Assalamualaikum dan Salam
sejahtera



Jenis-jenis Verbs



Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, sebelum anda belajar secara
mendalam tentang Verb Tenses seperti Present tenses, Past Tenses,Future tenses
dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis Verb terlebih dahulu. Ini amat 
penting kerana
anda perlu tahu samaada Verbs yang anda akan gunakan itu boleh wujud dalam
semua Tenses atau tidak.



 Ada 3 jenis utama iaitu:-



1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif

2. Non progressive Verbs - Kata kerja tidak progresif

3. Mixed Verbs - Kata kerja campuran

 

Dalam artikel saya kali ini, saya akan menerangkan pula apakah itu Non
Progressive verbs.



2. Non Progressive Verbs  Kata kerja tidak progresif



Non progressive vebrs ialah Verbs yang tidak boleh ditambah ing untuk
menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive /continuous)



Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs yang bukan Physical Actions yang mana anda
boleh anda lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.

 

 

Antara jenis Verbs yang termasuk dalam kategori ini ialah:-

 

i. Possessive
verbs seperti have, own dan possess.



ii. Emotion verbs seperti love, hate, dislike dan sebagainya.

 

iii.
Abstract verbs seperti want, need, owe dan sebagainya.



Verbs jenis ini tidak boleh anda gunakan dalam bentuk Progressive Verbs.

 

Oleh kerana anda tidak boleh gunakan Non progressive
Verbs ini dalam bentunk Verb + ing maka anda hanya boleh gunakan ia dalam
bentuk tanpa ing walaupun anda ingin menerangkan tentang sesuatu yang berlaku
sekarang. boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-



1. Ali is having a Proton
Wira right now. Penggunaan Kala Present Progressive yang salah untuk
menujukkan pemilikan sekarang.

 

2.
Ali has a Proton Wira
right now.  Penggunaan Kala Simple
Present sepatutnya digunakan.

 


3.
Ali was having a Proton Saga
before this. 

Penggunaan Kala Past Progressive yang salah untuk menujukkan pemilikan
di masa lepas.



4. Ali had a Proton Saga before
this.

Penggunaan Kala Simple Past
yang sepatutnya digunakan untuk menunjukkan pemilikan di masa lepas.



Oleh itu, anda perlu berhati2 dengan penggunaan Non progressive Verbs ini dan
jangan gunakan dengan Progressive tense yang melibatkan penggunaan Verb + ing.

Kelas Fundamentals of English grammar saya akan
bermula Sabtu ini. Masih ada kekosongan jika anda berminat.



Nanti sambung lagi ya..



Yusoff

0193090711



Kirim email ke