Semua <http://wahabamri.blogspot.com/> makhluk berhak menyebut dan
mempergunakan nama Allah, kerana Allah tuhan Alam semesta.
Tetapi persoalan nya Allah yang di maksudkan
*Islam*<http://serw.clicksor.com/go.php?nid=1&cpx=cpc&uid=2088413591&pid=91123&sid=134090&kw=islam&curl=http%3A%2F%2Fmeta.7search.com%2Fclick%2Fclick.aspx%3Fx%3DfCv7u2OdE3ohjiPmedRpuw%253d%253d_lAYSNrURodxNmEuguRX5zLaglIVmt3jULudnXcDTG1bdnG4QvT4mMMgPIUwW%252fc14nzM3%252b8PfGtciixmXZXMQbMCcqwYeexgdfYQabZ2Rm3qK%252fZwIt4xoqpbc2Wnb6nJWAG6PESx9ecYwt3%252bROXcdKw%253d%253d>dengan
Allah yang di maksudkan Kristian berbeza dan tidak serupa.Yang di
maksudkan Allah oleh Kristian ialah "tuhan 3 dalam satu (Trinity)".
Dan bagaimana pula di kuil, gambar dan patung patung Hindu dan Buddha bila
di panggil Allah? Tentu akan timbul kekeliruan dan mengancam akidah Umat
Islam yang tipis Iman dan Ilmu nya.
Lihat di Indonesia nama Allah bebas di gunakan oleh agama bukan
Islam.Hasilnya kedudukan agama Islam di sana jadi bercelaru.Satu contoh
kecelaruan, orang Islam dan Kristian boleh kahwin tanpa perlu menukar agama
kerana masing masing mengaku menyembah Allah.Lepas itu anak anak mereka
boleh pilih agama mana hendak ikut.Agama bapa nya atau agama ibu nya.Tidak
kah ini sudah jadi keluarga celaru?
Dari keluarga celaru terbina pula rakyat celaru dan akhirnya di peringkat
negara bagaimana pula? Boleh kah kita sebut negara IslamKristian atau negara
KristianIslam?
Kalau begini jadi nya di mana kah letak nya kedaulatan agama wahyu agama
Islam agama Allah nanti? Apabila sesiapa sahaja boleh pergunakan dan
peralatkan perkara perkara yang berkaitan dengan nama Allah?

*Apa yang saya lihat dan persoalkan ada lah penggunaan nama Allah dari sudut
amali nya oleh bukan Islam.Kita curiga bagaimana mereka boleh menjaga
kesucian nama Allah ini sebagaimana kita umat Islam menjaganya.
Bagi bukan Islam apa guna di sebalik nama Allah sedangkan mereka tidak faham
dan kenal siapa itu Allah.Sekiranya mereka tidak mengerti dan mengenali
siapa itu Allah maka tidak layak lah untuk mereka menggunakan nama Allah.
Sedangkan kalimah Allah bukanlah satu kalimah sekadar menjadi tulisan atau
sebutan bagi tuhan semata mata.Ia merupakan nama yang melambangkan Akidah
atau agama bagi orang yang menggunakan nya.
*
Kesimpulan:

   - Sudah tentu "tuhan 3 dalam satu" tuhan agama Kristian bukan tuhan
   Allah. Maka dalam konteks ini mereka tidak boleh guna nama Allah.
   - Sudah tentu tuhan patung agama Hindu dan Buddha bukan tuhan Allah.Maka
   mereka tidak boleh sebut Allah merujuk kepada patung patung tersebut.
   - Apa untung nya Umat Islam di
*Malaysia*<http://ads.clicksor.com/search.php?q=malaysia>jika nama
Allah di benarkan di guna oleh bukan Muslim?
   - Benarkah melarang mereka guna nama Allah akan membantutkan dakwah.Dan
   menjauhkan orang bukan Islam untuk mendekati Islam?
   - Orang Kristian tidak perlu menamakan tuhan mereka itu Allah kerana
   tidak tersebut di dalam bible tuhan mereka namanya Allah.Dalam kitab
   agama Hindu dan Buddha langsunglah tidak wujud nama Allah.
   - Mengapa tiba tiba di Malaysia mereka beria ia mahu guna nama Allah?
   .Sudah tentu mereka ada ajenda.Mungkin untuk mempermudahkan kerja dakyah
   mereka memurtadkan orang Islam dengan memperguna atau memperalatkan nama
   ALLAH.
   - Tidak mustahil satu hari nanti gereja gereja di hiasi dengan logo logo
   tulisan Allah.Menara di letak lambang Allah ganti lambang salib.Hingga
   akhirnya Masjid dan gereja nampak kurang perbezaan nya.Siapa nanti akan
   keliru?
   - Mereka akan pakai T Shirts berlogokan tulisan Allah.Umat Islam ada
   hukum berkaitan kegunaan nama Allah.Umpama tulisan nama Allah tidak boleh di
   bawa ke dalam tandas dan tempat tempat maksiat dan kotor.Bagi mereka, tidak
   jadi masaalah, mereka boleh bawa nama Allah kemana mana sahaja mereka suka,
   ke tandas, tempat perjudian kerana mereka tidak terikat dengan hukum hukum
   Islam .

Saya hanya menyuarakan kebimbangan saya.Saya tidak tolak pendapat Dr Asri
dan TGNA .Tetapi saya lebih setuju dengan pendapat ramai ulama dari JAKIM,
dan beberapa ulama lain di luar JAKIM.
Realiti nya boleh kah kita jamin agama agama lain, terutama Kristian di
Malaysia. tidak akan ambil kesempatan mengguna nama Allah sebagai alat untuk
memesongkan umat Islam yang kian tenat akidah nya hari ini?
.

Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
http://wahabamri.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke