Oleh Kamarulzaidi Kamis [EMAIL PROTECTED] Bank pusat, pelabur global bertindak sokong nilai dolar
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ekonomi/20081007223953/Article/index_html MATA wang utama Asia termasuk ringgit menjadi mangsa aktiviti menyokong nilai dolar Amerika Syarikat (AS) oleh bank pusat dan pelabur institusi utama global bagi mengelak kejatuhan teruk nilai rizab antarabangsa dan pelaburan mereka susulan pelaksanaan pakej menyelamat AS bernilai AS$700 bilion serta kegiatan spekulasi berikutan jangkaan pertumbuhan perlahan ekonomi Asia kesan krisis kewangan AS. Paling teruk terjejas adalah mata wang Korea apabila nilai won jatuh 4.7 peratus kepada 1,364.05 bagi satu dolar AS, paras terendah dalam tempoh tujuh tahun. Mata wang rupee India mencatat penyusutan untuk hari ketiga berturut-turut semalam apabila susut sehingga 0.7 peratus kepada 48.14 berbanding dolar AS, terendah sejak Disember 2002 sebelum pulih sedikit menjelang penutup ke paras 48.08 berbanding dolar AS. Mata wang baht Thailand pula mencatat penurunan hari kelimanya apabila susut 0.2 peratus kepada 34.46 berbanding dolar AS. Ringgit juga tidak terkecuali menjejaki aliran menurun mata wang utama Asia apabila jatuh bagi hari keempat berturut-turut semalam apabila ia susut 0.1 peratus lagi kepada RM3.489 bagi satu dolar AS. Paras itu adalah yang terendah dalam tempoh 13 bulan. Nilai mata wang tempatan itu menurun enam peratus daripada RM3.289 berbanding dolar AS pada awal tahun ini. Ringgit yang dibuka rendah semalam, susut mendadak ke paras terendah RM3.5078 berbanding dolar AS, sebelum pulih sedikit menjelang penutup. Pakar Kewangan Institut Perbankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahamed Kameel Meera, berkata penarikan keluar modal asing daripada rantau ini bagi menyokong dolar AS adalah punca utama penurunan nilai mata wang Asia. "Pelaksanaan pakej menyelamat AS$700 bilion oleh AS, sepatutnya menyebabkan nilai dolar AS susut berbanding mata wang utama global lain, tetapi perkara itu tidak berlaku, kerana sebilangan bank pusat utama global khususnya Eropah dan Jepun serta pelabur institusi menarik keluar pelaburan dari seluruh dunia untuk menampung kejatuhan mata wang itu," katanya. Tindakan itu, katanya, bagi menghalang penyusutan berterusan nilai dolar AS kerana ia dikhuatiri akan mengheret sistem kewangan negara lain ke dalam kegawatan. "Dolar AS adalah mata wang rizab antarabangsa. Jika dolar AS 'tumbang', maka ia akan mengheret banyak negara lain yang memiliki aset berasaskan dolar seperti Eropah, Jepun dan China ke dalam masalah kewangan. "Sementara itu, kebanyakan bank pusat utama global ketika ini memiliki rizab yang besar dalam mata wang dolar AS. Ini menyebabkan mereka terus mempertahankan mata wang itu meskipun langkah itu dijangka tidak akan bertahan lama," katanya. Ketua Ahli Ekonomi, CIMB Investment Bank Bhd, Lee Heng Guie, pula berkata, jangkaan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan di Asia, menyebabkan aliran keluar modal asing dari rantau ini. "Penarik keluar modal dibuat kerana ada jangkaan bahawa krisis kewangan AS akan berpanjangan dan belum ada tanda ia akan berakhir, sekali gus menyebabkan prospek pertumbuhan negara Asia menjadi lebih malap daripada sebelumnya," katanya. Mata wang baht Thailand pula mencatat penurunan hari kelimanya apabila susut 0.2 peratus kepada 34.46 berbanding dolar AS. Ringgit juga tidak terkecuali menjejaki aliran menurun mata wang utama Asia apabila jatuh bagi hari keempat berturut-turut semalam apabila ia susut 0.1 peratus lagi kepada RM3.489 bagi satu dolar AS. Paras itu adalah yang terendah dalam tempoh 13 bulan. Nilai mata wang tempatan itu menurun enam peratus daripada RM3.289 berbanding dolar AS pada awal tahun ini. Ringgit yang dibuka rendah semalam, susut mendadak ke paras terendah RM3.5078 berbanding dolar AS, sebelum pulih sedikit menjelang penutup. Pakar Kewangan Institut Perbankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahamed Kameel Meera, berkata penarikan keluar modal asing daripada rantau ini bagi menyokong dolar AS adalah punca utama penurunan nilai mata wang Asia. "Pelaksanaan pakej menyelamat AS$700 bilion oleh AS, sepatutnya menyebabkan nilai dolar AS susut berbanding mata wang utama global lain, tetapi perkara itu tidak berlaku, kerana sebilangan bank pusat utama global khususnya Eropah dan Jepun serta pelabur institusi menarik keluar pelaburan dari seluruh dunia untuk menampung kejatuhan mata wang itu," katanya. Tindakan itu, katanya, bagi menghalang penyusutan berterusan nilai dolar AS kerana ia dikhuatiri akan mengheret sistem kewangan negara lain ke dalam kegawatan. "Dolar AS adalah mata wang rizab antarabangsa. Jika dolar AS 'tumbang', maka ia akan mengheret banyak negara lain yang memiliki aset berasaskan dolar seperti Eropah, Jepun dan China ke dalam masalah kewangan. "Sementara itu, kebanyakan bank pusat utama global ketika ini memiliki rizab yang besar dalam mata wang dolar AS. Ini menyebabkan mereka terus mempertahankan mata wang itu meskipun langkah itu dijangka tidak akan bertahan lama," katanya. Ketua Ahli Ekonomi, CIMB Investment Bank Bhd, Lee Heng Guie, pula berkata, jangkaan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan di Asia, menyebabkan aliran keluar modal asing dari rantau ini. "Penarik keluar modal dibuat kerana ada jangkaan bahawa krisis kewangan AS akan berpanjangan dan belum ada tanda ia akan berakhir, sekali gus menyebabkan prospek pertumbuhan negara Asia menjadi lebih malap daripada sebelumnya," katanya.
