61. "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu mematuhi perintah yang telah diturunkan Allah dan apa yang telah diputuskan oleh rasul nescaya engkau dapati orang Munafiqin menghalang darimu dengan penuh angkuh." Ini menjelaskan kepada mereka bahawa sistem keimanan dan sistem hidup mereka yang asasi ialah menta'ati Allah Azzawajalla (di dalam peraturan-peraturan yang dijelaskan) di dalam al-Qur'an, dan mentaati Rasulullah s.a.w. (di dalam peraturan peraturan yang terkandung) di dalam sunnahnya, juga menta'ati pemerintah-pemerintah dari orang-orang Mu'min yang termasuk di dalam syarat keimanan dan batas keislaman:
ú 59. "Wahai orang-orang yang beriman! Ta'atilah Allah dan ta'atlah kepada rasul dan pemerintah-pemerintah dari golongan kamu." Kemudian ia menjelaskan kepada mereka bahawa tempat rujukan mereka apabila berlaku pertentangan pendapat di dalam masalah-masalah yang baru dan apabila timbul persoalan-persoalan yang tidak mempunyai hukum-hukum yang telah dinaskan ialah Allah dan rasul-Nya, iaitu syariat Allah dan rasul-Nya: ö 59. "Jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah (al-Qur'an) dan rasul (as-Sunnah)." Dengan cara begini sistem hidup Rabbani tetap selama-lamanya dapat menjadi penguasa yang mengawal-segala kemusykilan dan segala persoalan yang timbul secara mendadak di dalam kehidupan umat Muslimin. Dasar ini menggambarkan sistem mereka yang asasi yang menjadikan mereka tidak Mukmin dan tidak Muslim kecuali mereka beriman dengannya dan berusaha merealisasikannya kerana ia menjadikan ketaatan dengan syarat-syaratnya yang tersebut, iaitu tindakan mengembalikan masalah-masalah yang baru muncul yang menimbulkan pendapat-pendapat yang bertentangan kepada Allah dan rasul-Nya adalah menjadi syarat keimanan dan batas keislaman. Ia menjadi syarat yang amat jelas mengikut nas yang jelas: 59. "Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari Akhirat." Kita jangan lupa kepada penjelasan sebelum ini ketika menghuraikan firman Allah: 48. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutukannya dan mengampunkan dosa-dosa yang lain dari itu kepada sesiapa yang dikehendaki Nya." Di sana telah diterangkan bahawa kaum Yahudi telah dicap dengan perbuatan syirik terhadap Allah kerana mereka menjadikan orang-orang alim mereka selaku tuhan-tuhan yang lain dari Allah. *Ini bukannya kerana mereka menyembah orang-orang alim itu, tetapi kerana mereka sanggup menerima hukum-hukum, halal dan haram yang dibuat oleh mereka, iaitu mereka memberi kepada orang-orang alim itu hak dan kuasa memerintah dan menggubah undang-undang dari ciptaan mereka sendiri akibat perbuatan inilah mereka telah dicap sebagai orang-orang Musyrikin*. Semua dosa-dosa yang lain dari syirik adalah diampunkan Allah walaupun dosa-dosa besar "walaupun dia berzina dan mencuri dan walaupun dia minum arak."7 Oleh itu tindakan memulangkan segala urusan bererti mengkhususkan sifat Uluhiyah kepada Allah S.W.T., juga mengkhususkan kuasa Hakimiyah (kuasa pemerintah dan menggubal undang-undang kepada Allah sahaja iaitu salah satu ciri Uluhiyah yang paling khusus bagi Allah. Sesiapa yang bertindak di dalam lingkungan ini dia tetap kekal menjadi seseorang Mukmin dan Muslim dan mempunyai harapan untuk mendapat keampunan terhadap dosa-dosanya termasuk dosa-dosanya yang besar, tetapi sesiapa yang bertindak di luar lingkungan ini, maka dia akan terjerumus ke dalam dosa syirik yang tidak akan mendapat keampunan Allah buat selama-lamanya. Itulah syarat keimanan dan ta'rif keislaman. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ === Mari belajar Islam dan berdakwah melalui SMS Cara berlangganan: REG SI kirim ke 3252 (Dari Telkomsel) Tarif Rp.1000 ,- + PPN content akan dikirim tiap hari Untuk berhenti ketik: UNREG SI kirim ke 3252 http://www.syiarislam.wordpress.comYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

