Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam
di muka bumi ini.
< [EMAIL PROTECTED] wrote:>
salam
kenapa x baca dlm bahasa arab
lebih afdhal dan cepat sampai doa kan??
bahasa alquran yg diajar oleh nabi....so ketgori sunnah>>
just share
comen lah
_______________________________________________________________
< [EMAIL PROTECTED] wrote >
Mengapa dalam bahasa Melayu..?
Bukankah bacaan semasa mendirikan solat itu wajib di dalam bahasa Arab??
Bukankah solat itu diajar di dalam bahasa Arab?
Harap dapat diperjelaskan. Terima kasih.
_______________________________________________________________________
Mohon tuan mod hide id saya.. terima kasih
Salam..
Maaf.. Saya ingin tanya, adakah perlu bacaan dalam solat perlu dijelaskan
mengikut bahasa Arab..?
Saya kadang-kadang merasa keliru dalam bacaan saya..
Yang manakah afdhal, adakah dengan tidak memahaminya adalah lebih baik kerana
dapat tumpu terus di dalam solat atau sebaliknya..?
Apakah panduan agar saya dapat memperkemaskan solat saya..?
Syukran
___________________________________________
Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam
di muka bumi ini.
Soalan yang baik.. Penjelasan ini tidak hanya ana jelaskan dari satu sudut. Dan
kurang jelas sekiranya ana hanya menjawab dari sudut soalan ini sahaja kerana
ia berkaitan dengan beberapa perkara penting yang lain.
Mari kita rujuk surah di bawah bagi menilai dan menjawab soalan tersebut..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? [1]
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, [2]
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang
miskin. [3]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan
ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang [4]
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; [5]
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan
bawaannya), [6]
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang
berhak mendapatnya). [7]
Surah Al Maa 'un
Pada surah ini pada ayat yang ke empat diterangkan "maka kecelakaan besar bagi
orang-orang Ahli Sembahyang". Mengapa bagi mereka yang ahli ibadah solah
mendapat kecelakaan besar..?
Ia dijelaskan di dalam ayat yang kelima yakni;
"(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya"
serta dijelaskan lagi pada ayat yang ke-enam
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan
bawaannya)
Jelas di dalam Al-Quran yakni mereka golongan ahli ibadah solat juga tidak
terlepas daripada kecelakaan atas beberapa perkara;
..mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
- Ada beberapa sudut lalai yang perlu diberi penekanan;
Ia semua berkait rapat dalam 'Penyerahan diri dalam ketaatan kepada Allah
(pasrah dan taqwa) dalam bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah
Subhanahu Wata'ala.'
..janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. Surah Al Araaf: Ayat
205
Ramai yang mendirikan solat akan tetapi tidak kerana imannya kepada Allah, ada
juga sekadar demi menjaga perasaan malu sesama manusia kerana memiliki pangkat
atau nama yang terkenal. Ada juga yang mendirikan solat kerana terpaksa, kerana
tidak mahu diperkatakan oleh orang-orang sekelilingnya.. Golongan yang lalai..
Lalai dari mendirikan solat demi kerana Tuhannya..
Masa;
Ini satu lagi masalah biasa yang disabitkan oleh umum yakni kesibukan dalam
bekerja. Pada mulanya ia sebagai alasan. Lama-lama kelamaan ia menjadi
kebiasaan. Dan inilah kelalaian dalam menunaikan solat pada awal waktu. Kita
perlu kenal perangai kita. Jika kita tahu, bahawa diri kita ini jika terlepas
pada waktu yang awal untuk mendirikan solat, maka ia akan mengheret untuk terus
melewatkan solat. Dan tidak mustahil kita menunaikan solat pada akhir waktu dan
akhirnya ada juga yang terlepas waktu..! Awalnya Cuma satu waktu solat yang
terlepas. Kita tangguhnya qadhanya.. Lama kelamaan dah menjadi seratus waktu,
dan kita mula tertanya bahawa ia adalah beban yang tak sanggup kita pikul
kerana terpaksa mengqadha solat seratus waktu atau selama beberapa tahun..!
Sekiranya cekal dan nekad mendirikan solat pada waktu yang awal demi kerana
tanggungjawabnya sebagai hamba Allah maka mendahulukan hubungan dengan Allah
sudah pasti dipelihara. Dirikanlah solat di awal
waktu, untuk mengelakkan iblis laknat menggoda kita untuk lewat mendirikannya
dan sejurus itu meninggalkannya.. (Jom kita tanya dalam hati.. Adakah aku
begini orangnya..?)
Disiplin:
Jika kita lihat kepada pengurusan masa Allah telahpun mendidik manusia dengan
mendisplinkan penggunaan masa bermula dengan solat!
Kita wajib menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Zohor, 'Asar, Maghrib,
Isyak dan Subuh..
Sebelum kita memulakan langkah mencari rezeki, Allah telahpun mengangkat
hambaNya untuk mendahulukan hubungan dengan Allah terlebih dahulu sebelum
menjalankan kehidupan atau bertugas seharian.. Jika kita tidak mahu boss potong
gaji atau denda atau memberi amaran buang kerja akibat 'punch-card' kita merah
mengapa tidak kita datang awal..?
Tidak kira siapa anda, jika anda pekerja anda tentu tidak mahu diambil
tindakan. Jika anda tuan punya syarikat anda tentu tidak mahu organisasi anda
atau perniagaan anda terganggu kerana kekurangan displin di bawah pimpinan
anda.. Jika anda panglima tentera, bagaimana pula jika orang bawahan anda tiada
disiplin..! Sudah pasti anda menerima teguran dari orang atasan, dan orang
atasan akan terima teguran daripada rakyat dan akhirnya rakyat tidak percaya
dengan pimpinan tentera..! Lihat bagaimana reaksinya..!
Begitu juga dengan solat..! Andai kita bersedia dengan awal waktu, maka kita
tidak mengejar masa, tidak mendirikan solat terburu-buru, tidak kelam-kabut
dalam bacaan sehingga bacaannya tidak sempurna, tidak meninggalkan rukun solat
, tidak menyudahinya dalam keadaan yang tidak tertib..
Kita akan lebih tenang atau relaks dalam solat.. Di sinilah kita bebas dari
ikatan di dunia.. Seolah-olah waktu terhenti, hening apabila kita mendirikan
solat..
..dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Al Baqarah : Ayat 238
Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu katanya:
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila
sembahyang telah dimulai, maka janganlah kamu mendatanginya dengan
tergesa-gesa, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dalam keadaan tenang.
Sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang
yang belum ditunaikan. Riwayat Muslim
Wudhu
Etika semasa berwudhu juga kini semakin ditinggalkan.. Ada yang mengambil
wudhu dalam keadaan ia melakukan pembaziran dan juga dalam keadaan kelam
kabut. Paip dibuka sederas-derasnya, kemudian ia membasuh anggotanya dalam
keadaan sepantas kilat..! Ini menjauhkan sifat ketenangan dalam bersuci. Ada
juga berwudhu sambil mendatangkan ketidakselesaan kepada jemaah yang lain.
Pada waktu wudhu diambil, ia menghembus air dari hidungnya sekuat-kuatnya dan
meludah tanpa mengira ia akan terpercik kepada jemaah disebelahnya..! Ada juga
yang mengambil dalam keadaan pantas dan terburu-buru sehinggakan jemaah
berhampirannya telahpun basah dahulu akibat deras percikannya walaupun belum
berwudhu..! Ini bukan sahaja boleh mendatang ketidakselesaan malah boleh
membangkitkan rasa tidak hormat orang lain kepadanya..!
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam pada
suatu ketika, melintasi Saad ibn Abi Waqqas Radiallahu anhu yang sedang
berwudhu dengan menggunakan air yang banyak. Lalu baginda bertanya,
Mengapakah dengan pembaziran ini? Saad bertanya kepada Baginda: Apakah di
dalam soal berwudhu pun di kira pembaziran? Baginda Sallallahu Alaihi
Wasallam menjawab, Ya, (membazir tetap membazir), sekalipun kamu berada di
sungai yang mengalir - Riwayat Ibn Majah.
Saf
Bagi mereka yang tahu akan kelebihan Saf di dalam solat maka sudah pasti nikmat
berada di Saf yang pertama pasti akan menjadi sasaran..
Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu;
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf
pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di
antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui
kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan
berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang
terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka
akan mendatanginya meskipun secara merangkak. Riwayat Muslim
Sudah pasti semua orang mahukan ketenangan samada dalam kehidupan atau pun
dalam pekerjaan.. Jika kena gayanya dalam berperang pun boleh tenang (kerana
seseorang itu tahu bahawa dia berperang di jalan Allah..!)
Sunat Dalam Solat (Bonus dalam pahala)
Mungkin ramai yang berpendapat membaca doa iftitah sekadar sunat.. Akan tetapi
mengapa perlu meninggalkannya..? Bukankah ia termasuk dalam misi mencari
kesempurnaan solat itu sendiri..?
.Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam;
"Tidak sempurna solat seseorang, sebelum ia bertakbir, mengucapkan pujian,
mengucapkan kalimah keagungan (doa iftiftah) dan membaca ayat-ayat Al Quran
yang dihafalnya" Riwayat Abu Dawud dan Hakim, disahkan oleh Hakim, disetujui
oleh Dzahabi.
Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu:
Ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki masjid, seorang lelaki
juga memasukinya lalu mendirikan sembahyang. Setelah selesai, dia datang
memberi salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Baginda menjawab salamnya lalu bersabda:
Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak
sah.
Lelaki tersebut kembali mendirikan sembahyang sebagaimana yang telah
dilakukannya kemudian kembali menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
dengan memberi salam kepada baginda.
Lantas baginda menjawab salam lalu bersabda:
Sembahyanglah sekali lagi kerana sembahyang yang kamu lakukan tadi tidak sah.
Perkara ini berlaku sebanyak tiga kali sehingga akhirnya lelaki tersebut
berkata: Oleh kerana engkau dibangkitkan untuk menyatakan kebenaran,
bagaimanakah sebenarnya sembahyang dilakukan? Ajarkanlah padaku.
Lalu baginda bersabda: Apabila kamu ingin mendirikan sembahyang, mulakanlah
dengan bertakbir kemudian bacalah ayat atau surah yang paling senang bagi kamu.
Seterusnya rukuklah sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut dan
bangkitlah berdiri. Setelah itu sujudlah sehingga kamu betul-betul berada dalam
keadaan tersebut dan bangkitlah untuk berada dalam keadaan duduk antara dua
sujud. Itulah cara yang perlu kamu lakukan sehingga selesai sembahyang. Sahih
Muslim.
Sehingga kamu betul-betul berada dalam keadaan tersebut, juga bermaksud
sehingga hati menjadi tenang (dari rujukan riwayat Bukhari).
Memahami erti atau maksud bacaan di dalam solat (Mungkin disini barulah
terjawabnya soalan di atas tadi.. )
Umat Islam tidak hanya terdiri daripada bangsa Arab sahaja, ada pelbagai bangsa
dari seluruh dunia. Bangsa melayu adalah sebahagian daripadanya.. Ramai yang
tidak fasih berbahasa Arab dengan itu ramai juga yang tidak memahami apa erti
bacaan di dalam solat.
..dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
Al Baqarah : Ayat 238
Khusyuk itu adalah jalan dalam mencapai kesempurnaan di dalam solat. Bagaimana
pula seandainya kita ditanya oleh anak-anak kita, atau kenalan kita, mengenai
erti atau maksud bacaan di dalam solat sedangkan ramai antara kita yang tidak
memahaminya..?
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam;Barangsiapa bersembahyang,
padahal sembahyangnya itu tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan
mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh
daripadanya.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi ;
Tiada sesuatu yang diperolehi seseorang hamba dari sembahyangnya, melainkan
apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh kesabaran.
Solat itu sendiri adalah motivasi kepada umat Islam untuk lebih mempelajari
bahasa Arab.. Jadi tujuan ana menerangkan di dalam bahasa Melayu adalah sekadar
berkongsi erti maksudnya (walaupun tidak sepandai ahli Bahasa Arab..) Bukankah
kita dapat menjauhi kelalaian di dalam solat dan lebih khusyuk apabila kita
lebih memahami bacaan di dalam solat dan juga doa..?
Kita membaca sesesuatu yang kita fahami di dalam solat dan doa ia memperbaiki
bual bicara kita dengan Allah Subhanahu Wataala.. Sejurusnya.. Marilah kita
mengenali bahasa Arab dengan lebih baik agar pemahaman kita lebih baik dalam
membaca Al Quran, bacaan solat dan juga doa (yakni kita apa yang pohonkan
daripada Allah Subhanahu Wata'ala..)
Andai kita tahu apa yang kita baca dan beriman ke atas apa yang fahami (kerana
telah mengetahui maksudnya) sudah pasti, mereka yang mendirikan solat itu;
Kita yang senantiasa bertutur kata perkataan yang tidak baik akan memelihara
tutur katanya apabila kita rajin dirikan solat dan juga kerana kita faham apa
yang diucapkan di dalam solat.
Lelakii dan wanita yang tidak memelihara auratnya, pasti akan bertegas dalam
memelihara apabila kita rajin dirikan solat dan juga kerana kita faham apa yang
diucapkan di dalam solat. (Rujuk perintah Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah
An Nur Ayat 31 dan Al Ahzab Ayat 59 di bawah sebelum penamat e-mail ini).
Kita yang senantiasa melihat perkara yang haram sudah pasti akan memelihara
daripada memandang dan pandangan yang haram apabila kita rajin dirikan solat
dan juga kerana kita faham apa yang diucapkan di dalam solat.
Kita yang tiada ikatan pernikahan pasti tidak akan berpegangan atau bersentuhan
apabila kita rajin dirikan solat dan juga kerana kita faham apa yang diucapkan
di dalam solat.
Kita yang senantiasa lewat atau melengahkan solat pasti akan mendirikannya pada
awal waktu sekiranya tiada halangan apabila kita rajin dirikan solat dan juga
kerana kita faham apa yang diucapkan di dalam solat.
Kita yang sering timbul perasaan khianat, dengki, dan busuk hati (tak kira
semasa memandu ke atau bila saja) pasti akan senantiasa berzikir di dalam hati
apabila kita rajin dirikan solat dan juga kerana kita faham apa yang diucapkan
di dalam solat.
Dan apa sahaja perbuatan kita yang tidak baik diubah kepada sesuatu yang Allah
Subhanahu Wata'ala cinta, apabila kita memelihara solat dan juga kerana kita
faham apa yang diucapkan di dalam solat.
Rugilah bagi mereka yang solat akan tetapi tidak tahu apa yang diucapkan semasa
solat begitu juga semasa doa..
Mudah-mudahan penerangan ini lebih membantu..
Kurang jelas sekiranya ana cuma jelaskan ia hanya dari sudut maksud bacaan
sahaja sebab itu ana kupas sedikit lebih dari itu.. Maaf kalau panjang sangat..
Untuk mendalami solat, maka rujuklah para alim ulama yang arif dalam perihal
ini..
Ana doakan semoga kita tergolong dalam golongan hambaNYA yang memelihara
solat..
Para sahabat sekalian.. mohon ampun di atas wujudnya sebarang kesilapan dari
ana kerana ilmu yang teramatlah sedikit ini, sesungguhnya Yang Maha Kuasa Lagi
Maha Sempurna itu hanyalah Allah Subhanahu Wata'ala..
Terima Qaseh..
Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu pula bahawasanya Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda:
"Sukakah kamu semua kalau daku jelaskan sesuatu amalan yang dapat melebur semua
kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?"
Para sahabat menjawab: "Sudah tentu, ya Rasulullah."
Beliau Sallallahu Alaihi Wasallam lalu bersabda:
"Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak
disenangi, banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat
sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath (perjuangan menahan nafsu
untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan.)" Riwayat Muslim
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan
sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka,
dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. "
Surah Al Baqarah (Ayat 277)
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Sesungguhnya aku hadapkan wajahku dan diriku bagi Tuhan yang mencipta langit
dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
dan Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan
bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan
mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah,
Ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke
atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjukkan.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya
dan sahabat-sahabatnya.
**______________________________________________**
Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..
**______________________________________________**
Pesan daripada:
Al Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama suami tercinta Al Ustaz Wan Akashah
Wan Abd Hamid - Duta Kehormat Ana
"Bagi Anda Yang Cintakan Dunia Dakwah & Perniagaan Muslim, Kami Menjemput Anda
Bersama Kami.."
Terima Qaseh,
Wassalam..
Azri Al Aziz
[EMAIL PROTECTED]
Jemput serta jemaah kami di
Ana - Mutiara Muamalah Ummah
Al Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[1]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. [2]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [4]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.[5]
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.[6]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang yang sesat. [7]
Al Baqarah (Ayat Kursi)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang
Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan
dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya) [255]
Surah An Nur (Ayat 31)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman,
supaya kamu berjaya.
Surah Al Ahzab (Ayat 59)
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah At Tahrim (Ayat 6)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu
dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka
tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Al Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; [1]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; [2]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; [3]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[4]
Al Falaaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menciptakan sekalian makhluk, [1]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; [2]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [3]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); [4]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".[5]
An Naas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian
manusia. [1]
"Yang Menguasai sekalian manusia, [2]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, [3]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, [4]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, [5]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". [6]
Amin Ya Rabbal Alamin..
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
[Non-text portions of this message have been removed]
===
Mari belajar Islam dan berdakwah melalui SMS
Cara berlangganan: REG SI kirim ke 3252 (Dari Telkomsel)
Tarif Rp.1000 ,- + PPN content akan dikirim tiap hari
Untuk berhenti ketik: UNREG SI kirim ke 3252
http://www.media-islam.or.id
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/