--- On Wed, 4/22/09, Wahyu Suswandari <wah_...@rocketmail.com> wrote:










--- 













































 
"JANGAN TERLALU MEMANDANG BINTANG DI LANGIT 
HINGGA KITA TERLUPA RUMPUT DI BUMI" 
  
  
  
  









 





  





 












Keberkatan surah al-ikhlas 


Ketika Memulakan Kerja 

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan 
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di 
sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 



Sebelum Masuk Ke Rumah 


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah 
rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada 
anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat 
rumah akan menyahut. 
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada 
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat 
memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. 
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di 
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. 



Ketika Sakit 
  

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas 
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di 
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat 
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu 
menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 


Khatam al-Quran 


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara 
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang 
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa 
ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. 
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara 
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) 
tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah 
Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina 
Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. 

Pahala Membacanya 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya 
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun 
perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan 
luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. 
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya 
membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka 
berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami 
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun 
perempuan. 
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul 
Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu 
tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada 
sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap 
malaikat Israfil a..s. 
Nota 
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah 
SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya 
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) 
Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang 
bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.   
  
 …Wallahu a'lam 





 











 

 

 







  
 


  
 


Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.


Percuma! Perisian penentang virus dan adware (perosak). Muat turun Yahoo! 
Toolbar sekarang. 



Bagaimana untuk ke jambatan langit (sky bridge) KLCC? 
Ketahuilah jawapannya di Yahoo! Answers!


Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!





Layari cepat.
Internet Explorer 8 terbaik utk Yahoo! automatik lancarkan 2 halaman kegemaran 
anda bila pelayar dibuka. Dapatkan IE8 di sini! (Percuma)


New Email names for you! 
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!




      

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke