Assalamualaikum,
ketahuilah bahawa yang boleh membawa ke arah mati dalam kejahatan
itu telah ditetapkan oleh Allah Taala dengan beberapa sebab.
Antaranya ialah:-
a. kasihkan kemuliaan dunia
sebagaimana sabda rasulullah s.a.w.
"kasih kepada dunia itu kepala tiap-tiap kejahatan."
sabda nabi s.a.w. lagi
"Dunia ini dikutuk Allah Taala dan dikutuk apa-apa yang ada
didalamnya melainkan orang yang mengajar dan belajar kerana Allah
Taala."
Oleh itu, hendaklah anda menuntut ilmu atau bersahabat dengan orang
alim supaya bertambah ilmu anda tentang diri anda yang sebenarnya.
Bahkan anda tidak akan memperoleh kebaikan melainkan menurut hadis
nabi s.a.w.
"Sesiapa yang tidak mengikut Nabi s.a.w. tidak akan mendapat
syafaat (pertolongan) Nabi di kemudian hari."
b. Takbur
larilah(hindarkan diri) daripada bersifat takbur itu seperti
melarikan diri daripada binatang buas yang hendak membaham anda.
Oleh sebab teramat besar bahaya takbur itu, maka Nabi s.a.w.
bersabda:-
"Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat
zarah daripada takbur."
Takbur ertinya memandang dirinya ada kelebihan daripada orang lain.
kita sepatutnya sedar diri kita tidak mempunyai kemuliaan walau
sezarah pun jika anda merenungi diri kita. Bahkan kita manusia yang
amat hina, serba kekurangan, bebal dan jahil di sisi
Allah.Ketahuilah bahawa takbur itu sifat Tuhan kita. sebagaimana
firman Allah Taala:-
ertinya:"(Iaitu) tidak ada tuhan melainkan Aku-(sesiapa yang
bersifat takbur seolah-olah dia merampas pakaian Tuhannya."
(surah Taha:ayat 14)
c. Riak
ketahuilah kita bahawa riak itu merupakan dosa yang paling besar
yang dinamakan syirik khafi yang amalannya tidak diterima Allah
Taala kerana mengandungi amalan riak.
Firman Allah Taala:-
ertinya:"Tidak Aku suruh mereka itu melainkan menyembah Allah
Taala padahal ia ikhlas baginya agama yang sebenar."
(surah Al-Bayyinah:ayat5)
d. Bakhil
e.Hasad dengki
sesetengah orang yang membawa ke arah mati dalam kejahatan ialah
orang yang bakhil iaitu kedekut dan orang yang suka hasad dengki
iaitu orang yang tidak suka orang lain lebih daripada dirinya.
f. seorang yang memandang ringan terhadap gurunya.
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
"sesiapa yang meringankan gurunya, nescaya akan diturunkan bala
oleh Allah Taala kepadanya dengan tiga perkara:
-Diberi kesempitan rezeki
-Dilupakan ilmunya oleh Allah Taala
-Allah taala mengeluarkannya dari dunia ini dengan menanggalkan
imannya.(Nauzubillah)."
inilah saat-saat paling ditakuti ketika mati dalam keadaan jahat
iaitu ditanggalkan iman oleh Allah Taala.
semoga tatapan ini memberi kita manfaat dan pengajaran yang berguna
kepada kita semua. Semoga kehidupan kita mendapat keredhaan Allah
didunia dan akhirat.
wassalam...