Ataupun anda merasakan bahawa pekerjaan yang anda lakukan tidak serasi dengan 
anda dan kerjaya tersebut sebenarnya bukan yang anda impi-impikan selama ini? 

Jika anda berada dalam dilema untuk memilih, UJIAN APTITUD mungkin boleh 
memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang sedang anda cari selama ini. 

UJIAN APTITUD bertujuan untuk memberikan panduan kepada sesiapa sahaja yang 
ingin berjaya dalam karier masing-masing. UJIAN APTITUD dapat membantu anda 
menilai kebolehan diri anda dan seterusnya mentafsir bidang yang sesuai dengan 
kebolehan dan tahap pemikiran anda. 

Tidak kira apa jua sebab anda mencuba UJIAN APTITUD, ujian ini akan membantu 
anda membuat keputusan yang lebih baik tentang masa depan karier anda dan 
seterusnya hala tuju hidup anda!

Sekarang ini, kita banyak mendengar cerita tentang kebanyakan remaja atau 
graduan yang bekerja tetapi apabila ditanya tentang pilihan mereka, mereka 
hanya menjawab, "Saya hanya mendapat kerja ni. Jadi, saya kerja saja dulu, 
lebih baik daripada tidak dapat bekerja langsung.". Fenomena ini agak 
menyedihkan. Sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda minati, anda 
tidak mungkin berpeluang untuk mengeksploitasikan kebolehan anda. Hal ini juga 
satu 'pembaziran' sumber manusia dan boleh mengakibatkan rasa kekosongan dan 
kekecewaan pada diri anda. 

Kebanyakan individu akan cenderung untuk memilih pekerjaan yang menawarkan gaji 
yang tinggi atau bekerja di syarikat yang lebih stabil sebagai pengisian untuk 
jangka masa pendek. Namun, yang membimbangkan kesannya untuk jangka masa yang 
panjang. Bayangkan anda terpaksa melakukan kerja yang tidak anda sukai untuk 
bertahun-tahun lamanya!

Terdapat dua perkara penting yang harus anda ketahui sebelum anda memilih 
sesuatu kerjaya.

1. Anda harus mengenali diri anda sendiri.
2. Anda harus mengetahui peluang yang ada untuk anda di luar sana.

Kerjaya yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak sesuai dengan diri anda. 
Jadi, inilah masa untuk anda membuat keputusan dengan menilai diri anda sendiri 
daripada segi kebolehan dan keinginan anda.


UJIAN APTITUD dapat membantu anda merancang kerjaya anda secara teratur. Semua 
ujian yang disediakan dapat memberikan panduan berkaitan kerjaya yang sesuai 
untuk anda, iaitu:

1. Mampu menyerlahkan kebolehana dan kekuatan diri anda
2. Sesuai dengan perlakuan dan cara hidup anda (personaliti)
3. Apa yang dapat merangsang pemikiran dan minat anda (motivasi)



Aspek Kebolehan
Perkara yang perlu dikenal pasti adalah mengenali diri anda yang sebenar. Anda 
perlu mengetahui kebolehan anda dan perkara yang dapat dilakukan untuk 
menggunakan kebolehan anda secara maksimum.


Sekiranya anda sedang melakukan pekerjaan yang tidak anda minati, kebolehan 
sebenar anda tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini mungkin 
menghalang majikan anda untuk mendapat gambaran yang sebenar tentang prestasi 
kerja anda. 


Oleh itu, untuk mengenal pasti kekuatan diri anda, anda harus menjalani Ujian 
Kebolehan. Ujian Kebolehan ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan yang 
tidak semestinya lahir daripada pembelajaran dan pengetahuan. Ujian yang diberi 
akan menguji tahap anda memahami dan menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah 
dalam tugasan seharian.

Fail pdf Ujian Kebolehan boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik di 
sini.


Aspek Personaliti

Fitrah perlakuan manusia ialah kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam apa-apa 
jua keadaan (fleksibel). Atas alasan inilah kebanyakan orang dapat melakukan 
kerja yang tidak disukai oleh mereka selama bertahun-tahun lamanya. 


Majoriti majikan sekarang amat menitikberatkan kesesuaian peribadi pekerja 
dengan tugasan yang akan dilakukan. Oleh itu, banyak syarikat memerlukan anda 
untuk membuat ujian penilaian dahulu sebelum memulakan temu duga kerana perkara 
ini sediki sebanyak dapat memberikan gambaran yang sebenar tentang diri anda 
sama ada terdapat kesesuaian atau tidak dengan jawatan yang ditawarkan. 


Jika seseorang pekerja itu tidak berminat akan kerja yang dilakukan, secara 
tidak langsung, produktiviti syarikat akan terjejas. Oleh itu, keserasian 
personaliti seseorang pekerja dan tugas amat penting.


Ujian Personaliti akan menganalisa pemikiran, perasaan dan perlakuan anda. 
Dengan itu, anda harus menjawab semua soalan dengan jujur dan fikiran yang 
terbuka untuk mendapatkan takrifan yang tepat tentang personaliti anda.


Ujian Personaliti adalah berbeza dengan Ujian Kebolehan kerana tiada jawapan 
yang betul atau salah. Apapun jawapan yang anda berikan adalah datang dari 
dalam diri anda sendiri. Takrifan daripada keputusan ujian akan memberi anda 
panduan tentang kerjaya yang sesuai dengan diri anda.

Fail pdf Ujian Personaliti boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik 
di sini.



Aspek Motivasi

Jika anda bertanya kepada seseorang tentang perkara yang mereka minati, mereka 
mungkin dapat memberikan jawapan kepada anda tanpa berfikir panjang. Hakikatnya 
perkara itu tidak semudah yang difikirkan. Kebanyakan orang tidak pasti apa 
yang dapat dilakukan oleh mereka dan peluang yang ada untuk mereka. Sesetengah 
individu mengimpikan satu perkara yang tidak mungkin dicapai. Jadi, untuk 
memastikan anda mencapai impian anda, anda perlu membuat Ujian Motivasi.


Ujian Motivasi akan membantu anda mengenal pasti silap anda dalam memilih 
cita-cita. Kebanyakan remaja mendapat motivasi daripada orang di sekeliling, 
mentor dan keluarga sendiri. Sebagai contoh, jika ditanya soalan yang berkaitan 
cita-cita kepada remaja yang ayahnya seorang doktor yang berjaya, besar 
kemungkinan jawapannya adalah untuk menjadi seorang doktor. Persoalannya, 
adakah kerja sebagai doktor itu sesuai dengan kebolehan dan personalitinya? 


Tidak kurang juga, ada yang berpendapat bahawa jika diberikan peluang, mereka 
dapat membuat keputusan yang lebih baik daripada seseorang ahli politik, dapat 
menyanyi lebih baik daripada penyanyi terkenal dan sebagainya. Namun, perkara 
yang paling utama sekarang adalah untuk mengetahui minat anda dan mengenal 
pasti sama ada minat itu dapat memberi anda kepuasan untuk jangka masa yang 
panjang.


Ujian Motivasi adalah mudah. Anda hanya perlu memilih jenis pekerjaan yang anda 
suka lakukan daripada dua pilihan. Anda juga harus membayangkan pekerjaan itu 
dan bertanya pada diri anda sendiri sama ada tugasan yang perlu dilakukan 
bersesuaian dengan jiwa anda. 


Jika semua aspek tentang perkara ini digabungkan, ini dapat memberikan gambaran 
tentang sejauh mana anda akan berjaya dalam sesuatu bidang sekiranya anda 
berusaha dengan gigih.

Fail pdf Ujian Motivasi boleh dimuat turun di Ruangan Muat Turun. Sila klik di 
sini.



Adakah wujud faktor-faktor yang tidak dapat diukur?

Jawapannya, ya. Pertama, ada beberapa jenis pekerjaan yang memerlukan ciri-ciri 
fizikal yang mungkin tiada dalam diri anda. Kedua, halangan daripada segi 
kelayakan akademik. Jika minat anda menjurus kepada bidang perubatan, tetapi 
anda tidak mempunyai kelayakan akademik untuk menjadi seorang doktor ataupun 
jururawat, sudah tentu amat sukar untuk merealisasikan impian anda. 


Jadi, UJIAN APTITUD hanyalah sebagai panduan untuk anda mengenal pasti 
kebolehan anda untuk disesuaikan dengan kerjaya yang anda minati. Ujian ini 
juga dapat membantu anda membuat keputusan sama ada kerjaya anda sekarang 
sesuai atau tidak dengan diri anda. 


Terdapat tiga set ujian, iaitu:

Ujian Kebolehan - Ujian 1 hingga Ujian 7

Ujian Personaliti - Bahagian 1 dan 2

Ujian Motivasi - Bahagian 1


Anda harus menjawab kesemua soalan yang dikemukakan untuk mendapat penilaian 
yang sebenar tentang kebolehan, personaliti dan motivasi yang anda miliki. 
Selamat mencuba!



Maklumat lanjut berkenaan buku UJIAN APTITUD: Tentukan kerjaya anda! ini boleh 
didapati di www.books.perintis.com.my atau sila berhubung dengan Cik Nor di 
talian 03-9019 5303.

Kirim email ke