Salamun'alaik..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam
di muka bumi ini.
Mungkin namanya kini dah ramai yang dah kenal. Mungkin dah jumpa pun.. Mungkin
kenal pulak tu.. Mungkin juga ada yang cuma kenal dari suaranya.. Tapi apa kata
kali ni, jom kita intai interview dengan Al Ustaz Akhil Hayy..
Ini gambar intro..
Akhil (dua dari kiri), di zaman rock tak ingat punya!!
WALAUPUN tidak segah Search, Wings, Sweet Charity atau Lefthanded, rasanya
ramai rockers yang mengenali DRiyadh. Band yang dianggotai empat anak muda
dari Gopeng, Perak ini mula dikenali selepas menjuarai pertandingan band
Bintang Box Office pada lewat 80-an dulu sebelum disambar label PMC dan
menghasilkan album sulung Media 88-89.
Line-up yang terdiri daripada Akhil (vokal), JP (gitar), Eman (bass) dan E.E
(dram) mudah menarik perhatian khalayak kerana selain berbakat, muka pun cute
dan hensem! Hahahaha!! Standard la, tipikal industri muzik Melayu!
DRiyadh dah lama berkubur. Impaknya pun tak la sebesar mana, tapi nama ini
terus menjadi sebutan. Ini kerana Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy,
37, yang sudah berhijrah dan kini cukup popular sebagai ustaz, penceramah dan
pendakwah bebas. Rasanya ramai yang pernah dengar atau tonton ceramahnya.
Sempoi, kan? Heheh
Atas bantuan saudara Aliph (rakan serock aku), kami berdua sempat duduk
berborak-borak dengan Ustaz Akhil sementara nak tunggu waktu Maghrib di sebuat
mesjid dekat Cheras, tak lama dulu.
Mungkin ramai dari korang yang pernah baca kisah Akhil ni kat mana-mana majalah
atau surat khabar. Tapi yang ni aku cuba fokuskan pada zaman rock dia dulu,
bila mendapat hidayah dan pengalamannya. Sempoi lepak dengan mamat ni, kelakar
pulak tu. Sebenarnya dia dah biasa membahasakan diri sebagai ana dan memanggil
orang anta, tapi bila bersembang bab rock, keluar jugak aku, kau, lu, gua
semua! Heheh
So, untuk memudahkan, biar la aku letak saya aje.
Apa aktiviti sekarang?
Saya kini aktif sebagai pendakwah dan penceramah bebas. Saya banyak mengadakan
ceramah sempena Israk Mikraj, Maulidur Rasul dan macam-macam la event Islam.
Tapi itu antara yang bermusim la. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat
undangan ceramah ke merata surau, masjid, sekolah dan pusat motivasi di seluruh
negara termasuk la Singapura.
Saya juga masih menyanyi sebenarnya, tapi dalam aura keislaman. Baru-baru ini
saya pernah ke Thailand mengadakan konsert kesenian Islam bersama In Team.
Selain tu, saya mengajar al-Quran di Ipoh di samping mempunyai perniagaan di
sana. Dan, saya juga menetap di Ipoh.
Dulu, macamana boleh terbabit dengan band rock ni?
Biasa la, tahun 80-an adalah era ekplosif muzik rock, kan? So, saya pun ikut
sama terpengaruh. Mula-mula biasa la kan, rock kapak mesti start kat kenduri
kahwin kan? Pengalaman pertama DRiyadh kat kenduri kahwin la. Lepas tu pada
1988 kebetulan Ali Bakar anjurkan pertandingan band Bintang Box Office dan
kitorang cuba nasib. Tak salah saya masa tu ada 113 band rock dari seluruh
negara yang bertanding. Alhamdulillah, kami menang dan dapat offer recording
contract daripada PMC.
Konsep asal yang kami nak ialah heavy metal. Ye lah, masing-masing influence
Led Zeppelin, Iron Maiden, Loudness, Poison, Motley Crue, tapi terpaksa ikut
cakap record company. So, buat la muzik apa yang diorang nak. DRiyadh
sebenarnya tak top mana pun. Kami bertahan tak sampai tiga tahun. Lagipun masa
kami keluar album, kebetulan Wings baru meletup. So, diorang betul-betul pukul
habis la! Tak terlawan la masa tu.
DRiyadh tu apa? Bukan ibu negara Arab Saudi ke?
Heheh
saya adalah keturunan Rawa yang banyak bermastautin di daerah Gopeng.
Dalam bahasa Rawa, YADH tu bermaksud garisan. Jadi, maksudnya adalah DIRI dan
GARISAN = DRIYADH. Kalau dengar balik intro beberapa lagu kami, ada pengaruh
muzik Arab sebenarnya. Saya pulak ada basic dalam pengajian al-Quran, so,
lenggok nyanyian pun lebih ke arah itu.
Masa mula-mula buat band dulu macamana?
Susah jugak. Kami takde sapa-sapa yang sponsor. Semua keluar duit sendiri. Cara
nak dapatkan duit, kami jual durian kat kampung. Heheh
rasanya cerita jual
durian tu ada keluar dalam majalah dulu. Life masa tu pun asyik pikir nak
seronok je. Hari-hari lepak kat shopping complex. Biasa la masa tu dah tak
duduk dengan orang tua, kira nak cari life yang betul-betul rock la. Heheh.
Dalam banyak konsert DRiyadh, yang mana satu yang tak boleh dilupakan?
Konsert di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang pada 1990. Kami bersama Rahim
Maarof dan Gersang jadi opening act untuk Search. Crowd memang ramai gila!
Penuh satu stadium tu!! Memang best betul. Paling best sebab semua artis masa
tu pegi naik bas khas dari KL. Dan, konsert tu sebenarnya adalah sebahagian
daripada babak dalam filem Fenomena arahan Aziz M Osman. Tapi yang keluar
Search aje la
heheh.
Err
sekarang pun saya masih mengikuti perkembangan muzik rock tempatan. Saya
masih ambil tahu walaupun saya dah macam sekarang ni.
DRiyadh pun tak lama kan?
Ha ah
Lepas juara Bintang Box Office tu, Ali Bakar offer untuk album kompilasi
Hikayat Rock, lepas tu album Pancakara Cakrewala dan kemudian baru la keluar
full album debut kami iaitu Media 88-89. Lepas tu memang banyak problem,
bermula dengan drummer, E.E yang menarik diri. Lepas tu cuba cari drummer lain,
tapi semuanya tak kena, tak ngam sehinggalah kami jumpa Aah, bekas drummer
Ikrar. Sambil tu kami dalam proses nak lahirkan album baru, tapi tak jadi sebab
banyak sangat problemnya.
Akhirnya kami tinggal bertiga. DRiyadh pun dah takde dan kami tubuhkan band
trio iaitu Lang Asia. Konon-konon band tu cool la, nak buat stail busking. Dan,
masa tu dah rasa otai dan rambutnya pun dah panjang gila. Kira cool abis la!
Hahaha! Masa tu kami dengan label Muzik Matahati, milik Pak Hussein, bapak
kepada Ruhil. Dia pun merata-rata bawak kami dan janji nak buatkan album, tapi
banyak sangat problem dan antaranya ialah duit. Akhirnya semua tak jadi dan
habuk pun tarak!
Kami jugak pernah diketawakan oleh M Nasir. Masa tu seingat saya di perkarangan
studio TV3 di Bangsar dan Nasir tanya, Album DRiyadh sebelum ni jual berapa
banyak? Kami cakap tak banyak la, ada la dalam belasan ribu. Lepas tu dia
boleh cakap, Hmm
kalau banyak tu nak beli ganja pun tak lepas! Heheh
sampai
macam tu sekali dia perli kami. Biasa la, benda-benda negatif dengan rockers
memang sinonim kan? Heheh.
Bagaimanapun, kami nekad jugak nak buat album, tapi tak jadi jugak sampai la
Lang Asia pun berpecah. Saya pulak cuba-cuba nak buat album solo selepas
ditawarkan oleh seorang produser, Yusri Yusuf. Dan, nasib saya malang lagi
apabila projek tu pun tak menjadi.
Bagaimana penghijrahan itu berlaku?
Lepas Lang Asia berpecah dan projek album solo saya tak menjadi, saya membuka
gerai makan di Taman Beringin, Jinjang pada hujung 1991. Ok la jugak, tempat tu
kira jadi port mat-mat rock la. Walaupun minat dalam bidang seni tu masih ada,
tapi saya dan blur, dah boring serta tak tau mana arah tuju pasal apa yang
diharapkan dalam bidang seni semuanya tak menjadi.
Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa
dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan,
tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak. Saya kembali jadi
budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik
ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Alhamdulillah, saya memang sejak
kecil dididik arwah abah dengan agama dan itu saya memang tak pernah lupa,
walaupun sebelum itu ia kerap saya tinggalkan. Kira back to basic la
Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau
Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia. Di sanalah saya buang segala
sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat
pertama dalam diri saya adalah di sana. Peringkat kedua adalah selepas pulang
ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke
Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.
Selain diri sendiri, arwah abah adalah orang yang memainkan peranan besar dalam
mengembalikan saya ke pangkal jalan. Dia la pembuka jalan yang sebenarnya.
Selain tu arwah datuk saya iaitu Haji Daud Nordin. Dia pun banyak ajar saya.
Bila pulak start berdakwah secara serius?
Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat
Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di
pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya
menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996.
Lepas tu orang mula kenal dan kedudukan saya sebagai penyanyi sebelum tu
sebenarnya membantu jugak. Bagaimanapun orang betul-betul kenal saya selepas
mengadakan ceramah di Kajang pada 1998. Ha
bermula dari situ orang sudah mula
mengundang saya secara solo, tidak lagi sebagai penceramah undangan. Sebelum tu
banyak jadi opening act untuk alim ulama lain.
Macamana keadaannya masa mula-mula dapat turning point atau taufik dan hidayah
tu?
Masa tu muzik pun tak nak dengar dah! Buat pertama kalinya dalam hidup saya,
jiwa saya tak boleh menerima muzik. Tapi ye lah, kita masih hidup di alam nyata
dan belum lagi di syurga. Jadi, ada cara hidup di dunia yang boleh membuatkan
kita tidak terlalu asing di mata masyarakat. Jadi, dalam masa saya memantapkan
diri, mengaji, saya masuk ke dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, saya
adalah umat pertengahan tidak terlalu fanatik dan tidak terlalu mengambil
tahu.
Yang penting, apa yang Allah swt perintahkan, kita mampu untuk lakukannya, maka
lakukanlah. Simple je. Allah swt akan tunjukkan mana yang baik dan tidak. Saya
memilih untuk terus menyanyi, tapi dengan aura keislaman kerana saya tahu seni
adalah salah satu alternatif yang boleh mengajak remaja.
Pandangan ustaz mengenai generasi baru rockers ni?
Dulu tak semua rockers yang berpendidikan tinggi macam sekarang. Tapi saya
perhatikan banyak rockers sekarang ni mudah terpengaruh kepada perkara-perkara
tak betul terutama ajaran sesat. Kita kena agak-agak la, dalam mengenali Islam
ini tiada jalan pintas. Bukan just terus berubah je! Kena duduk dulu beruzlah.
Saya nampak rockers sekarang ada visi, tapi mudah sangat terikut-ikut. Jadi,
kalau dah ada basic agama tu boleh lah balancekan. Kalau tidak boleh terjerumus
sehingga sampai ke peringkat di mana dia boleh katakan apa saja yang
dilakukannya adalah dakwah, tapi dia tak tau haram itu tetap ada. Prinsipnya
kena memahami, bukan main belasah je. Kalau belasah saja tu la yang melingkup
tu!
Ceritakan keindahan di pentas rock dan pentas dakwah. Mesti banyak
perbezaannya, kan?
Tentu sekali. Bagi saya, pentas rock hanya untuk orang muda saja. Dulu kalau
show kita ramai yang datang, crowd pulak sporting dan kita dapat menghiburkan
orang lain dengan muzik rock, itu sudah dikira sebagai satu keindahan dan
kepuasan maksima. Kira zaman tu apa yang Poison dengan Motley Crue buat, kami
pun nak buat sama! Hahaha!!
Tapi pentas dakwah ni lain. Pertama, kena berhati-hati kerana saya bercakap
mengenai hukum agama. Di depan saya pula adalah alim ulama yang lebih senior
dan lebih berpengalaman. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menerima
teguran daripada mereka.
Itu memang cabaran besar bagi saya kerana saya tak punya apa-apa. Lebih-lebih
lagi dengan latar belakang saya sebelum ini. Tentulah saya akan dipandang
sebelah mata oleh golongan terbabit. Tapi syukur kerana dengan pertolongan
Allah swt, ceramah saya terus diterima.
Keindahan sebenarnya itu kita kaitkan dengan agama pada jalan dakwah dan jangan
hipokrit. Cakap apa yang dirasakan perlu, tapi perlu diisi dengan ilmu tarbiyah
dari segi penyampaian supaya ia boleh diterima ramai. Indahnya juga apabila
perhimpunan atau majlis ilmu itu dinaungi malaikat. Saya juga tahu di mana
level saya sebagai penceramah di mana khalayak akan menilai saya.
Bagaimanapun, saat paling indah ialah apabila semua pengunjung ceramah saya
sama ada orang tua, muda dan kanak-kanak berzikir bersama. Itu menunjukkan
perpaduan dan itulah ketenangan yang tidak saya dapat semasa membuat
persembahan di konsert rock dulu. Dulu bila bawak lagu When The Smoke Is Going
Down dah rasa tenang, rileks, tambah pulak diiringi crowd yang beramai-ramai
menyalakan pemetik api. Memang la tenang, tapi bukan as-saqinah seperti yang
kita dapat ketika khusyuk dalam sembahyang.
Selain berceramah, ustaz masih menyanyi lagi. Dalam masa yang sama terpaksa
berhadapan dengan alim ulama lain di depan pentas. Rasanya susah jugak ye?
Memang susah terutama untuk menyesuaikan diri. Kadang-kadang jadi dilema.
Contohnya dalam satu majlis persembahan, ramai penontonnya adalah di kalangan
remaja dan dalam masa yang sama ada juga golongan alim ulama. Saya tak boleh
lebih-lebih sangat. Golongan remaja itu pulak tak mahukan stail tok-tok guru
kalau saya berkonsert, diorang nak saya sebagai artis!
Saya perlu tackle semua orang. Memang susah dan jawapannya saya tak boleh.
Sebagai manusia biasa, saya memang tak mampu jika dalam situasi begitu. Cuma
pada saya, jangan jadi hipokrit dan buat apa yang terbaik. Alhamdulillah,
golongan alim ulama itu tidak menolak hiburan. Mereka cuma menjaga kepentingan
masyarakat supaya kita sama-sama ingat bahawa berhibur itu boleh, tetapi
sama-samalah kita kawal.
Sebenarnya kedudukan saya ni susah jugak. Dulu orang dah kenal saya sebagai
penyanyi rock, tapi dengan keadaan sekarang ini saya masih menyanyi. Mungkin
ada yang ingat saya membawa pengaruh baru walaupun saya sudah berserban dan
berjubah. Tapi alhamdulillah selepas 16 tahun saya berdakwah, semua orang boleh
terima saya dengan baik. Maknanya saya yakin dengan apa yang saya buat. Niat
saya suci dan ikhlas untuk mengajar orang dan saya jaga batasannya sehingga
akhirnya boleh diterima orang.
* Akhil sekarang menetap di Ipoh dan memiliki kedai menjual peralatan ibadah,
buku, pakaian, kaset, vcd ceramah dan aksesori. Kedainya yang bernama AKHIL
HAYY RAWA ENTERPRISE terletak berhadapan taman tema air Lost World of Tambun,
Ipoh. Sejak 1995, dia berkahwin dengan Maizawati Zainal, iaitu salah seorang
peminatnya ketika bersama DRiyadh. Kini dikurniakan empat orang anak, dua
lelaki dua pompuan.
**______________________________________________**
Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..
**______________________________________________**
Terima Qaseh,
Wassalam..
Azri Al Aziz
[EMAIL PROTECTED]
Jemput serta jemaah kami di
Ana - Mutiara Muamalah Ummah
/Al Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[1]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. [2]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [4]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.[5]
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.[6]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat. [7]
Al Baqarah (Ayat Kursi)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang
Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan
dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya) [255]
Al Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; [1]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; [2]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; [3]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[4]
Al Falaaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk, [1]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; [2]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [3]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); [4]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".[5]
An Naas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian
manusia. [1]
"Yang Menguasai sekalian manusia, [2]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, [3]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, [4]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, [5]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". [6]
Amin Ya Rabbal Alamin..
____________________________________________________________________________________
Be a better sports nut! Let your teams follow you
with Yahoo Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/sports;_ylt=At9_qDKvtAbMuh1G1SQtBI7ntAcJ
[Non-text portions of this message have been removed]
Untuk bergabung ke milis Syiar Islam kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]
Website:
http://www.media-islam.or.id
http://syiarislam.wordpress.com
http://islamicbroadcasting.wordpress.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/