Assalamualikum wr wb
Apa kata Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad Attamimi,
bahwa :
Sistem Ekonomi Islam itu haruslah Menurut Kehendak
Tuhan
Sistem ekonomi Islam tidak sama dengan sistem-sistem
ekonomi yang lain. Ia berbeda sekali dengan sistem
ekonomi yang lain. Itu bukan dari hasil rekacipta akal
manusia seperti sistem kapitalis dan komunis. Ia
adalah berpandukan wahyu dari Allah SWT.
Sistem ciptaan akal manusia ini hanya memikirkan
hal-hal yang berkaitan dengan perkara lahiriah
semata-mata tanpa menitikberatkan soal hati, roh dan
jiwa manusia. Hasilnya, matlamat&tujuan lahiriah itu
sendiri tidak tercapai dan manusia menderita dan
tersiksa karenanya. Berlaku penindasan, tekanan dan
ketidakadilan. Yang kaya bertambah kaya dan yang
miskin semakin miskin. Sedangkan sistem ekonomi Islam
pula tidak begitu,sangat berbeda.
Di antara ciri-ciri ekonomi Islam ialah:
1. Ekonomi Islam ada kaitannya dengan Tuhan
Orang Islam berekonomi dengan niat karena Allah dan
mengikut peraturan dan hukum-hakam Allah Taala.
Matlamat&tujuannya ialah untuk mendapat redha dan
kasih sayang Allah. Syariat lahir dan batin ditegakkan
dan hati tidak lalai dari mengingati Tuhan. Aktivitas
berbisnis dianggap zikir dan ibadah kepada Allah SWT.
Ia adalah jihad fisabilillah dan menjadi satu
perjuangan untuk menegakkan Islam dan mengajak manusia
kepada Tuhan. Sesibuk manapun kita berbisnis, Allah
SWT tidak dilupakan. Berekonomi dan berbisnis secara
Islam adalah di antara jalan untuk menambah bekalan
mendapat taqwa.
2. Ekonomi Islam - berlandaskan taqwa
Kegiatan ekonomi dalam Islam merupakan jalan untuk
mencapai taqwa dan melahirkan akhlak yang mulia. Ini
adalah tuntutan Tuhan. Kalau dalam sistem ekonomi
kapitalis, modalnya duit untuk mendapatkan duit,
tetapi dalam ekonomi Islam modalnya taqwa untuk
mendapatkan taqwa.
Dalam Islam, berekonomi adalah untuk memperbesar,
memperpanjang dan memperluaskan syariat Tuhan. Ekonomi
itu jihad dan ibadah. Oleh itu tidak boleh terkeluar
dari konsep dan syarat-syarat ibadah. Niatnya,
pelaksanaannya dan natijah&hasilnya mesti tepat betul.
Kegiatan ekonomi (berbisnis) atau perniagaan yang
dibuat itu tidak haram dan tidak melibatkan hal-hal
yang haram. Ibadah asas seperti sholat, puasa dan
sebagainya tidak boleh ditinggalkan. Kalau sholat
ditinggalkan, ibadah berekonomi sepertimana juga
ibadah-ibadah yang lain akan dengan sendirinya tidak
diterima oleh Allah SWT.
Hasil dari ekonomi yang berlandaskan taqwa, akan lahir
ukhuwah dan kasih sayang, kemesraan, bertolong bantu,
bersopan santun, mendahulukan kepentingan orang lain
dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat yang luhur
(sifat-sifat Mahmudah). Pusat kegiatan ekonomi
berasaskan taqwa itu adalah pusat bina insan yang
cukup praktikal dan menguntungkan.
Semua yang terlibat dengan kegiatan ekonomi Islam ini
akan menjadi tawadhuk dan rendah diri. Akan terhapus
penindasan, penekanan, penzaliman dan ketidakadilan.
Tidak ada krisis, pertelingkahan dan tindakan
kriminalitas. Ketakutan dan kebimbangan akan lenyap.
Akhirnya masyarakat jadi aman, damai dan hidup penuh
harmonis.
Ekonomi Islam lebih mementingkan sifat taqwa daripada
modal keuangan yang besar. Ilmu, pengalaman,
kemahiran, kekayaan sumber alam dan sebagainya. Orang
bertaqwa itu dibantu Tuhan seperti dalam firman-Nya
yang maksudnya:
Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa (Al
Jasiyah: 19).
Orang yang bertaqwa itu, usahanya sedikit tetapi
hasilnya banyak. Apatah lagi kalau usahanya banyak.
Kalau orang yang bertaqwa menghadapi masalah, Allah
akan mengadakan baginya jalan keluar dan dia diberi
rezeqi oleh Allah dari sumber-sumber yang tidak
disangka-sangka.
3. Ekonomi Islam penuh dengan suasana kekeluargaan
Dalam pusat kegiatan ekonomi Islam di mana ada tuan
pemilik atau pengurus (team menejerial) dan pekerja,
terjalin kemesraan dan kasih sayang seperti dalam satu
keluarga. Pengurus bagaikan ayah.
supervisor-supervisornya seperti kakak dan abang. Para
pekerja seperti anak. Ayah menjaga keperluan
lahir&batin anak-anak. Itu termasuk didalamnya hal
didikan agama, makan minum, keselamatan, kesehatan,
pakaian, tempat tinggal, kebajikan dan sebagainya.
4. Ekonomi Islam - penuh dengan nuansa kasih sayang
Islam menganggap berekonomi itu ibadah. Iaitu ibadah
dalam hal khidmat&pelayanan kita kepada sesama
manusia. Manusialah yang Tuhan tuntut supaya kita
berkasih sayang dengan mereka.
Justru itu, pelanggan dan golongan masyarakat tidak
dipandang seperti orang lain bahkan saudara-mara.
Pelanggan yang datang ketempat pusat kegiatan bisnis
kita dilayan sebaik mungkin seperti tetamu yang
datang. Mereka datang membawa rahmat dan kembalinya
menghapuskan dosa. Pelangganlah tempat mereka
mencurahkan bakti dan khidmat pelayanan. Pelanggan
jugalah orang yang membantu mereka memperbaiki dan
mendidik hati. Oleh itu, pelanggan sungguh mahal dan
sungguh istimewa. Mereka diberi kemesraan dan kasih
sayang. Berbakti dan berkhidmat bukan sekedar melayani
pelanggan apa yang mereka mau. Itu termasuk pembelaan
dan kebajikan. Kalau ada pelanggan yang memerlukan
barang-barang dan khidmat tetapi nyata tidak mampu
membayar harganya, demi Tuhan yang mengurniakan kasih
sayang, dia diperbolehkan membayar ikut sesuka
hatinya. Kalau dia fakir dan miskin sehingga tidak
mampu bayar langsung, maka menjadi tanggungjawab pihak
yang berbisnis pulalah untuk memberikan keperluannya
itu dengan secara gratis. Tuhanlah yang akan
membayarkan untuknya. Inilah ekonomi taqwa dan kasih
sayang.
ekonomi kapitalis, tidak ada kasih sayang. Mereka
hanya maukan duit dari para pelanggan. Jangankan
hendak membantu manusia, bahkan mereka sanggup
menyusahkan, menekan, menindas dan menipu manusia demi
untuk mengejar keuntungan.
5. Ekonomi Islam keuntungan usahanya untuk
kepentingan masyarakat
Dalam ekonomi Islam, keuntungan ada dua bentuk. Satu
adalah keuntungan maknawi dan satu lagi keuntungan
maddi (material). Islam mengajar pakar ekonomi dan
pelaku bisnisnya untuk mengutamakan untung maknawi
daripada untung material. Kalaupun ada keuntungan
material, itu perlu diarahkan kembali dan dipergunakan
untuk kepentingan masyarakat. Islam tidak menganjurkan
keuntungan material ditumpukan kepada diri sendiri,
keluarga, kelompok atau golongan. Keuntungan bisa
diambil sekadar yang perlu tetapi selebihnya mesti
dikembalikan kepada Tuhan melalui bantuan kepada fakir
miskin dan masyarakat. Inilah apa yang dikatakan
bersyukur.
Ekonomi Islam lebih mementingkan khidmat&pelayanan
kepada masyarakat daripada mengumpulkan keuntungan
material yang besar. Keuntungan material kalaupun ada,
perlu disalurkan kembali kepada masyarakat.
6. Ekonomi Islam tidak ada hutang yang berunsurkan
riba
Islam tidak membenarkan riba. Iaitu pinjaman berfaedah
(berbunga) tetap untuk jangka masa yang tertentu.
Islam ada cara tersendiri untuk membina model dan
keuangan. Diantaranya ialah mudharabah, musyarakah,
berkorban dan sebagainya.
Riba mencetuskan berbagai masalah dan krisis. Itu
sangat menekan, menindas dan mencekik si peminjam. Si
peminjam bisa terjerat dalam satu ikatan yang dia
tidak mampu mengungkaikan atau terjatuh ke dalam satu
lubang yang dia tidak mampu keluar. Orang atau lembaga
yang memberi pinjaman riba menjadi kaya tanpa usaha.
Dia menjadi kaya atas titik peluh orang lain.
Riba dalam ekonomi membuatkan harga barangan dan
khidmat menjadi tinggi karena untung yang berlebihan
terpaksa dicari untuk membayar kadar faedah riba.
Usaha ekonomi yang berasaskan riba juga tertakluk
kepada tekanan karena lagi lama pinjaman tidak
dibayar, lagi banyak faedah atau bunga.
wassalam,
mohammat safiri
0189 7671913
____________________________________________________________________________________
Got a little couch potato?
Check out fun summer activities for kids.
http://search.yahoo.com/search?fr=oni_on_mail&p=summer+activities+for+kids&cs=bz