Ada ahli kesehatan yang bisa konfirm soal ini...

Karena memang banyak buah2an di Indonesia juga diperam dengan karbit...

Baru tahu kalau ini sangat berbahaya dan menyebabkan kangker...

Salam,
Morry Infra

---------- Forwarded message ----------
From: Mohd Shukri Mohamed Talib <>
Date: 2011/10/5
Subject: Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat

**


Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat

SM Mohamed Idris
Okt 4, 11
7:45pm

 Kongsi <http://www.malaysiakini.com/letters/177728> 43
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak
memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas *carbide *kerana
terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.*

Calcium carbide* mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan
gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas
dan penyakit saraf periferal.

Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama *carbide*, ada
kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.

Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang
diperam dengan menggunakan *carbide *selamat untuk dimakan sebelum
menjalankan siasatan.

Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain
bukan bermakna ia selamat.
Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan
Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan
yang diperam dengan menggunakan gas *carbide *telah dirampas dan
dimusnahkan.
Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon *
ethylene* yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah.

Tetapi penggunaan *calcium carbide* mengeluarkan gas *acetylene* yang mudah
meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding *ethylene.
*
Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam
buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.
Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas *carbide *akan
mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum
secara semula jadi.

Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku
misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah
sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang
kuat), *essential
oils*, dan komponen perisa serta aroma.

Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu
buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.
Dengan mengatakan penggunaan gas *carbide *untuk meranum buah-buahan sebagai
amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan
penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh
memudaratkan kesihatan pengguna.

*SM Mohamed Idris merupakan presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).*
 

Kirim email ke