Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Banyak buku-buku motivasi mencadangkan agar kita membuat sesuatu membolehkan kita nampak apakah matlamat atau target kita.
Sebagai contoh, kalau anda rasakan yang bahasa Inggeris boleh membantu anda untuk cepat naik pangkat dan mungkin memudahkan anda untuk mendapatkan kerja di syarikat2 antarabangsa maka anda boleh letakkan sebagai contoh logo2 syarikat yang anda ingin sertai itu dan tampalkan di bilik anda. Ataupun dengan kenaikan pangkat yang anda inginkan itu boleh merialisasikan impian anda membeli kereta mewah atau MPV yang lebih besar untuk keluarga anda maka anda boleh letakkan gambar kereta `atau MPV itu di pejabat anda atau di bilik anda. Dengan cara ini, setiap kali anda melihat gambar2 ini anda akan teringat apakah target atau idaman anda dan ini akan lebih memotivasikan anda untuk bekerja keras dalam meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anda itu. Dalam masa 3 tahun saya mengajar bahasa Inggeris secara sepenuh masa saya rasa faktor paling penting yang membolehkan pelajar-pelajar saya menjadi mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat ialah Motivasi dan Keazaman. Ada yang cuma hadir ke kelas tanpa keazaman dan motivasi dan ini menyebabkan mereka lambat mahir dalam bahasa Inggeris mereka. Jadi cuba lah kaedah ini dan mungkin ianya akan membantu anda dalam apa sahaja yang anda inginkan dan impikan. Jumpa lagi di lain kali. Yusoff
