-----Original Message-----
From:   [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
[SMTP:[EMAIL PROTECTED]] <mailto:[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]> 
Sent:   Friday, October 12, 2001 11:24 AM
To:     [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> 
Subject:        [tahfizh] Jawaban Taliban terhadap propaganda AS, Yahudi dan
simpatisannya


Mudah-mudahan informasi di bawah ini berguna untuk mengimbangi berbagai
propaganda dari media Barat, Yahudi dan simpatisannya.

----------------------------------------------------------------------------
--


Terjemahan artikal "The Invisible Afghanistan"
Oleh Sayyid Rahmatullah Hashemi
[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat
US awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah beliau
di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001]
Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kapadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti,
agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu itu."
[Al-Hujurat 49:6]
" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di Universiti
Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan topik
patung-patung (Buddha yang dimusnahkan).
Sangat dikesalkan kerana begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai
Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik pandai tersebut) mengetahui
        >akan bermacam masalah yang dihadapi oleh Afghanistan.
Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui mengenai
Afghanistan.
Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana
kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telah menderita dalam abad
ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak
menyerang British. Kami tidak menyerang Russia.  Mereka yang menyerang kami.
Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan
kami sendiri.
Pencerobohan Soviet
Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979.
Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan.  Tetapi pihak Russia dengan
tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan
Disember 1979, iaitu lebihkurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah selama
satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang,
dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri
dari kekejaman Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun
anak-anak kami mati kerana bahana periok api (land mines) yang ditanam oleh
pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.
Selepas Russia Dikalahkan
Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan
China membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen. Hanya 7
kumpulan Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan
yang lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas
Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke
Afghanistan dengan fahaman yang berlainan dan senjata yang banyak.  Mereka
tidak bersatu dibawah satu pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama
sendiri di Afghanistan. Kemusnahan akibat dari pertemporan sesama sendiri
itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia.
Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi
melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara lain.
Munculnya Taliban
Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-pelajar
yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan
gerakan pelajar pelajar.
Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar yang terletak di wilayah
selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila
seorang 'warlord' (ketua kumpulan bersenjata bandit) telah menculik dan
memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu-bapa kanak-kanak perempuan
tersebut telah pergi ke sebuah 'sekolah agama pondok' dan meminta guru di
sekolah tersebut menolong mereka.  Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid
beliau, dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi menyerang
pengkalan komander tersebut.  Selepas membebaskan kedua kanak-kanak
perempuan yang diculik itu, mereka telah mengantung mati komander. Ramai
orang-orang komander tersebut turut digantung.
Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini,
ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan(Taliban) tersebut, dan
mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak
bandit. Gerakan pelajar ini Taliban kini menguasai 95% Afghanistan termasuk
ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus
bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah
Northern Alliance).
Kejayaan Taliban
Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan
kami yang tidak diketahui oleh dunia:
1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah.
Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami
menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.
2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah
melucutkan senjata yang dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia,
hampir setiap orang Afghan memilikki Kalshnikov , dan juga senjata canggih
seperti stinger missiles, dan ada yang memilikki pesawat dan helicopter
pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata itu. Dan
kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak diteruskan,
dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya melucutkan
senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.
3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu
pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil
alih.
4.) Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah
memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami menghapuskannya,
75% bekalan candu dunia dihasilkandi Afghanistan.
Dan pada tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman
candu, dan pada tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah
naungan UNDCP, Encik Barnard F. dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan
bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch,
kosong Elangsung tak ada lagi.  Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang
memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak
menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan
tahun ini mereka kehilangan kerja.
5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di
Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar hak-hak asasi
manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi
manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup
dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan
boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang
selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem
kehakiman yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar untuk
mendapat pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan
anda tidak perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma
dan mudah diperolehi.
Hak-hak Kaum Wanita
Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita.
Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah?
Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di
sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban
memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai
binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban)menghapuskan amalan yang sangat keji
ini.
Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka.  Antara
perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memileh
bakal suami masing-masing.
Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan adalah
mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Semangnya amalan ini bercanggah dengan
agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua puak
yang bertempor ingin berdamai, maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan
amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.
Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di
Afghanistan sebenarnya diidzin bekerja. Kami akui sebelum1996, iaitu sebelum
kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya
dudok rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka
dudok rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa
mereka perlu dudok rumah kerana pada masa itu keadaan huruhara tanpa
kuatkuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.
Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milek persendirian, kami sudah
menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah
dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan
berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu
wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek
menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka
bekerja di Kementerian Kesiahatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan,
kebajikan awam dan seterusnya.
Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan.  Kami
telah menyatakan kami mahu wanita diberipelajaran, dan kalau pun tidak ada
tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum wanita
kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk memberi
pelajaran kepada kaum wanita.  Bila kami menetapkan sekolah-sekolah
berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin
wanita diberi pendidikan.  Memang benar kami menentang 'co-education'
(sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali untuk
menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.
Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber pembiyaan.
Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan pelajaran
Ekurrikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sukatan
pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam
pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingong. Kami sudah pun dapat
menyatukan semua kurrikulum yang bercanggah-canggah itu.
Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan
lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari
lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan.
Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah-sekolah perempuan.
Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa
ini.
Osama bin Laden
Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika
keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda
semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun,
iaitu sebelum Taliban wujud.
Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan
Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi
sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang
pembebasan(freedom fighters)atau wira-wira yang memperjuangkan
kemerdekaan(Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan
kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet Union.
Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang
seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel
mereka sebagai pengganas dan diburu.
Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas
Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas
tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat).
Sebenarnya tidak ada bedza antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh
melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas
Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebeh dahulu, dan
kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden
dituduh melakukan itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles
Amerika keatas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana
orang-orang awam telah terbunuh.
Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau
terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan
dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak
membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali
oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh
demikian kami semua terperanjat.
Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya dipanggil
hadhir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah
menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh satu
orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang
kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan
tersebut.
Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden
Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika
Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US di
Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden
memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat
memberi kami bukti tersebut.  Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45
hari dan tidak sesiapa pun memberti kami sebarang apa bukti.
United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem
kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan.
Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh saorang tanpa terlebih dahulu
memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika
sesaorang itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi
memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke
mahkamah.
Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya dengan
sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden.  Kami
mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa
untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan
apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor
kami ini juga ditolak.
Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima
jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga
telah turut ditolak oleh US.
Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat jarum
oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini?
Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta
manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.
Sekatan Ekonomi
Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah.  Kami
telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis
musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periok api yang sengaja ditanam
oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu
dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan
sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulan
kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk.
Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang patung-patung
yang dimusnahkan.
Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati
Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia
tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami.
Kami memusnahkan patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO
dan sebuah NGO dari Scandinavia yang datang dengan projek untuk memulihkan
muka-muka patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis
Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut
digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Afghanistan yang kebuluran
akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab,"Tidak
boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."
Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang
berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan
pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak-anak kami yang
kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.
Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan?
Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan ekonomi,
dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah datang
untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?
Kofi Annan
Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke
Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang
bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan
anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung
mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di
perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk
membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu
membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.
Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli
penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir
mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi mereka.
Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan
patung-patung tersebut.  Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan
keatas negara kami, Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak
mengubah pengangan (agama Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan
sekali-kali berganjak, kerana bagi kami pegangan (agama Islam)kami adalah
segala-galanya. Sesiapa yang cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami
dengan sekatan eknomi tidak akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di
Amerika, sebab di Amerika ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya.
Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah segala-galanya. Dan kami berpegang
teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok mati kerana agama kami daripada
hidup yang sia-sia.."

[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6
bulan sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]
Terjemahan: Tarabulsi
16 Rejab 1422
4 Oktober 2001





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make a great connection at Yahoo! Personals.
http://personals.yahoo.com <http://personals.yahoo.com> 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
FREE COLLEGE MONEY
CLICK HERE to search
600,000 scholarships!
http://us.click.yahoo.com/Pv4pGD/4m7CAA/ySSFAA/XGowlB/TM
<http://us.click.yahoo.com/Pv4pGD/4m7CAA/ySSFAA/XGowlB/TM> 
---------------------------------------------------------------------~->

Setor hafalan kirim mail ke :
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> 
Mengirim pesan kirim mail ke :
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> 
berhenti berlangganan kirim mail ke : 
[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]> 
 

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
<http://docs.yahoo.com/info/terms/>  


Keluarga Besar SMA 2 Padang di http://sma2pdg.rantaunet.com
================================================== 
Berlangganan/Berhenti menerima SMA 2 Padang Mailing List, kirimkan email 
To: [EMAIL PROTECTED] 
Subject: -dikosongkan- 

Isi email pada baris dan kolom pertama:
mendaftar--> subscribe SMA2-Padang email_anda
berhenti----> unsubscribe SMA2-Padang email_anda
------------------------------------------------------------------------------------------
 
WEB-EMAIL GRATIS [EMAIL PROTECTED] ---> http://mail.rantaunet.web.id 
------------------------------------------------------------------------------------------
 
Kerjasama RantauNet.Com http://www.rantaunet.com dan server
PT USINDO GLOBAL USAHA, Jakarta dan USINDO Group, San Fransisco, USA
==================================================

Kirim email ke