Kaedah Permulaan Perbualan :
Menyapa Orang Lain
dan Memperkenalkan Diri
(Dipetik daripada buku
Perbualan Sehari-hari Dalam
Bahasa Inggeris)
Oleh:
Mohd
Yusoff Noordin
Hakcipta Terpelihara Perintis Publications
Dengan
menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda
sebenarnya belajar
cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu
berdasarkan tujuan perbualan
itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda
cuma belajar
teknik untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian
menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.
Tujuan 3:
Menyapa orang lain dan memperkenalkan diri
Cara anda menyapa orang lain dan
memperkenalkan diri akan membentuk imej anda
pada pandangan
orang lain, terutamanya apabila pertama kali
anda berjumpa
dengan orang tersebut. Jadi, adalah amat
penting untuk anda
menggunakan bahasa dan cara yang betul dan
berhemah apabila anda
menyapa orang lain dan
memperkenalkan diri. Berikut
adalah beberapa cara yang boleh anda
gunakan untuk memulakan perbualan:
Menyapa orang lain
Anda cuma perlu menyapa orang lain
apabila pertama kali berjumpa dengan orang itu
pada hari itu.
Pastikan sapaan anda itu bersesuaian dengan
masa.
Hello/Hi.
Good morning.
Selamat pagi.
* Good morning digunakan
apabila anda berjumpa dengan seseorang pada
waktu pagi sebelum
pukul 12 tengah hari.
Good afternoon.
Selamat petang.
* Good afternoon
digunakan apabila anda berjumpa dengan
seseorang pada waktu
petang selepas pukul 12 tengah hari hingga
pukul 6 atau 7 petang.
Good evening.
Selamat malam.
* Good evening digunakan
apabila anda berjumpa seseorang pada waktu
petang/malam selepas
pukul 6 atau 7 petang.
Info
Good night
Walaupun sapaan Good
night kalau diterjemahkan secara bahasa akan memberikan
maksud
Selamat malam tetapi Good night tidak digunakan untuk
menyapa
orang lain pada waktu malam. Sebaliknya, good night
digunakan untuk mengucap selamat tinggal sebelum
berpisah pada waktu
malam ataupun untuk diucapkan sebelum tidur.
Memperkenalkan diri sendiri
My name is…
Nama saya…
Hello, … (name)
Hello, ... (nama anda)
Contoh:
Hello, Yusoff. (jika nama anda
Yusoff dan anda ingin perkenalkan nama anda
kepada orang yang
tidak mengenali anda)
Hi, … (name)
Hi, ... (nama anda)
I am…
Saya…
Selain sekadar memperkenalkan diri
anda dengan menyebut nama anda, anda boleh juga
memperkenalkan diri
anda sebegini:
I don’t think we’ve met, I’m…
/my name is…
Saya rasa kita tak pernah berjumpa,
saya…/nama saya…
Have we met before? I’m… /My
name is….
Pernahkah kita berjumpa sebelum
ini? Saya…/Nama saya…
Kursus Perbualan bahasa Inggeris Mudah akan saya mulakan pada 6hb Disember
ini.Kelas hari Ahad dan cuma perlu dtg 3 Ahad sahaja.
Hubungi saya di [email protected] atau 0193090711 jika berminat.
Yusoff
