http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=89992

Sila bandingkan dengan pandangan Mufti Perlis!!
Fatwa Dr Taha Jabir al-’Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim 
  

 
 
 
Dikirim pada 9 Julai 2008 oleh mujahidin 
  

  
HARAKAHDAILY - Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim 
 
 
 
Soalan 
  
Telah
berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru
ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar
Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa
Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan
dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar
dan salah. 


Apa
pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah
pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya
daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat
dalam kes pembunuhan? 
  

 
Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani: 
  

  
Menurut
Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah
dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang
datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya
daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai
kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu
disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia
bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya: 
  

  
4.
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah
kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka
adalah orang-orang yang fasik; 
  

  
Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya: 
  

  
“11.
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah
segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang
dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang
di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang
dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam
menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia
dan di akhirat). 
  

  
Sepatutnya
semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki
dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka
sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata. 
  

  
Sepatutnya
mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan
itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka
mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. 
  

  
Dan
kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada
kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang
besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; - 
  

  
Iaitu
semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah
kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya
perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang
besar dosanya. 
  

  
Dan
sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah
layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari
mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta
besar yang mengejutkan”. 
  

  
Allah
memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan
yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang
beriman. 
  

  
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana 
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 
  

  
Sesungguhnya
orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam
kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang
tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah
mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang
demikian).” 
  

  
Sesungguhnya
sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus
melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang
songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang
komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej
mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum
tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah
yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu
di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab). 
  

  
Justeru,
kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini
di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah
berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk
kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan
dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri
seseorang. 
  

  
Mereka
ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan
dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi
bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada
diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka. 
  

  
Apa
yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar
Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di
Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran
agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di
seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika
memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau
maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada
usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang
pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan
terlibat dengan perlakuan kaum Lut?. 
  

  
Beliau
sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi,
bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia
seluruhnya untuk menentang Allah SWT. 
  

  
Isu
akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan
fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua
kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka
menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50
orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang
tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu
�Qazaf�. 
  

  
Ini
kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh
fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang
teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk
membebaskan diri daripadanya. 
  

  
Isu
ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq
al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz
al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan
dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk
membersihkan nama baik dan maruah. 
  

  
Isu
Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya
ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan
Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang
daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang
perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini
terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut
kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu. 
  

  
Saya
menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah,
takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di
akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari
tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak,
melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat
(dari sebarang penyakit hati yang merbahaya). 
  

  
Secara
peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan
Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat,
khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam
yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan
bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau
rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang
ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang
rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar. 
  

  
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah 
naungan-Nya. 
  
sumber 




      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke