INSTITUSI KELUARGA PORAK PERANDA KERANA WARIS "ABAI" FARAID, 
PENGURUSAN PUSAKA, HARTA SEPENCARIAN,WASIAT, AMANAH HINGGA MAKAN 
HARTA ANAK YATIM DAN YANG BATIL.


TAHUKAH ANDA ? 
Terdapat lebih daripada 1 juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak 
di Mahkamah dengan nilai komersil kini mencecah sebanyak RM40 BILION 
yang mana 90% daripadanya merupakan harta orang Islam. Keadaan ini 
mengakibatkan ekonomi masyarakat Islam tidak dapat dibangun dan 
dimajukan secara berkesan.                                      
                                                                
                                                - New Sunday Time


Mengapa perkara seperti ini boleh terjadi?
Siapa yang bersalah?
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Apakah punca dan sebabnya
Jahil ilmu faraid?
Tidak membuat wasiat?
Tidak tahu urus harta pusaka?
Makan harta anak yatim ?
Hak wanita dalam faraid dan pusaka sedikit?
Proses tuntut harta sepencarian rumit dan payah ?
Apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia?
Tanggungjawab kita sebagai Muslim? 


Ayuh kita bincangkan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik demi 
masa depan umat Islam dan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan 
terbilang iniĀ….

Layari http:// hibahhartapusaka.blogspot.com
Email : [EMAIL PROTECTED]
  
Galakan Mempelajari Ilmu Faraidh dan Mengajarnya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Pelajarilah ilmu faraidh dan ajarkanlah kepada orang lain. 
Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku 
kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta 
pusaka, mereka tidak dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan 
kes mereka."

"Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu 
dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang 
pertama dicabut daripada umatku. "

" Dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan ( yang 
halal dan yang bathil ) dan kamu mencintai harta benda dengan 
kecintaan yang berlebihan."
- Al-Fajr : 19-20

Rujukan :  KITAB FEQAH ( AL-MANHAJI ) MAZHAB SYAFIE
Oleh : Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji



Kirim email ke