Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera

 

Antara masalah yang dihadapi kita dalam bercakap
dalam bahasa Inggeris ialah sebutan yang betul. Ramai yang takut untuk bercakap
dalam bahasa Inggeris kerana takut tersalah sebut perkataan-perkataan dalam
bahasa Inggeris itu terutamanya perkataan-perkataan yang jarang mereka dengar.

 

Ada banyak sebab kenapa sebutan-sebutan
perkataan-perkataan bahasa Inggeris boleh menjadi sukar kepada kita.Antaranya
ialah:-

 

1. Setengah2 cara sebutan
perkataan-perkataan bahasa Inggeris tidak sama dengan cara sebutan 
perkataan-perkataan
bahasa Melayu kita.

 

2. Sesetengah perkataan-perkataan
bahasa Inggeris yang biasa kita dengar tidak disebut dengan betul oleh penutur 
di Malaysia ini.

 

3. Bahasa Inggeris cuma sekitar
20% sahaja asalnya dari bahasa Inggeris asli dan lebih 80% perkataan-perkataan
bahasa Inggeris itu dipinjam dari bahasa-bahasa lain seperti Latin, Perancis,
Itali, Cina dan juga bahasa Melayu kita. Banyak perkataan-perkataan bahasa
Inggeris yang dipinjam ini sebutanya kekal mengikut sebutannya dalam bahasa
asalnya seperti perkataan2 yang berasal dari Perancis seperti Grand Prix (x
tidak berbunyi), Bon Voyage, abattoir (di sebut abetwa).

 

4. Ejaan perkataan-perkataan
bahasa Inggeris itu tidak dibunyikan seperti ejaannya. Anda perlu berhati2
kerana banyak sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris jauh berbeza dari
ejaannya. Ada banyak perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang mempunyai ’silent
word’ atau pun huruf2 yang tidak dibunyikan seperti dumb ( b tidak dibunyikan),
plumber ( b tidak dibunyikan),bomber ( b tidak dibunyikan), debt ( b tidak
dibunyikan), extraordinary ( a dalam extra tidak dibunyikan)

 

5. Lain negara lain sebutan
mereka. Ini lebih kepada telo atau accent di mana perkataan yang sama dalam
bahasa Inggeris disebut berbeza di UK dan US atau pun di Australia. Di Malaysia
ini sebutan kita banyak dipengaruhi sebutan UK dan US dan mungkin juga sebutan
yang unik kepada orang Malaysia (Malaysian English)

 

Ada banyak cara anda boleh
gunakan untuk membantu anda dalam memastikan anda menyebut sesuatu perkataan
dalam bahasa Inggeris itu dengan betul.

 

1. Mendengar lebih banyak
program-program dalam bahasa Inggeris. Jika anda ingin sebutan cara UK maka
anda perlulah menonton cerita2, dokumentari dan berita dari negara UK. Kalau di
Astro di saluran Hallmark 702 ada rancangan dari UK seperti Midsummer Murders
dan Doc Martin. Anda juga boleh menonton berita BBC.

 

2. Menggunakan kamus elektronik
yang mempunyai fungsi sebutan. Anda juga boleh menggunakan Kamus Online yang
mempunyai fungsi sebutan.

 

3. Mengetahui penggunaan simbol
fonetik. Simbol fonetik ialah cara paling baik untuk anda mengetahui cara
sebutan yang betul untuk sebarang sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris.
Dengan mengetahui simbol2 fonetik ini anda akan tahu cara yang betul untuk
menyebut semua perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris tanpa ragu-ragu. 
Sesetengah kamus seperti Oxford Advanced Learner’s
Dictionary memberi simbol fonetik untuk sebutan US English dan UK English.

 

Diharap penerangan ringkas saya
ini boleh membantu anda dar segi sebutan2 perkataan-perkataan bahasa Inggeris. 
Cara
menggunakana simbol fonetik akan saya ajar dalam kelas pertama Kursus Perbualan
Asas BI yang bermula Ahad ini di Sunway dan juga di dalam kelas Asas-Asas BI di
Sunway pada 9 Januari dan 10hb Januari depan di Taman Melawati. Hubungi saya di
0193090711 atau di [email protected]






      

Kirim email ke