Penyakit Rohani
Sebuah hadis yang menjadi pesanan Rasulullahs. a.w kepada Saidina Ali r.a:
"Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya: Penyakit bicara adalah
bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak,penyakit
akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit beraniadalah
menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,penyakit
tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakandiri,
penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkandiri,
penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah
danpenyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan. .."
Ketika berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: "Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:
1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.
2. Malas ketika sendirian.
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.
Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah: "Ya
Allah,jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya,
ampunilah dosa- dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah
kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku..."
Ketika ditanya bagaimanacara mengubati hati yang sedang resah dan
gundah gulana, Ibnu Mas'udr.a berkata: "Dengarkanlah bacaan al-Quran
atau datanglah ke majlis zikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk
berkhalwat dengan Allah s.w.t.
Jika belum terubat juga, maka mintalah kepada Allah s.w.t hati yang lain
kerana sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...."
Berpesan-pesan sesama insan
Click to join Taman2Syurga
Mari kongsikan bersama artikal2 ttg islam, ceramah pilihan & software percuma
yg berguna
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
[Non-text portions of this message have been removed]