Pertanyaan

Assalamualaikum



Cikgu, saya nak tahu apa yg perlu sediakan atau cara  utk seseorang buka sebuah 
salun kecantikan.


t/kasih

__________


Lina
Kuala Lumpur

================================
Jawapan

Waalaikumsalam

Banyak tu kena tahu.. :)

Apa yang penting ialah you kena minat and tahu tentang industri tersebut. Kalau 
boleh maybe mulakan secara part time or kalau ada kawan2 yg dah mulakan 
perniagaan ini, you can also ask them macam mana perniagaan ini sekarang 
terutamanya pada waktu keadaan ekonomi meleset ini, industri kecantikan memang 
akan terjejas oleh kerana orang ramai akan mengurangkan perbelanjaan.

Dalam pemasaran perkhidmatan macam Salun ni ada 6 P yang perlu di ketahui dan 
perlu anda titik beratkan iaitu:-

1. Product - Kena tahu apa produk yang hendak ditawarkan iaitu produck fizikal 
seperti beauty products (cream, lotion, shampoo etc) dan juga produk 
perkhidmatan seperti massage, spa, facial treatment, andaman etc. Anda mesti 
kenal produk anda secara terperinci dan pastikan produk2 fizikal anda itu 
selamat digunakan.

2. Place - Kena kenal pasti tempat/lokasi kedai tersebut dan kena buat kajian 
adakah tempat itu strategik ie adakah permintaan untuk perkhidmatan anda itu 
tu..

3. Price - Adakah 'prices' untuk barangan dan service anda itu 
competetive..Kalau mahal dari org lain pun boleh jugak jual tapi you must be 
very good or mmg dah established eg pernah make up artist ke etc..

4. Promotion - Apakah promotion yang boleh dibuat untuk memperkenalkan salon 
you tu..? Boleh buat flyer/brochure and masukkan dalam mail box sekitar kedai 
(paling murah), iklankan di internet (percuma je), iklankan di akhbar2 atau 
magazine (mahal tapi mungkin berbaloi) dan lain2.. Boleh juga buat promotion 
bukak kedai baru seperti 50% off untuk tarik org cuba your service and pastikan 
yg 1st service tu mmg best untuk mereka dtg lagi..

5. Process - Untuk service industry 'process' amat penting iaitu untuk 
memastikan consistency dalam delivery. Maksudnya kalau orang datang untuk 
facial pada pertama kali di kedai anda, boleh kah anda pastikan yang bila 
pelanggan datang kali kedua, mereka akan dapat service yang sama kualitinya? 
Ini bermakna kalau anda upah pekerja, anda kena pastikan yang mereka betul2 
terlatih untuk memastikan perkihdmatan yang mereka berikan adalah consistent 
sepanjang masa. Cuba lihat bagaimana pekerja2 McDonald melayan anda bila anda 
ke McD. Secara amnya mereka akan:-

    i. Senyum.
   ii. Ucap selamat kepada anda - eg "Selamat datang", ":Selamat Petang" etc
  iii. Tanya anda nak makan di situ atau take away.
  iv. Ambil order anda.
  v. Cadangkan side order seperti fries, sundae etc. untuk meningkatkan jualan.
  vi. Mengulang semula pesanan anda agar mereka memberikan anda apa yang anda 
betul2 order.
 vii. Mengucapkan "Terima Kasih' kepada anda bila selesai.

Ini proses di kaunter. Kalau proses di dapur MCD pun sudah disiapkan dengan 
begitu terperinci seperti suhu dapur, berapa lama stok makanan boleh disimpan 
dan sebagainya. Ini amat penting terutamanya jika anda ingin membuka cawangan2 
nanti dan ingin mengekalkan kualiti perkihdmatan anda.

vi. People - Dalam industri perkihdmatan, amat penting untuk anda menguapah 
pekerja yang bagus untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang baik. Pastikan 
mereka mempunyai sikap yang bagus oleh kerana mereka perlu melayan kerenah 
pelbagai jenis pelanggan dan pastikan juga mereka mempunyai kemahiran yang 
cukup untuk memberikan perkihdmatan kepada pelanggan2 anda. Perlu diingat yang 
Salon Kecantikan banyak bergantung kepada 'Words of Mouth" advertisement di 
mana anda perlu mengharapakan pelanggan2 anda menceritakan pengalaman positif 
mereka di Salon anda untuk menarik pelanggan2 baru.

Semasa cuti Raya baru2 ini saya ada melawat kedai makcik saya di Sungkai yang 
menawarkan perhkhidmatan andaman dan baju pengantin dan dapat melihat yang 
perniagaan beliau amat maju walaupun cuma berpusat di sebuah pekan yang kecil. 
Apa yang saya lihat ialah beliau mengamalkan strategi2 ini:-

1. Tidak menghadkan perkhidmatan beliau di pekan Sungaki sahaja tetapi turut 
menawarkan perkhidmatan ke Slim River, Trolak, Bidor dan Tapah. Apa yang beliau 
buat ialah mengenakan caj perjalanan untuk tempat2 di luar Sungkai.

2. Menawarkan pakej yang berbeza2 yang merangkumi khemah, pelaming, catering 
dan juga khidmat jurugambar.

Apa yang saya lihat ialah ramai pelanggan yang datang ialah pelanggan yang 
dapat tahu dari jiran2 mereka yang telah menggunakan perkhidmatan beliau dan 
mereka boleh nampak hasil perkhidmatan beliau itu.

Apa yang paling penting ialah anda perlu mempunyai 'ILMU" yang mencukupi untuk 
bukan sahaja membuka kedai tersebut tetapi juga perlu tahu strategi2 pemasaran 
untuk :-

1. Meningkatkan jualan
2. Menghadapi persaingan
3. Membuat promosi
4. Membuka cawangan
5. Mengembangkan pasaran
6. Strategi bila ekonomi meleset

Pastikan anda hadiri  kursus2 keusahawanan yang boleh anda sertai terutamanya 
kursus2 percuma yang dijalankan oleh MARA dan lain2 agensi kerajaan sebelum dan 
juga selepas anda membuka Salon tersebut.

Bak kata Saipul Apek 'It is easy to open a shop but not easy to keep a shop 
open" atau ' Amat mudah untuk membuka kedai tetapi bukan senang nak kekalkan 
kedai itu terbuka"

Saya harap penerangan saya ini serba sedikit boleh membimbing Puan.

Yusoff





      

Kirim email ke