51 tahun sudah kita merdeka. Ke angkasa raya pun orang Malaysia sudah sampai. 
Tapi rata-rata rakyat Malaysia mengambil mudah perkara kebersihan. Sebelum ini 
begitu banyak kedai makan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan kerana terlalu 
jijik, kotor dan memualkan di Dataran Senawang. Salah siapa , kalau bukan salah 
pengunjung sendiri yang gemar mengunjungi kedai yang tidak bersih tetapi tidak 
gemar makan di rumah bersama ibu bapa , isteri serta anak-anak.

Dalam senario politik pula rata-rata rakyat mahu kan perubahan selepas 51 tahun 
merdeka. Mahukan pemimpin yang bersih dari rasuah.

Ya mahukan pemimpin yang bersih. Sedangkan rata-rata minda rakyat kita belum 
bersih. Sampah yang mudah pun tidak terurus. Semuanya mengharapkan ada tukang 
kutip sampah untuk mereka.

Antaranya ialah sikap masyarakat yang gemar membuang slip ATM di mesin-mesin 
ATM. Berat sangatkah slip ATM ini hinggakan susah hendak dibuang dalam tong 
sampah ? Sebelum ini saya telah menyiarkan gambar betapa kotornya mesin ATM di 
Maybank Dataran Senawang. Pada 30 Ogos 2008 pula sekali lagi saya perhatikan 
perkara yang sama di RHB Bank Dataran Senawang. Gambar di sini 
http://waghih.blogspot.com/2008/09/51-tahun-merdeka-sampah-pun-tak-tahu.html 

Sekiranya rakyat mahukan perubahan pada pimpinan negara ini , janganlah 
harapkan pemimpin sahaja perlu ditukar atau ditukar cara pemikiran dan tindakan 
mereka , rakyat juga haruslah ditukar cara pemikiran dan tindakan mereka.

Itu baru bab sampah , belum masuk lagi bab tandas , bab pakaian , bab merokok , 
bab menyusun troli di pasaraya , bab menyusun selipar di masjid dan sebagainya. 
Bandingkan cara hidup rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam dengan 
cara hidup masyarakat barat yang majoritinya bukan beragama Islam. Bagaimana 
kita hendak menarik orang bukan Islam untuk mendekati agama Islam jika kita 
umat Islam memandang ringan isu kebersihan dan alam sekitar.

Selamat Berbuka Puasa , Bertarawih dan Bersahur.



      

Kirim email ke