* **ISLAM <http://wahabamri.blogspot.com>* adalah agama yang sangat
menitikberatkan soal makanan dan penggunaan barangan lain yang boleh
memudaratkan kesejahteraan hidup umatnya
Justeru itu, umat Islam perlu peka terhadap perkembangan maklumat mengenai
makanan dan barangan yang mengandungi bahan yang boleh memudaratkan
kesihatan mereka.

 Pelbagai penyelewangan berlaku di pasaran.Penyelewangan itu bukan sahaja
merangkumi amalan perniagaan yang tidak beretika malah membabitkan
penggunaan bahan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, samada di dalam
makanan mahupun barangan keperluan harian.Bahan bahan kimia dalam makanan
dan yang tersebar di alam sekitar bertanggungjawab terhadap peningkatan kes
kes kanser dan penyakit kronik yang lain.


Tabiat pemakanan kita telah berubah secara mendadak di sebabkan diet
tradisional kita semakin terpinggir berikutan saingan daripada makanan
segera, makanan yang di proses, makanan siap yang boleh dibawa pulang atau
kekerapan makan luar. Akibatnya, pengguna memakan semakin banyak lemak, gula
dan penambah bahan kimia.


Akibat memakan diet yang tidak seimbang dan kurang bersenam, timbul lah
pelbagai penyakit yang di kaitkan dengan makanan saperti kencing manis dan
hipertensi.Obes atau Kegemukan juga bertambah dengan mendadak di kalangan
rakyat Malaysia.

Dari segi keselamatan makanan, undang undang yang terdapat di Malaysia iaitu
Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 tidak mampu melindungi pengguna
dengan sepenuhnya.

CAP atau Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menjalankan uji dan kaji
selama bertahun tahun dan keputusan kajian telah mendedahkan pelbagai
perkara  yang memeranjatkan. Misalnya penemuan sejumlah besar bakteria kebal
dan kuman penyebab penyakit dalam makanan yang di uji.Selain itu, plumbum
dan bahan logamtoksik, asid borik, formaldehid, asid benzoik, perwarna
industri yang di haramkan, racun makhluk perosak, pemplastik dan bahan
berbahaya lain dalam makanan.Keadaan ini menunjukkan betapa seriusnya
pencemaran makanan berlaku di negara kita.

 Dalam usaha menghasilkan paling banyak daging bagi meraih keuntungan
lumayan, binatang ternakan saperti lembu dan ayam di paksa makan, disuntik
dengan hormon untuk mempercepatkan pembesarannya, diberi perangsang selera,
antibiotik,sedatif dan makanan yang bercampur bahan kimia. Kebanyakan bahan
itu didapati boleh menyebabkan kanser malah banyak ternakan mati selepas
diberikan ubat ubatan itu sebelum sempat di bawa ke pusat sembelihan.

Berjuta juta pengguna kini menanggung risiko dalam menjalani kehidupan moden
melalui makanan yang di makan. Mereka terdedah kepada risiko menghidap
pelbagai jangkitan dan penyakit kronik.

Malangnya Akta dan Undang Undang yang ada tidak mampu melindungi pengguna
dengan sepenuhnya disebabkan kekurangan penguatkuasaan.Kebenaran memang
pahit untuk di telan.

Jika kita adalah apa yang kita makan dan jika tabiat pemakanan yang buruk
dibentuk sejak peringkat awal kehidupan, maka ramai di antara kita akan
menghadapi kesulitan.

Nota:
Mesyuarat Jawatan Kuasa Syariah negeri Perak dalam satu mesyuarat pada tahun
2002 memberi pendapat berikut:-
"Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa tiada Fatwa yang telah di buat
khusus mengenai bahan bahan kimia yang terdapat dalam makanan, namun apabila
diyakini bahwa bahan itu memudaratkan maka hukumnya  adalah haram berdsarkan
ayat 195, Sural Al baqarah yang bermaksud"Dan janganlah kamu menjatuhkan
diri kamu dalam kebinasaan."

Sumber: CAP





Salaam & Regards
Amri Abdul Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke