Saya ingin bertanya, benar kah Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan?
Perkataan ini selalu di sebut sebut oleh orang politik.Kalau benar, jenis
politik yang bagaimana?


   1. Apa yang saya lihat politik yang di amalkan oleh orang orang politik
   Islam di Malaysia adalah politik ciptaan dari ideologi barat yang ianya jauh
   dari nilai nila murni Islam.
   2. Salah satu perkara dalam pengamalan politik ini ialah membenarkan dan
   menghalalkan taktik maki hamun, carut mencarut,hasut menghasut, cabar
   mencabar,fitnah memfitnah, kata mengata, dan jatuh menjatuhkan.
   3. Bahkan salah satu idea politik barat ialah "you tell lies ten times to
   make your lies looks like truth".Berbohonglah hingga sepuluh kali dan
   akhirnya orang akan percaya kepada kamu.
   4. Maka "pembohongan" juga adalah salah satu taktik mainan politik.
   5. Mereka kata "politic is a dirty games".
   6. Orang politik yang ingin "survive" dalam arena politik hendak tidak
   hendak terpaksa terlibat dengan "the dirty games" atau permainan kotor ini.
   7. Tidak kira siapa, hatta ahli agama sekali kalau terlibat dan tidak
   berhati hati, pasti akan terlibat dan bergelumang dengan permainan kotor
   ini.
   8. Cara amalan politik jenis ini yang di gunakan oleh orang politik Islam
   di Malaysia adalah sangat bertentangan dengan nila nilai murni Islam itu
   sendiri.
   9. Maka dari sudut apa yang saya sebut tadi saya percaya bahawa kata kata
   yang selalu di sebut oleh orang politik Islam dengan mengatakan *Islam
   dan politik tidak boleh di pisahkan* adalah tidak benar sama sekali.

   10. Mana mungkin politik jijik jenis ini sebahagian dari Islam?

   11.  Tentu sekali politik Islam yang sebenar datang nya dari langit yang
   di wahyukan oleh Tuhan dan ianya bersih dan suci dari gejala gejala kekejian
   politik cipataan manusia.
   12. Orang politik Islam yang hendak mempertahankan penglibatan nya dalam
   arena politik Malaysia mungkin kena jujur dan berkata *"Politik Islam dan
   Islam tidak boleh di pisahkan".Dan katakan lah juga politik barat yang di
   amalkan mereka kenalah di pisahkan dari Islam.
   *


Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke