3 saudara Dr. Harun Din, Hassan Din & Ishak Din adalah antara tokoh ilmuan yg 
disegani di Malaysia .. Semoga cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah 
MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH 
NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai 
anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal 
dunia.
 
Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan 
Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun  Din dan 
keluarganya.
 
Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas 
asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam 
diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu 
DrHD, akhirnyaterlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke 
rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, 
dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke 
rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke 
rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian 
ibu DrHD.
 
Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn 
tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan 
kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin 
melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan 
hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". 
Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata 
kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat 
adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak 
Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa 
orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat 
semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh 
DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah 
ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di
 kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang 
diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
 
 HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak 
hairanlah kita semua  bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani 
oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan 
ALIM nya mereka.
 
 Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang 
apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu 
bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah 
mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
 
 Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... 
Bahagia dunia akhirat...   



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke