Salam sejahtera,

Sebelum ini saya telah membincangkan secara kasar tentang krisis ekonomi di 
Amerika Syarikat dan bagaimana ianya bermula dalam siri #1. Dalam siri # 2, 
saya juga ada menyentuh sedikit tentang kesan ia kepada ekonomi Malaysia. 

Dalam tempoh sebulan ini, kita telah nampak serba sedkit kesan krisis ekonomi 
di Amerika Syarikat kepada ekonomi negara kita. Seperti yang telah saya tulis 
sebelum ini, ekonomi Malaysia tidak dapat lari dari menerima tempias kerana :-

1. Amerika Syarikat merupakan negara yang besar penduduknya dan mempunyai saiz 
ekonomi yang besar dan Malaysia juga banyak berdangang dengan AS.

2. Dolar Amerika banyak digunakan oleh Malaysia dan negara2 lain dalam 
perdagangan antarabangsa kita. Kemelesetan ekonomi di AS mungkin akan 
menjejaskan nilai matawang AS.

3. Rizab
 matawang Malaysia dan negara2 lain seperti Cina banyak disimpan dalam matawang 
Amerika.

4. Rakan dagang utama Malaysia seperti Cina, Jepun dan lain2 banyak:-

    1. Berdagang dengan AS.
    2. Banyak membeli bon kerajaan Amerika.
    3. Banyak menyimpan matawang AS sebagai rezab matawang mereka.

5. Kemelesetan ekonomi negara-negara lain akan menjejaskan pendapatan 
negara-negara tersebut dan akan mengurangkan pendapatan syarikat dan juga 
penduduk negara-negara tersebut. Akhirnya ianya akan mengurangkan permintaan 
terhadap barangan dari Malaysia.

Oleh itu, walau apapun yang telah digembar gemburkan oleh banyak pihak di dalam 
media Malaysia, kita memang akan terjejas akibat daripada krisis ekonomi di 
Amerika Syarikat ini.

Selain dari menerima tempias dari krisis ekonomi AS itu, Malaysia sebenarnya 
telah mengalami stagflation atau stagflasi sebelum ini. Stagflation ialah 
kombinasi stagnation di mana ekonomi tidak banyak berkembang dan juga 
inflation, iaitu kenaikkan harga tinggi yang telah disebabkan oleh kenaikan 
harga petrol dan diesel dan juga harga makanan seperti beras.

Secara amnya, krisis ekonomi akan dan telah mula menjejaskan sektor-sektor 
berikut:-

1. Sektor peruncitan atau retails - Sektor ini telah menerima kesan yang hebat 
dari stagflation dan juga tempias tempias dari krisis ekonomi AS. Pada bulan 
sebelum Hari Raya baru2 ini, penjual2 dia bazar Ramadhan mengeluh kerana jualan 
berkurangan sebanyak 40%. Penurunan harga barangan juga tidak berjaya menarik 
pelanggan2 yang berhati2 dalam pembelian dan juga telah mula berjimat2 dan 
mengurangkan perbelanjaan yang boleh ditangguhkan.

2. Sektor Otomatif - Jualan bulan September masih tinggi kerana ramai yang 
memberli kereta baru untuk Beraya. Bagaimana, jualan Oktober dijangkan menurun. 
Jualan otomatof di AS telah menurun dengan banyak dari 10% ke 25% untuk bulan 
Okt bagi semua jenis jenama.

3. Sektor pertanian - Harga pasaran minyak kelapa sawit telah merudum dari 
RM4,000++ sehingga sekitar RM1,500++. Ramai pembeli asing yang telah memasuki 
kontrak sebelum ini pada harga tinggi telah membatalkan  atau engkar dengan 
kontrak mereka. Harga getah juga telah jatuh dengan banyak.

4. Sektor petroleum - Harga petrouleum telah merudum dari sekitar USD150 setong 
ke cuma sekitar USD60 setong hari ini. Ini akan menjejaskan pendapatan negara 
melalui Petronas. Bagaimanapun penurunan ini mungkin boleh mengurangkan inflasi 
di Malaysia kerana kos bahanapi dan pengangkutan telah menurun.

5. Sektor hartanah - Sektor hartanah juga dijangkan akan menurun seperti yang 
di alami di AS dan UK. Pembeli2 juga akan menangguhkan pembelian terutamanya 
untuk tujuan pelaburan oleh kerana mereka menjangkakan yang harga akan jatuh 
lagi tahun depan.

6. Sektor Pelancungan - Oleh kerana pendapatan kebanyakan pelancung asing dan 
tempatan telah terjejas dan juga oleh sebab sikap berhati2 dengan perbelanjaan, 
sektor pelancungan juga dijangkan akan terjejas.

7. Sektor pelaburan / bursa saham - Bursa saham juga telah jatuh dengan banyak 
dan sekarang di paras indeks 900++. Antara sebab kejatuhan ialah :-

  i. Kurang keyakinan di kalangan pelabur.
  ii. Pelabur2 asing menarik keluar pelaburan mereka di BSKL.
 iii. Kejatuhan indeks di bursa-bursa saham utama di dunia.
 

Banyak lagi sektor-sektor lain yang akan dan juga telah terjejas dan saya akan 
sambung artikel saya ini di masa akan datang.

========================================================

Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat # 1 - Bagaimana ianya bermula?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kebelakangan ini kita
dikejutkan oleh krisis ekonomi yang amat serius yang berlaku di Amerika
Syarikat. Saya sendiri amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih
lanjut tentang krisis ekonomi ini kerana walaupun mungkin ramai
daripada kita yang kurang bersetuju dengan tindakan2 AS di dunia ini,
kita tidak boleh menafikan yang jika ekonomi AS merudum, ianya akan
mengheret ekonomi-ekonomi dunia lain termasuklah juga ekonomi Malaysia.

Indeks
bursa saham seluruh dunia jatuh bagaikan pin boling dengan didahuli
oleh ruduman yang menakutkan di Wall Street di mana indeks jatuh
sebesar 700 mata dalam sehari!. Indeks Bursa Saham Wall Street turun di
bawah 10,000 mata minggu ini dan hari ini indeks Dow Jones turun ke
9,955.50
iaitu penurunan sebanyak 369.88 mata atau 3.58%.

Walaupun
kerajaan Malaysia telah berjaya mempelbagaikan negara-negara yang
berdagang dengan kita seperti mempertingkatkan perdangangan dengan
Jepun dan China tetapi kita juga akan merasai kesan sampingan atau
'side effect' daripada krisis ekonomi di AS oleh kerana negara-negara
di dunia ini :-

1. Banyak berdagang dengan AS -  Mengikut US Census Bereau, China mengeksport 
barangan berjumlah USD321 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5700.html#2007 )

Jepun pula mengeksport barangan berjumlah USD145 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber - http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5880.html#2007 )

Malaysia juga banyak mengeksport barangang ke AS dan pada tahun 2007 kita 
mengeksport USD32.6 billion dalam tahun 2007.

2. Banyak memegang US Treasury Bond
- US Treasury Bond ialah Bon Perbendaharaan Amerika Syarikat yang
dikeluarkan oleh kerajaan AS untuk membiayaai defisit perbelanjaan
negara mereka. Defisit berlaku oleh kerana kerajaan AS berbelanja lebih
daripada pendapatan mereka.

 Menurut Chinadaily.com pada June 2008, China memegang USD $503.8 billion US 
treasury bonds. 

(Sumber http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-08/18/content_6947539.htm )

Bila
berlaku krisis ekonomi di AS, harga Bond akan jatuh dan ini akan
menjejaskan aset China dan secara tidak lansung turut akan menjejaskan
perdagangan China dengan Malaysia.

3. Banyak memegang US dollar dan juga membayar perdagangan dalam US Dollar.

Banyak
negara-negara di dunia ini yang memegang US dollar sebagai currence
reseves mereka iaitu untuk mengukuhkan nilai
matawang mereka. Sebagai contoh, Malaysia juga memegang US dollar dan
lain2 matawang yang sekarang berjumlah USD119 billion pada bulan
September 2008. (Sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=111)

Perdagangan antarabangsa juga banyak menggunakan US dollar sebagai mekanisma 
pembayaran.

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, ada kemungkinan besar nilai US Dollar akan 
jatuh teruk dan ini akan menjejaskan:-

1. Nilai Foreign Currency reserves kebanyakan negara2.

2.
Nilai barangan yang akan diterima dalam matawang tempatan. - Sebagai
contoh, jika Malaysia telah memasuki kontrak untuk menjual minyak
kelapa sawit pada harga USD100 juta dan USD jatuh dari USD1=RM3.5
kepada USD1=RM3 maka:-

i. Harga sawit jika 1USD= RM3.5 = RM350 juta

ii. Harga sawit jika 1USD= RM3 = RM300 juta

Dalam
contoh di atas, Malaysia telah kerugian sebanyak RM50 juta akibat
kejatuhan USD. Ini bermakna, eksport-eksport barangan dan
perkhidmatan Malaysia akan mendapat hasil yang berkurangan dalam
Ringgit Malaysia.

Apakah PUNCA kriris Ekonomi di AS?

Jika
anda ada mengikuti perkembangan krisis ekonomi di AS anda akan lihat
yang ianya bermula daripada kerugian dan juga kebankrapan bank-bank
besar di AS. Anda semua tahu yang bank-bank dan institusi kewangan di
mana-mana negara merupakan tunjang ekonomi sesuatu negara dan jika
ianya mula tumbang, eknomi negara itu akan turut tumbang dan jika
negara yang tumbang itu ialah satu negara gergasi seperti AS maka ianya
akan tumbang dan mencederakan banyaki negara-negara di dunia ini.

Menurut
BBC News (Sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm)
bank2 di AS sudah mengalami kerugian sebanyak USD60 billion.

Kerugian
ini berpunca
apabila struktur pembiayaan perumahan di AS berubah. Biasanya bank2
seperti di Malaysia akan menggunakan wang yang mereka dapat dari
pendeposit untuk dipinjamkan ke peminjam. Oleh itu dalam keadaan
normal, bank menggunakan wang yang ada di bank mereka untuk memberi
pinjaman dan bank akan membuat keuntungan dari perbezaan faedah.

Sebagai contoh:-

Bank A terima RM100 juta deposit dan membayar faedah sebanyak 5% kepada 
pendeposit.

Kos faedah = 5% X 100 juta
                 = 5 juta setahun

Bank
akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta itu untuk menwarkan
pinjaman kepada yang memerlukan. Sebagai contoh bank Malaysia mungkin
hanya dibenarkan untuk menggunakan 80% sahaja daripada deposit ie RM80
juta

Bank A pinjamkan RM80juta kepada peminjam pada  faedah sebanyak 10% kepada 
pendeposit.

Hasil faedah = 10% X 80 juta

                   = 8 juta setahun

Dari contoh mudah ini Bank telah membuat keuntungan kasar sebanyak RM3 juta.





Kos faedah = 5% X 100 juta

                 = 5 juta setahun

Ini ialah model tradisional dalam proses pinjaman bank.

Bagaimanapun,
bank-bank di AS telah menggunakan model yang berbeza dimana mereka
mendapatkan dana daripada pihak ketiga iaitu mereka telah menjual
Pinjaman perumahan mereka kepada pihak ketiga dan dengan itu mereka
tidak perlu ada banyak deposit untuk memberi pinjaman2 yang besar.

Cth:-

Deposit diterima Bank A - RM100 juta
Dana dari pendeposit untuk dipinjamkan - RM80juta (80% dari deposit)
Dana dari Pihak ketiga    - RM100 juta

Jumlah yang boleh dipinjamkan - RM180 juta

Dalam
contoh di atas, Bank A boleh meminjamkan RM180 juta jika mengikut model
ini berbanding dengan RM80 juta sahaja dalam Model Tradisional.

Bank A bagaimanapun perlu mengutip ansuran dari peminjam untuk RM100 juta yang 
didapati dari Pihak Ketiga itu
dan bank akan menerima yuran perkhidmatan atau 'fee' dari pinjaman itu.

Malangnya
dalam keghairahan bank2 membuat untung, mereka telah cuai dalam
menganalisa peminjam dan kelayakan mereka. Bank2 telah memberikan
pinjaman yang tinggi kepada mereka yang tidak layak dan ini menyebabkan
ramai pemnjam tidak dapat membayar ansuran pinjaman merekd dan banyak
rumah telah dirampas dan dilelong.

Bank A dalam contoh di atas
sebenarnya berhutang RM100 juta dengan Pihak Ketiga itu dan jika
peminjam gagal bayar, Bank A yang perlu menanggungnya. Jika Bank A
gagal membayar RM100 juta itu,Bank A boleh di saman dan boleh bankrap.
Sudah tentu Bank A akan menghadapi masalah oleh kerana jumlah deposit
mereka pun cuma RM100 juta dan mereka tidak boleh menggunakan semua
jumlah itu untuk membayar hutang mereka itu.

Saya akan menulis lagi tentang krisis eknomi ini dalam masa terdekat dan jika 
anda ada kesempatan cuba baca artikel di
http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm yang menerangakan dengan jelas 
tentang punca Krisis Ekonomi di AS sekarang ini.


========================================================



Krisis Eknomi di Amerika Syarikat # 2 - Gadaian Sub Prime, inflasi Pertumbuhan 
pesat Pasaran Bon Gadaian 
 
 
Pasaran Bon Gadaian atau mortgage bond market ini merujuk kepada pasaran
kedua untuk pinjaman hartanah. Ini bermakna wujud satu pasaran baru untuk bank
menjual beli pinjaman hartanah. 
 
Seperti yang diterangkan dalam artikel #1, dengan wujudnya pasaran sekunder
ini, bank-bank di Amerika Syarikat tidak lagi perlu mengharapkan dana dari
deposit untuk memberikan pinjaman. Mereka boleh ’berhutang’ dari pihak ketiga
untuk memberikan pinjaman perumahan. 
 
Bank-bank di Iceland pun telah terjebak dengan memberikan pinjaman lebih
dari kemampuan mereka. Dengan penduduk 
cuma 320,000 bank-bank di Iceland telah ’keluar’ dari Iceland dan turut
memberikan pinjaman yang besar di Europe terutamanya di Great Britain. Tiga
bank di Iceland telah diambil alih oleh kerajaan Iceland dan mereka juga
terpaksa mendapatkan pinjaman dari Rusia untuk mengelakkan kebankrapan.
Syarikat2 di Iceland juga turut berkembang dengan pesat dengan menggunakan
hutang yang mudah didapati dari negara-negara asing.
 
Pinjaman jangka panjang kasar Iceland ialah 350% dari GDP atau Keluaran
Domestik Kasar Iceland. Aset bank-bank Iceland  yang majoritinya ialah pinjaman 
telah
meningkat ke 10 kali GDP pada hujung 2007. (Sumber : 
http://www.ft.com/cms/s/0/061070b8-4781-11dd-93ca-000077b07658,dwp_uuid=a36d4c40-fb42-11dc-8c3e-000077b07658.html?nclick_check=1)
 
Menurut news.bbc.co, dalam lima
tahun yang lepas sektor swasta telah meningkatkan penglibatan mereka dalam
pasaran bon gadaian di Amerika Syarikat yang sebelum ini dikuasai oleh 
agensi-agensi
kerajaan seperti Freddie Mac. Malangnya, sektor swasta ini lebih menjuruskan
penglibatan mereka ke dalam pasaran gadaian sub
prime yang baru di mana mereka telah memberian pinjaman kepada bank-bank
untuk memberikan pinjaman kepada mereka-mereka yang mempunyai rekod kredit yang
buruk dan tidak mempunyai bukti pendapatan yang jelas yang sebelum ini sukar
untuk mendapatkan pinjaman. Pasaran ini turut dikenala sebagai ‘sub prime’.
 
Sektor swasta juga melibatkan
diri dalam memberikan pinjaman ‘jumbo’ iaitu pinjaman melebihi USD $417,000
yang merupakan pinjaman maksikma yang diberikan oleh 
Freddie Mac sebelum ini. Ini bermakna, sektor swasta dan juga
bank-bank telah mendedahkan diri mereka kepada pinjaman yang berisiko tinggi
dan juga dalam jumlah yang tinggi. 
 
Pada
masa keadaan ekonomi yang baik, bank-bank dan sektor swasta di Amerika Syarikat
tidak menghadapai masalah kerana peminjam-peminjam dapat membayar ansuran
pinjaman mereka kerana mereka ada pekerjaan yang tetap dan mungkin juga
mempunyai pendapatan kedua dari pekerjaan sambilan. Apa yang terjadi ialah
perubahan dalam scenario ekonomi global yang bermula pada 2007 di mana harga 
minyak
dan juga harga makanan asasi naik dengan begitu tingi. Kenaikan harga minyak
terutamanya telah mencetuskan ’Kesan Domino’ atau ”Domino Effect’ di mana ianya
telah menyebabkan harga hampir kesemua barangan naik dan ini telah menjejaskan
pendapatan kebanyakan peminjam-peminjam di Amerika Syarikat oleh kerana mereka
perlu membayar lebih untuk barangan dan perkihdmatan mereka.
Apa
yang terjadi di Amerika Syarikat ialah ramai dari penduduk di Amerika Syarikat
yang berbelanja lebih dari apa yang mereka mampu. Ini didorong pula oleh
kemudahan kredit seperti kad kredit yang mudah di dapati sehinggakan
pelajar-pelajar kolej dan universiti yang belum berkerja pun boleh memilikinya.
 
Kadar Inflasi dan Kadar Pekerjaan Baru di
AS turut menyumbang kepada krisis ekonomi AS
 
Kadar
Inflasi di AS
Year     Jan       Feb      Mar      Apr      May     Jun       Jul        
Aug      Sep      Oct      Nov     Dec      Ave
2008    4.28%  4.03%  3.98%  3.94%  4.18%  5.02%  5.60%  5.37%
2007    2.08%  2.42%  2.78%  2.57%  2.69%  2.69%  2.36%  1.97%  2.76%  3.54%  
4.31%  4.08%  2.85%
(Sumber - 
http://inflationdata.com/inflation/Inflation_Rate/CurrentInflation.asp)

Berdasarkan jadual di atas, dalam tahun 2007,
kadar purata inflasi AS cuma 2.85% tetapi boleh dilihat yang ianya mula
meningkat dengan banyak semenjak Oktober 2007 pada kadar 3.54% dan meningkat ke
4.08% pada Disember.
Kadar inflasi As bertambah buruk
pada tahun ini dengan kadar sekitar 4% 
dalam 5 bulan pertama dan semakin naik sehingga 5.6% dalam bulan 5.6%.
Perlu
diingat yang kadar inflasi ini adalah untuk barangan yang terpilih sahaja dan
oleh itu, kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi dan ini sebenarnya akan
menjejas teruk warga AS yang pendapatan mereka sekadar ’cukup-cukup makan’ dan
jika mereka ada mengambil pinjaman perumahan, mereka berkemungkinan besar akan
menghadapi masalah untuk membayar balik ansuran pinjaman mereka.
 
Kadar
pengangguran juga semakin meningkat di AS. Menurut Biro Buruh AS, kadar
pengambilan pekerja baru di AS secara amnya telah mendatar sejak Ogos 2006
sehingga September 2007 dan kemudian menurun hinggalah ke Ogos 2008. Pada kadar
pengambilan pekerja pada 3% sahaja dalam 3 dari empat bulan yang lepas, ianya
merupakan kadar yang paling rendah semenjak May 2003. (Sumber - 
http://www.bls.gov/news.release/jolts.nr0.htm
)

Selain dari kadar inflasi yang tinggi dan juga
kadar pengambilan pekerja yang berkurangan, kadar yang dikenakan dibawah sub
prime ini juga amat tinggi iaitu sehingga dua kali ganda dari kadar yang
dikenakan dalam dua tahun pertama seperti yang banyak berlaku di Cleveland. 
Pinjaman-pinjaman
melalui sub prime ini mengenakan
faedah berubah atau adjustable rate mortgages (ARMs) dan kadar faedah semasa ia
bergantung kepada kadar faedah Federal AS yang juga semakin semaking meningkat.

Malangnya,
ramai dari peminjam tidak mengetahui tentang kenaikan tersebut. Di AS, satu
dari lima pinjaman perumahan dibuat melalui sub
prime dan amat popular di kalangan imigran yang baru menetap di As dan
ingin membeli rumah-rumah yang semakin mahal di AS terutamanya di kawsan bandar
seperti di Southern California, Arizona, Nevada dan kawasan pinggiran bandar
Washington, DC dan  New York City.

Kesimpulannya ada beberapa faktor
yang telah mencetuskan krisis ekonomi di Amerika Syarikat baru-baru ini iaitu:-
 
1.      Kegagalan pihak Bank bertidak cermat dalam
memberi pinjaman perumahan kepada mereka yang tidak layak.
 
2.      Perubahan struktur pinjaman dari model
konvensional kepada Model Sub Prime dimana bank meminjam dari pihak ketiga
untuk memberi pinjaman.
 
 
3.      Kadar inflasi yang semakin meningkat
akibat kenaikan harga minyak dan makanan.
 
4.      Kadar pengambilan pekerja baru di AS yang
menurun yang mengakibatkan ramai penduduk AS tidak berkerja.
 
5.      Sikap kerajaan AS dan juga penduduk AS
yang gemar berbelanja lebih dari apa yang mereka perolehi.
 
 
 



      

Kirim email ke