Pengenalan

InsyaAllah saya akan memulakan
satu lagi siri Back To Basic berkenaan dengan Marketing atau pemasaran pula.
Walaupun saya merupakan graduan dalam Finance and Banking tetapi saya amat
meminati subjek ini kerana ianya amat menarik buat saya terutamanya sekarang
ini saya juga sekarang ini merupakan seorang usahawan dalam bidang pendidikan
dan oleh itu aspek pemasaran juga amat penting untuk memastikan yang perniagaan
yang saya jalankan ini akan lebih berjaya di masa hadapan.

Saya juga pernah terlibat secara
lansung dalam bidang pemasaran terutamanya dari segi pemasaran perkhidmatan
produk-produk bank dan institusi kewangan dan juga dalam memasarkan
produk-produk IT yang turut melibatkan pemasaran di peringkat antarabangsa
seperti di Saudi Arabia.

Mungkin ada yang akan mengatakan
yang aspek pemasaran ini tidak penting atau tidak perlu dalam perniagaan kerana
ada banyak juga usahawan atau perniagaan yang sudah berjaya tanpa ada
pengetahun tentang pemasaran lansung atau tidak pernah belajar lansung tentang
pemasaran atau marketing ini secara formal.

Memang saya akui ramai peniaga di
luar sana yang berjaya tanpa
apa-apa pengetahuan formal tentang marketing ini tetapi sebenarnya mereka
samaada sedar atau tidak ada menggunakan teknik-teknik pemasaran yang ada dalam
buku-buku teks tanpa mereka sedari. Ini kerana mereka telah mempelajarinya
secara tidak formal melalui:-

        1. Pemerhatian - Observation yang dibuat terhadap perniagaan yang sedia 
ada dan kemudian mengaplikasikannya kepada pernigaan mereka.

        1. Pembacaan - Ada juga teknik-teknik pemasaran yang telah mereka 
perolehi melalui pembacaan dalam majalah-majalah, akhbar-kahbar dan juga 
buku-buku.

        1. Pengalaman -Ramai juga peniaga yang memperolehi asas-asas pemasaran 
mereka memalui pengalaman mereka berkerja dengan orang lain atau melalui kaedah 
'trial and error' dalam perjalanan perniagaan mereka.

Pada saya semuanya boleh membawa hasil, samaada pembelajaran secara formal
atau tidak formal. Apa yang saya cuba usahakan dalam artikel saya ini dan dalam
artikel-artikel saya yang akan datang ialah untuk mempercepatkan proses anda
menguasi ilmu pemasaran ini dan berharap anda dapat melaksanakan teknik-teknik
ini jika anda memang seorang peniaga atau anda ada niat untuk menceburi bidang
perniagaan di masa akan datang.



Definisi Marketing

Terdapat banyak definisi yang telah diberikan oleh pakar-pakar pemasaran di
seluruh dunia untuk dengan tepat mendefinisikan apakah itu pemasaran. Wikipedia
mendefinisikan Marketing sebagai
satu proses yang berterusan dalam perancangan dan juga perlaksanaan 4 unsur
pemasaran iaitu:-

        1. Product  -Produk fizikal dan jugak perkhidmatan.
        2. Price - Harga produk dan perkhidmatan anda.
        3. Place - Lokasi di mana produk atau perkidmatan anda ditawarkan.
        4. Promotion - Promosi yang dilakukan untuk memperkenalkan produk dan 
perkhidmatan anda seperti melalui iklan akhbar.


Kebanyakan daripada kita selalu tersalah faham dengan menganggap yang
marketing ini cuma melibatkan jualan dan iklan atau sales and advertising. Ini
adalah salah satu silap faham yang biasa kerana kita sering terdedah kepada
iklan-ilan tv, iklan-iklan di akhbar, iklan-iklan spam di email kita dan
sebagainya. Sebenarnya jualan dan iklan cuma merupakan sebahagain kecil sahaja
dari marketing kerana banyak lagi aspek-aspek penting dalam pemasaran yang anda
perlu tahu untuk betul-betul menggunakan pemasaran dengan efektif dalam
perniagaan anda.

Saya lebih suka dengan definisi marketing seperti yang telah dengan tepat
didefinisikan oleh Philip Kotler dan Gary Armstrong di dalam buku Principles of
Marketing (Prentice Hall, 2008). Mereka telah mendefinisikan marketing
sebagai 'the process by which companies create value for customers and build
strong customer relationships in order to capture value from customers in
return'.

Dalam erti kata lain mereka telah
mendefinisikan marketing sebagai “satu proses di mana sesuatu perniagaan itu
menciptakan nilai untuk pelanggan-pelanggan mereka dan membina hubungan yang
rapat dan kuta dengan pelanggan-pelanggan mereka untuk mendapatkan nilai
daripada pelanggan-pelanggan mereka sebagai balasan”

Ini bermakna, marketing pada zaman yang serba moden ini perlu keluar dari 
kepompong 'tell and sell�' atau
'beritahu dan jual' tetapi perlu mendakap konsep baru dalam marketing iaitu
'memuaskan kehendak pelanggan-pelanggan' . Ini kerana pelanggan-pelanggan
sekarang adalah lebih canggih dan lebih berpengetahuan dan juga lebih demanding
dalam memenuhi kehendak seharian mereka.

Sebagai seorang pemasar, anda
perlu mengetahui kehendak pelanggan-pelanggan anda supaya anda mengeluarkan
produk-produk atau menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang memberi nilai yang
tinggi kepada pelanggan-pelanggan dan kemudiannya meletakkannya pada harga yang
efektif, mengagihkan dan mempromosikannya juga dengan efektif, maka produk dan
perkhidmatan anda akan terjual dengan lebih mudah.

Peter Drucker, seorang pakar
pengurusan, juga ada menyebut The aim of marketing is to make selling
unnecessary��. Ini bermakna tujuan utama pemasaran ialah membuatnya dengan betul
dan efektif dan akhirnya produk dan perkhidmatan anda akan terjual dengan
sendiri tanpa perlu bersusah payah untuk menjula dan mempromosinya.

Adalah diharap dalam topic
mukadimah ini, akan membuka mata anda untuk melihat pemasaran ini dalam
perspektif yang berbeza.

=================

Penulis berpengalaman
luas dalam Aspek Teori dan Praktikal Marketing dan berpengalaman lebih
17 tahun dalam bidang pemasaran dalam industri Perbankan, Teknologi
Maklumat dan Latihan. Berkelulusan Diploma in Bankin dan BBA (Hons)
Finance daru UiTM, penulis boleh dihubungi untuk tujuan latihan
pekerja-pekerja di organisasi anda. Penulis boleh dihubungi di
[email protected].

Kirim email ke