http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-liputan-khas/tazkirah-perlu-sayakah-buat-kenduri-arwah.html

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-liputan-khas/tazkirah-perlu-sayakah-buat-kenduri-arwah.html

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-liputan-khas/tazkirah-perlu-sayakah-buat-kenduri-arwah.html





      Tazkirah: 'Perlukah saya buat kenduri arwah?'
                                    Azamin Amin      

         Fri | Jan 25, 08 |  2:51:32 pm MYT

                        "Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah 
kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru 
sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru 
kehilangan ayahnya yang tercinta kerana sakit kronik. 
-->
Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya 
di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang 
terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang 
susah. 
Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa 
mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik 
serta emosi kurang senang banyak pihak. 
Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip 
beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada 
anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa 
sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan 
maafkan) 
Amalan membebankan keluarga si mati   
Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang 
Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa 
Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini 
sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan 
kehilangan orang tersayang. 
Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, 
baginda bersabda: "Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana 
sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka 
(kesusahan)." - Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud. 
Keluarga si mati yang baru ditimpa musibah(al-Baqarah:155-157) perlu disokong 
dan dibantu.  
Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga 
si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan 
kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan 
kenduri arwah. 
"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam 
Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas 
sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut 
Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati 
tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah 
Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu 
dihentikan. 
Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah  
Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh 
Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini 
kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 
14 Ogos 1947, bilangan 377. 
Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik 
daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji.  
Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat 
keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan 
upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya." 
"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di 
kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. 
"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk 
kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini 
setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar 
al-Qalam). 
Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di 
bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik 
Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu 
Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah. 
"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan 
suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan 
berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan 
tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah. 
"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada 
petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.  
Kenyataan pahit dan mengejutkan  
Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu 
penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara 
tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah. 
"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia 
kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya   
"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam 
masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan 
tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku 
kematian," katanya lagi 
Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama 
terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan 
perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk 
sahabat-sahabatnya r.a yang mati. 
"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang 
sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para 
sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya 
membangkitkan persoalan. Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh 
Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil. 
"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian 
dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh 
seperti itu dalam sunnahnya," katanya. 
Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan 
menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :"Hai orang-orang yang 
beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. 
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia 
kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman 
kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan 
lebih baik akibatnya." - mks. 


       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke