tahun lepas ini pada 1400 tahun lalu?

Jawapan yang paling logik adalah"Pembuat" atau"Pencipta" seluruh alam semesta 
dan segala yang terkandung di dalamnya.

Maka dengan ini terbuktilah wujudnya Pencipta alam semesta ini. Pencipta ini 
ialah Allah, Tuhan sekalian alam.



Penjelasan oleh Dr. Zakir Naik


KESIMPULAN


Melalui penerangan ini, maka terbuktilah wujudnya Tuhan yang mencipta dan 
mentadbir seluruh alam ini.

Ia
terbukti dengan fitrah manusia itu sendiri, akal yang logik, penelitian
terhadap alam semesta, pembuktian saintifik dan mukjizat al-Quran.

Tuhan
ini bukanlah alam semesta dan bukanlah apa yang terkandung dalamnya.
Dia yang berkuasa menciptakan alam semesta yang cukup hebat dan
sempurna ini Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia tidak bergantung
kepada masa, makanan, makhluk dan segala sesuatu. Bahkan, segala
sesuatu bergantung kepadaNya. Tiada suatu pun yang setara denganNya.


"Katakanlah: 
"Allah itu Esa. 
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.. 
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, 
dan tidak ada suatupun yang setara dengan Dia"." 
[Al-Ikhlas 112:1-4]


"Katakanlah: 
"Adakah (Tuhan) selain Allah untuk aku jadikan sebagai Pelindung; 
(Dia) Pencipta langit-langit dan bumi; 
(Dia) memberi makan (kepada semua makhluk) 
dan (Dia) tidak makan"; 
Katakanlah: 
"Aku orang pertama yang menyerah diri (kepadaNya),"
janganlah kamu menjadi di kalangan orang yang menyengutukanNya." 
[al-An'am 6:14]

WaLLahu A'alam.

meow!

-Firdaus-
[disemak dan ditokok tambah oleh Zahir]
http://amfirdaus.blogspot.com/



      

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

=======================
Milis Wanita Muslimah
Membangun citra wanita muslimah dalam diri, keluarga, maupun masyarakat.
Situs Web: http://www.wanita-muslimah.com
ARSIP DISKUSI : http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/messages
Kirim Posting mailto:wanita-muslimah@yahoogroups.com
Berhenti mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Keluarga Sejahtera mailto:[EMAIL PROTECTED]
Milis Anak Muda Islam mailto:[EMAIL PROTECTED]

This mailing list has a special spell casted to reject any attachment 
....Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/wanita-muslimah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke