Pendahuluan

Perkembangan semasa dunia hari ini telah melahirkan pelbagai jenis produk dan 
perkhidmatan yang semakin hari semakin mendapat permintaan ramai. Tambahan lagi 
jika perniagaan tersebut merupakan sesuatu perniagaan yang baru dan memberikan 
kemudahan atau kepentingan kepada pengguna. Justeru, anda dapat lihat betapa 
banyaknya daripada kita yang berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan tanpa 
menyedari bahawa sebenarnya telah memulakan langkah yang salah, iaitu dengan 
tidak menyediakan pelan tindakan perniagaan yang seharusnya menjadi garis 
panduan untuk mencapai kejayaan. Titik mula untuk menjalankan perniagaan dikira 
setelah anda mencetuskan idea dan keinginan untuk berniaga. Seterusnya, 
langkah-langkah untuk ke hadapan dirancang termasuklah faktor kewangan (modal), 
pembelian aset, strategi pemasaran dan janaan hasil pendapatan.

Soalnya, bagaimanakah anda hendak memulakan semua itu? Apakah garis panduan 
yang harus diikuti agar perancangan memulakan perniagaan itu tercapai? Walaupun 
anda mengetahui perkara yang bakal dilaksanakan, kadang-kadang anda buntu cara 
untuk menyediakan satu kaedah perancangan yang teratur melalui pembentangan 
kertas kerja perniagaan.

Perkara inilah yang menyebabkan sesetengah permohonan pinjaman perniagaan tidak 
berjaya dan cadangan perniagaan tidak diterima. Kaedah pembentangan dan 
penyusunan isi kandungan kertas kerja haruslah jelas dan mudah difahami. 
Objektif, strategi pelaksanaan dan implikasi kewangan merupakan faktor penting 
dalam melihat sama ada sesuatu perniagaan itu mendatangkan keuntungan atau 
tidak jika perniagaan tersebut beroperasi. Selain itu, jangka masa membuat 
sesuatu kertas kerja dan pelan perniagaan kebiasaannya adalah singkat. Anda 
semestinya akan mengambil masa yang panjang jika tidak tahu cara untuk 
memulakannya.

Justeru, buku ini bertujuan untuk memberikan panduan dan idea kepada anda di 
luar sana tentang cara untuk menulis dan menyediakan kertas kerja dan pelan 
perniagaan yang baik, efektif serta disaluti dengan isi kandungan yang sesuai. 
Terdapat empat bahagian dalam buku ini, iaitu
Bahagian 1 - Panduan utama penulisan
Bahagian 2 - Penyediaan kandungan dokumentasi
Bahagian 3 - Contoh kertas kerja dan pelan perniagaan
Bahagian 4 - Contoh profil syarikat

Dalam Bahagian 1, penekanan diberi kepada panduan utama untuk menghasilkan 
kertas kerja dan pelan perniagaan yang efektif dan menarik perhatian pembaca. 
Hal ini termasuklah cara dan kaedah sesuatu penulisan itu dibentangkan. Sering 
kali kebanyakan kertas kerja tidak begitu berkesan disebabkan kaedah penulisan 
yang lemah.

Dalam Bahagian 2, diberikan semua tajuk utama isi kandungan yang perlu ada 
dalam penghasilan kertas kerja mengikut susunan. Diterangkan serba sedikit 
kandungan yang perlu ada di bawah tajuk-tajuk tersebut. 

Dalam Bahagian 3, dimuatkan 10 contoh kertas kerja dan pelan perniagaan agar 
anda mendapat gambaran kasar cara kertas kerja dan pelan perniagaan 
dipersembahkan mengikut jenis perniagaan yang bakal diusahakan.

Akhir sekali, dalam Bahagian 4 disertakan contoh profil syarikat bagi kemudahan 
anda sebagai panduan membuatnya.

  
Kandungan


Pendahuluan 

BAHAGIAN 1:
Panduan Utama Penulisan

i. Penjelasan Objektif 
ii. Keutamaan Komunikasi 
iii. Kesalahan Tatabahasa 
iv. Penggunaan Ayat 
v. Menulis Berdasarkan Bacaan Umum
vi. Elemen Paparan/Grafik
vii. Kaedah Pembentangan Penulisan
viii. Tajuk dan Muka Surat yang Jelas
ix. Penyusunan Agenda Pembentangan
x. Pengakhiran Kertas Kerja dan Pelan Perniagaan

BAHAGIAN 2:
Penyediaan Kandungan Dokumentasi

i. Ringkasan Eksekutif/Pelan
ii. Isi Kandungan
iii. Pengenalan/Pendahuluan
iv. Butiran Perkhidmatan/Perniagaan
v. Isu Semasa/Situasi Masa Ini
vi. Konsep Pelaksanaan
vii. Strategi Pemasaran/Operasi/Pelaksanaan
viii. Kaedah Implementasi
ix. Implikasi Kewangan
x. Janaan Pendapatan
xi. Kajian Sasaran dan Persaingan
xii. Langkah Seterusnya
xiii. Jadual Pelaksanaan
xiv. Kesimpulan
xv. Penutup
xvi. Apendiks/Lampiran

BAHAGIAN 3:
Contoh Pelan Perniagaan

1. Perkhidmatan Dobi
2. Perkhidmatan Katering
3. Perkhidmatan Mencuci 
4. Perkhidmatan 'Terminal' Sekolah Memandu Kenderaan
5. Perkhidmatan Dandanan Rambut/Salon
6. Perniagaan Produk Perkahwinan
7. Perniagaan Kafe Berinternet
8. Perniagaan dalam Internet
9. Perniagaan Penternakan
10. Perniagaan Percetakan

BAHAGIAN 4:
Contoh Profil Syarikat

1. Contoh Profil Starikat 1: Esquire Technology
2. Contoh Profil Starikat 2: Penerbitan Pertiwi




Maklumat lanjut berkenaan buku ANEKA CONTOH KERTAS KERJA PERNIAGAAN ini boleh 
didapati di www.books.perintis.com.my. Harga senaskhah ialah RM25. Terdapat 10 
contoh kertas kerja pelbagai perniagaan dalam buku ini.

Kirim email ke