Salam semua,

Saya siarkan info dan iklan Insuran ini kerana ianya boleh membantu anda 
mengetahui dengan lebih jelas apakah Hospitalization Insurance.

Memang bayaran hospitalization mahal terutamanya kalau masuk Specialist 
Hospital seperti yang terjadi dengan anak saya yang saya sendiri hantar ke 
Hospital Swasta di Bandar Puteri sebab dah 5 hari cirit birit dan muntah2 dan 
kosnya semuanya RM660 untuk dua hari semalam!

Mod Sutera

=========================================


Kos perubatan makin meningkat dari tahun ke tahun

Nak ke hospital kerajaan, LAMBAT


even Bangla / Indon pun beratur nak dapatkan rawatan kat spital kerajaan

Nak p swasta fikir 3 4 kali,

pasai pa ?


RM RM RM


Majikan cover pun berapa la sangat, RM 3k je kot (KOT)

Cukup ke RM 3K nak bypass jantung ? Simen patah tangan pun dah RM 4K

Nih penyelesaiannya ....






Medical Card 2 : apa sebenarnya Hospitalisation Insurans


Insurans untuk hospitalisation sebenarnya terbahagi kepada 4 jenis coverage 
utama iaitu



1 - Hospital benefit (HB)

2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)

3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad

4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service



1 - Hospital Benefit (HB)

Ini adalah faedah elaun harian bila anda diwadkan di hospital akibat
sakit atau kemalangan. Contoh RM50 sehari atau RM100 sehari. Faedah ini
dibayar mengikut bilangan hari anda diwadkan di hospital. Sesetengah
polisi, letak syarat, kalau diwadkan lebih 3 malam berturut-turut, baru
boleh claim dan sesetengah polisi pula meletakkan skop faedah terhad
kepada punca kemalangan sahaja (terutamanya polisi kemalangan diri /
personal accident).



Faedah Rider ini anda tuntut tak kira bilangan polisi kerana ia adalah
elaun harian bila diwadkan di hospital. Jadi, kalau ada 2-3 polisi yang
beri faedah elaun harian hospital ini, semua anda boleh tuntut..



2 - Hospital & Surgical benefit (H&S)

Ini adalah faedah gambungan Hospital Benefit (elaun harian) dan
surgical claim (tuntutan pembedahan). Maknanya, kalau ada faedah ini,
anda akan dapat tuntut elaun harian bila diwadkan di hospital dan
tuntutan pembedahan kalau anda menanggung kos pembedahan.

Untuk kos pembedahan, biasanya ada limit, contoh 30x ganda dari elaun
hospital. Kalau elaun hospital adalah RM 100 sehari. Limit 30x ganda,
bermakna anda boleh claim surgical expenses sehingga RM 3,000 sahaja.



Kos pembedahan ini, hanya boleh dituntut mengikut bil hospital original
yang anda bayar. Kalau majikan atau insurans lain dah tanggung, anda
tak boleh tuntut lebih untuk buat untung. Kos perubatan lain kalau
tiada pembedahan, tidak ditanggung.



3 - Complete Hospitalisation Benefit, without medical kad

Ini adalah faedah perubatan hospital yang agak menyeluruh (di mana kos
perubatan, kos pembedahan dan kos bilik wad + makan minum ditanggung)
tetapi claim dilakukan secara "bayar dulu, tuntut kemudian". Ia tidak
beri anda elaun bila diwadkan di hospital swasta, tetapi kos perubatan
di hospital tersebut boleh dituntut, mengikut jadual plan yang anda
pilih. Kalau masuk hospital kerajaan, baru dapat elaun harian hospital
mengikut bilangan hari anda diwadkan.



Maknanya, walaupun dari segi hospitalisation anda covered, tapi anda
still kena advancedkan dulu duit anda sebagai deposit dan full payment,
dan setelah discharge dari hospital, bawa original bil dan medical
report untuk buat tuntutan. Claim pula boleh memakan masa berbulan
bulan.



4 - Complete Hospitalisation Benefit, with medical kad & emergency service

Ini adalah faedah hospitalisation yang menyeluruh, sama macam faedah
No:3 di atas, tetapi bezanya ia disertakan sekali dengan medical kad
dan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun. Dalam erti kata
lain, bila berlaku kecemasan dan memerlukan rawatan hospital, samada
akibat sakit yang baru dihidapi atau kemalangan yang baru menimpa,
insurans akan :-

a) Bayar deposit kemasukan hospital

b) Beri surat jaminan bayaran / guarantee letter

c) Bayar bil akhir terus menerus ke hospital panel

d) Sediakan khidmat kecemasan 24jam sehari, 365hari setahun.

e) Berikan penyata pelepasan cukai pendapatan sehingga maksima RM3,000 setahun



Kalau anda mahukan perlindungan hospitalisation yang menyeluruh dan
khidmat yang cekap, inilah faedah hospitalisation terbaik yang anda
boleh perolehi dari sykt insurans sekarang ini..





CAJ INSURANS HANGUS?



Yes, saya pasti ramai yang tak suka dengar perkataan ini, "kalau takde 
tuntutan, bayar hangus?".



Kalau anda faham konsep insurans yang sebenar-benarnya, insurans adalah
satu PAKATAN dalam satu kumpulan peserta yang besar, di mana kos
kerugian yang berlaku dalam kehidupan seseorang, akan dikongsi-bersama
dengan peserta-peserta lain dalam kumpulan yang besar. Kerana
perkongsian masalah ini-lah, membolehkan setiap peserta mencarum
sebahagian kecil sahaja dari kos rawatan sebenar.



Insurans bukan satu paksaan. Siapa nak masuk, boleh daftar dan dapat
jaminan tanggungan perubatan. Siapa yang rasa dirinya kebal dan tak nak
masuk kerana rasa dia tak akan sakit sampai ke tua, dia tak perlu ambil
insurans. Its as simple as that (no offence!).



Cuma kalau anda buat keputusan untuk sertai insurans hospital ini, anda
perlulah ikut syarat kumpulan peserta tersebut, iaitu setiap peserta
yang join insurans ini, perlu mencarum sebahagian kecil untuk kegunaan
tabung kecemasan kumpulan. Mana-mana peserta dalam kumpulan ini masuk
hospital, maka penganjur akan uruskan deposit, guarantee letter dan
bayaran bil akhir terus ke hospital panel tersebut.



Jadi, kalau anda faham konsep insurans, bayaran hangus ini sepatutnya
tak timbul kerana anda sepatutnya bersyukur, anda sentiasa sihat dan
dalam jagaan Allah kerana tidak sakit atau kemalangan dan walaupun anda
tak buat tuntutan, duit caruman anda itu akan/telah digunakan untuk
menanggung kos perubatan sesama ahli kumpulan yang anda sertai itu.



Sebagai consumer, jangan tertipu dengan helah marketing sesetengah ejen
insurans yang menyatakan medical kad mereka jenis "simpanan", tak
hangus macam syarikat insurans lain. In reality, apa jua coverage
insurans, terutamanya caj insuran perubatan tetap hangus walau selama
mana anda bayar. Dengan duit kutipan caj insurans inilah, tuntutan
perubatan dapat dibayar dalam jumlah berlipat ganda. Walaupun pelan
insurans itu dinamakan jenis simpanan atau pelaburan, caj insurans
perubatan tetap hangus. Tak percaya, cuba selidik illustrasi pelan
tersebut. Memang confirmed hangus jugak! So, terima sajalah hakikat ini.



GUARANTEED RENEWAL ATAU YEARLY RENEWAL?



Sesetengah medical kad berbentuk yearly renewal, manakala sesetengah medical 
kad lain berbentuk guaranteed renewal.



Ramai orang keliru dengan istilah ini. Ada yang menyangka, kalau
medical kad itu perlu dibayar dari tahun ke tahun, itu yearly renewal.
Sebenarnya, semua insurans memang kena bayar dari tahun ke tahun,
termasuk jenis guaranteed renewal.. Tak kira pelan jenis saving ke,
jenis bayar hangus ke, memang kena bayar secara berterusan. Kalau
tidak, coverage akan ditamatkan.



Yearly renewal bermaksud pembaharuan insurans perubatan anda tidak
dijamin dan bergantung kepada tahap kesihatan dari tahun ke tahun atau
bergantung kepada ketahanan syarikat insurans itu sendiri. Kalau anda
pernah buat tuntutan yang banyak dalam tahun itu, atau menhidap
penyakit merbahaya yang memerlukan rawatan berlanjutan, medical kad
anda mungkin tidak boleh renew untuk tahun seterusnya. Syarat tambahan
(pengecualian penyakit yang pernah dituntut) atau caj tambahan
(loading), mungkin akan dikenakan ketika renewal tahun hadapan.
Syarikat insurans tersebut berhak ubah syarat kontrak polisi dari tahun
ke tahun, dan anda akan menerima polisi baru setiap tahun. Syarikat
insurans itu juga berhak menamatkan produk medical kad tersebut pada
bila bila masa, jika mereka mengalami kerugian besar dan tak sanggup
meneruskan produk itu lagi.



Guaranteed renewal bermaksud pembaharuan medical kad anda terjamin dari
tahun ke tahun. Syarat syarat jaminan dan tuntutan semuanya sudah
dijelas dari awal kontrak dan tidak akan diubah walaupun anda pernah
buat tuntutan. Penyakit yang sama boleh dituntut berulang kali sehingga
habis had tahunan atau had seumur hidup. Syarikat insurans tidak boleh
mengenakan loading atau pengecualian atau megubah syarat jaminan sesuka
hati mereka.



TIPS - Kalau anda ingin membeli medical kad, PASTIKAN IA ADA BENEFIT
GUARANTEED RENEWAL. Kadang-kala, penerangan ejen insurans macam ada
guaranteed renewal, tetapi sebenarnya produk tersebut tidak ada
guaranteed renewal. Kalau polisi atau risalah tidak ada tulis
guaranteed renewal, ia adalah jenis yearly renewal. Jadi,
berhati-hatilah sedikit kerana anda mungkin akan teraniaya jika medical
kad anda dihentikan tanpa kerelaan anda.



PELAN KOMBINASI 1 PELAN ATAU PELAN BERASINGAN?



Dalam pasaran, memang ada beberapa syarikat insurans hayat, insurans am
dan takaful yang jual medical kad. Ada yang offer medical kad digabung
dengan insurans hayat atau insurans pelaburan dan ada yang offer
medical kad berasingan dari insurans lain (stand-alone).



Yalah, ada ejen cakap, ambil medical kad yang digabung dengan insurans
pelaburan, bagus, semua faedah dalam 1 pelan. Tak payah pening pening.
Kononnya bila digabungkan dengan insurans pelaburan, medical kad itu
akan jadi jenis "simpanan".



Tapi, cuba anda fikirkan sendiri, kalau medical kad anda diberikan
dalam 1 pelan insurans hayat / pelaburan, ini bermakna medical kad anda
hanyalah satu faedah tambahan (rider) sahaja. Kalau anda buat basic
full claim atau tamatkan insurans hayat tersebut, kesemua faedah di
dalamnya akan ditamatkan, termasuklah medical kad anda.



Sebagai contoh, anda membeli medical kad digabung dengan insurans
pelaburan. Bila anda jatuh sakit dan hilang keupayaan keseluruhan untuk
bekerja, anda akan claim penuh ke atas insurans pelaburan anda. Bila
dah claim penuh basic plan, insurans akan ditamatkan.. Anda kehilangan
medical kad anda sekali dan segala rawatan lanjutan selepas itu kenalah
tanggung sendiri. Nak mohon medical kad baru? Dah sakit, dah lumpuh,
bolehkah anda mohon medical kad semula? Sorrylah bang, takde company
nak terima dah lepas tu.



Begitu juga dengan insurans hayat atau insurans pendidikan anak anda.
Kalau anda bayar insurans RM300 sebulan, adakah anda nak bayar insurans
hayat sebanyak itu sehingga umur 80 tahun? Kalau anda bayar RM250
sebulan untuk pendidikan anak anda, adakah anda masih nak bayar
sebanyak itu walaupun dia sudah masuk universiti?



Bila tiba masanya, baik anak berumur 18 tahun atau bersara umur 55
tahun, kebanyakan orang ingin berhenti mencarum insurans, lebih lebih
lagi pada kadar yang tinggi. Kalau medical kad anda digabung bersama,
semua ini akan ditamatkan bersama. Anda dah takde medical kad untuk
dibawa ke hari tua anda.. Cover sampai 75 tahun katanya, tapi bila dah
bersara, anda tak mampu lagi dah nak bayar rm300 sebulan sampai ke tua.



Bila bersara, anda memerlukan setiap wang yang ada, termasuklah
insurans pelaburan yang sudah matang mencecah persaraan anda. Takkan
nak biarkan duit persaraan anda hangus begitu sahaja, terbiar di
syarikat insurans? Bukankah lebih baik, maintain medical kad secara
berasingan saja?



TIPS - Kalau nak beli medical kad, dapatkan medical kad secara
berasingan dengan pelan insurans lain. Beli insurans berasingan untuk
setiap faedah, adalah lebih baik dari pening kepala, coverage dah takde
bila 1 polisi ditamatkan kesemuanya!



MAJIKAN DAH COVER SEMUA!



Betul ke majikan anda dah cover semua? Betul ke majikan anda beri
layanan istimewa kalau anda masuk hospital? Adakah anda merancang untuk
bekerja dengan majikan hingga ke tua?



Tak kira majikan anda adalah kerajaan atau syarikat swasta, tolong
semak betul betul tentang faedah perubatan hospital anda. Sebab kalau
anda sekadar pekerja biasa (bukan top management), besar kemungkinan
faedah hospital anda, ada hadnya, bukan semuanya dicover sampai boleh
pejam mata. Kadangkala bila disemak, had anda sekadar rm5,000 atau
rm10,000 sahaja. Kalau taraf eksekutif, mungkin coverage anda boleh
mencecah RM20,000 - RM 30,000 sahaja. Maklumlah staff staff lain pun
nak kena cover juga.



Coverage perubatan hospital yang seseorang itu perlu ada sekarang
adalah MINIMA RM100,000 KE ATAS, bukan rm5000, bukan rm10,000. Sebab
itulah kos minima untuk rawatan penyakit kritikal seperti kanser,
kerosakan buah pinggang, pembedahan jantung, bengkak hati yang rosak
dan sebagainya. Jangan ingat anda muda atau berpendapatan sederhana,
tak akan dapat penyakit "orang kaya". Penyakit kritikal seperti kanser,
menyerang tak kira usia atau status kedudukan.Celebrity popular bila
mohon bantuan pun, perlukan lebih RM90,000 untuk rawatan kansernya. Kos
hospital sangat mahal sekarang! percayalah cakap saya.



HOSPITAL KERAJAAN KAN ADA!



Ya, memanglah hospital kerajaan ada, tapi persoalannya adakah anda
MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENDAPAT RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN?



Sekarang ni, semua orang berpusu pusu ke hospital kerajaan untuk
mendapatkan rawatan perubatan yang murah. Pendatang asing pun berpusu
ke sana. Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, tapi kalau anda
tidak ada keutamaan, tunggulah 3-4 jam untuk dapatkan rawatan biasa.
Kalau rawatan penyakit kritikal seperti kanser, anda mungkin terpaksa
tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat temujanji anda.



Kerana semuanya murah di sana termasuk gaji staff hospital, maka
servicenya kadangkala kurang memuaskan. Yang lebih menyedihkan lagi,
kadang-kala berlaku kecuaian hingga meragut nyawa orang tersayang. Nak
service murah, inilah risikonya.



Pernahkah anda terfikir, mengapa semakin ramai orang mohon bantuan
kewangan dalam akhbar dan majalah? Hospital kerajaan berlambak apa,
mengapa mereka tak pergi sana saja?



Sebenarnya itulah yang berlaku sekarang. Bila anda takde keutamaan,
tunggulah giliran rawatan berbulan-bulan. Mereka yang iklankan diri
mereka, kerana mereka perlu rawatan segera dan rawatan segera hanya
boleh diperolehi di hospital swasta, dengan syarat ada duit bayarannya!
Sebab itulah mereka keluar dalam paper, sebab perlukan wang segera
untuk rawatan segera. Kanser yang kritikal (stage 3c) sebesar 7cm,
boleh membesar kepada 14cm dalam masa 10 hari saja (growth by 100%
dalam 10 hari) - Ini kisah benar pelanggan saya, seorang guru
kakitangan kerajaan. Anda boleh tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat
rawatan kanser?



NASIHAT SAYA



Faedah hospital yang menyeluruh (with medical kad) sudah menjadi satu
keperluan sekarang. Kalau majikan anda ada beri faedah perubatan, semak
betul betul, berapa hadnya dan bagaimana cara tuntutannya. Kalau anda
ada polisi insurans, semak betul betul, jenis faedah hospital yang
bagaimana yang anda ada?



Kadang-kadang, bila disemak, majikan cuma cover rm5,000 saja. Bila
semak polisi insurans, ada beri elaun harian hospital rm80 sehari
sahaja. Sekali buat pembedahan kanser (tak masuk chemotherapy) kosnya
mencecah RM 16,500. Majikan cover rm5,000 saja. Insurans pulak, dapat
claim 5 hari x rm80 = RM 400 saja. Baki RM10,100 mana nak cari? Bila
dah emergency baru nak kelam kabut check itu ini. Dah lah badan sakit
menanggung derita, hati pun sakit bila dapat tahu itu ini tak cover.
Malahan terpaksa berhutang pula! Aduhhhhh!!



Kalau anda mahukan faedah hospital yang menyeluruh, dapatkan medical
kad yang ada emergency service. Pastikan medical kad anda :-



1) Beri coverage yang menyeluruh, dari deposit kemasukan, guarantee letter dan 
bayaran bil akhir terus menerus ke hospital



2) Ditanggung oleh syarikat insurans yang strong, kukuh dari segi kewangan 
supaya dia mampu bayar tuntutan anda



3) Ada benefit GUARANTEED RENEWAL



4) Seeloknya medical kad dibeli berasingan dari life policy



5) Service kecemasan yang cekap 24jam sehari, 365hari setahun



6) Rekod tuntutan yang cemerlang dan cekap.



7) Memberi maklumat yang lengkap dan telus agar tidak ada syarat
tersembunyi seperti co-insurance, pengecualian tuntutan, penyakit
sedia-ada dan sebagainya.



8) Diuruskan oleh konsultan yang berpengalaman dan professional
(sebagai rujukan bila ada perkara berbangkit atau emergency di luar
waktu kerja).



9) Pilih pelan faedah yang tertinggi yang anda mampu bayar berterusan. Jangan 
sekadar pilih paling minima sahaja.





NASIHAT PALING PENTING - BELI MEDICAL KAD SEKARANG SEMENTARA ANDA MASIH
SIHAT. Sebab kalau anda sudah ada penyakit tertentu, bukan sahaja anda
perlu berikan laporan perubatan lama, malahan penyakit tersebut mungkin
dikecualikan dari coverage atau permohonan anda ditolak sama sekali
(kalau penyakit agak serius).



Medical kad HANYA BOLEH DIBELI DENGAN KESIHATAN. KALAU KESIHATAN DAH
TAK MENGIZINKAN, ADA DUIT RM100,000 PUN TAK LAKU NAK BELI MEDICAL KAD
LAGI.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan medical kad seperti jadual
faedah, syarat tuntutan, jumlah caruman dan lain lain maklumat, anda
boleh hubungi saya. Jangan segan untuk bertanya, tak dikenakan bayaran
pun ….



"PERLINDUNGAN BENCANA KEWANGAN"



Ahmad Nazri Zakariya

012 – 554 2058 \ [email protected] \ 
http://perlindunganbencanakewangan.blogspot.com/

Consultant MAA Takaful Investment Link

Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)

A corporate agency with MAA Assurance Berhad & MAA Takaful Berhad











      

Kirim email ke