Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebenarnya saya dah lama nak memulakan siri Back to Basics Berniaga tapi 
biarkanlah saya mulakan dengan sedikit maklumat yang telah saya baca semalam di 
ruangan Business dalam The Star.

Menurut Nestle (M) Bhd.,adalah dianggarkan yang orang Malaysia membelanjakan 35 
sen dari setiap RM1 yang mereka belanjakan untuk out-of-home food and beverage 
market ataupun untuk pasaran makanan dan minuman luaran. Menurut MD Nestle, 
adalah dijangkakan yang peratus ini akan meningkat kepada 40 sen bagi setiap 
RM1 yang dibalanjakan.

Berapakah nilai pasaran ini? Pada masa sekarang ianya bernilai RM11.2 bilion 
setahun!

Ini bermakna jika anda gunakan analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, 
Threat analysis) maka ini adalah satu  Opportunity atau Peluang besar pada anda.

Salah satu strategi SWOT ialah strategi SO iaitu menggunakan Strength atau 
Kekuatan anda  untuk mengambil kesempatan dari Opportunity atau Peluang ini.

Sebagai contoh jika anda pandai memasak anda boleh ambil peluang ini dengan 
membuka warung atau kedai makan. Jika anda ingin cuma bekerja dari rumah maka 
anda mungkin boleh buat perkhidmatan penghantaran makanan ke pejabat-pejabat. 

Selain pejabat anda juga boleh membuat perkidmatan menghantar lauk-lauk ke 
rumah-rumah di kawasan kejiranan anda. Ini satu peluang yang turut timbul oleh 
kerana ramai orang telah memberhentikan perkhidmatan orang gaji kerana kenaikan 
gaji.

Kesimpulannya ialah anda perlu sentiasa memantau peluang-peluang yang wujud di 
Malaysia ini dan cuba mengambil kesempatan dari peluang-peluang yang akan 
datang lagi di masa akan datang.


Yusoff


Kirim email ke