*Kadang kadang kemenangan* sesuatu kaum atau bangsa dalam sesuatu arena di
lihat tidak lojik boleh berlaku.Dan memang ada kemenangan yang memang lojik
patut berlaku.Tetapi perlu di ingat sesuatu kemenangan itu di sisi Allah ada
bersebab.Ada sebab sebab lahir dan ada sebab sebab batin.Ada kemenangan itu
tersurat dan ada yang tersirat.

Oleh itu kita Umat Islam seharusnya tidak melihat kemenangan itu atas sebab
sebab lahir dan yang tersurat sahaja. Kita perlu lihat sebab sebab batin dan
yang tersirat sama.

Mungkin kita boleh lihat di sini tentang beberapa sebab kemenangan yang di
anugerah Allah kepada sesuatu kaum atau bangsa.

Ada Allah beri kemenangan di atas sifat Taqwa.Ada di beri atas keberkatan
sesuatu perkara.Ada atas dasar istidraj (murka Allah) dan ada atas dasar
kekuatan lahir.



   1. *Sebab kemenangan atas Sifat Taqwa* - Bangsa ini yang berusaha atau
   berjuang atas dasar pergantungan nya kepada Tuhan.Setiap langkah nya adalah
   kerana Allah Taala semata mata.Segala perjalanan usaha dan perjuangan nya di
   ambil kira tentang syariat Tuhan yang 5 iaitu Hukum Halal, Haram, Makruh dan
   Harus.Dalam berjuang tidak lekang ingatan nya pada Tuhan, tidak lupa
   memperbaiki diri, tidak menyakiti perasaan orang lain dan sentiasa merasa
   diri nya hamba Tuhan.Bangsa ini Allah jamin kemenangan dan kejayaan keatas
   mereka saperti yang Allah nyatakan dalam Al Quran, maksudnya: *"Berhak di
   atas Kami memberi kemenangan kepada orang mukmin".(Yunus:103)*

   2. *Sebab kemenangan kerana Keberkatan* - Bangsa ini di beri kemenangan
   atas amalan kebaikan mereka yang di pandang besar oleh Tuhan.Allah kurniakan
   kepada sesiapa sahaja, termasuk yang fasik dan kafir.Contoh amalan amalan
   yang mendatangkan berkat ialah saperti taat kepada ibu bapa yang soleh,
   berkhidmat kepada guru yang soleh,membantu perjuangan yang hak yang di
   perjuangkan orang soleh, orang yang berkhidmat dengan anak anak yatim,
   pemerintah yang berkhidmat dengan baik kepada rakyat nya.Inilah yang di
   maksudkan dalam hadis yang maksudnya:- *"Dengan sebab mereka, mereka di
   beri pertolongan".*

   3. *Kemenangan atas dasar Istidraj - *Ini lah kemenangan yang kita tidak
   mahu.Allah beri kemenangan atas dasar murka nya kepada bangsa itu kerana
   bangsa itu zalim, derhaka, dan kufur.Mereka tertipu dengan kemenangannya
   agar mereka makin lupa dan terus melakukan kezaliman atau kederhakaan atau
   kekufuran.Hingga akhirnya mereka binasa dengan kejahatan sendiri dan
   menjerumus kedalam neraka!

   4. *Kemenangan atas dasar Kekuatan Lahir* - Kemenangan yang Allah beri
   kepada bangsa ini (termasok yang derhaka dan kafir) adalah atas "sebab"
   ianya bangsa yang mempunyai kekuatan ilmu,tenaga manusia, alat alat
   canggih,rajin, berdisiplin,berani dan tahan berhadapan dengan
   cabaran.Kemenangan jenis ini adalah kemenangan yang biasa berlaku atau kita
   panggil kemenangan yang memang lojik di akal.Dan kita lihat ianya memang
   biasa berlaku di mana mana pada zaman ini.Allah beri kemenangan sesuai
   dengan usaha dan kemampuan nya.Ini boleh juga di katakan kemenangan bersifat
   Istidaraj kerana mereka percaya kemenangan itu adalah atas daya usaha mereka
   sendiri dan tidak bersandar kepada ketentuan Allah.

   Kemenangan atas Sifat Taqwa lah kemenangan yang selamat dan menyelamatkan
   tetapi malang nya ia sudah tidak berlaku lagi pada hari ini.Kita harap dia
   akan berlaku , tetapi tidak tahu bila Allah akan lakukannya.

   Salaam & Regards
   Amri el Wahab
   68000 Ampang, Selangor
   MALAYSIA
   SMS: 0122441105
   Sila ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke