Lidah cabul, suka memaki hamun, mengumpat dan suka berkata benda benda kotor
adalah sifat keji yang di larang oleh agama.Ia nya adalah di antara sifat
sifat yang tercela.Dalam agama manusia yang ada sifat ini di kategorikan
manusia yang jahat dan durjana.

Amat malang sekali Umat Islam zaman ini terutama pemimpin pemimpin politik
berdemokrasi dan penyokong penyokong nya, ramai yang terkena penyakit
ini.Mereka mengamalkan sifat ini terang terang tanpa segan silu.Seolah olah
ia nya satu kemestian bagi orang orang politik untuk memiliki sifat ini
dalam berpolitik.Orang politik yang tidak mempunyai sifat ini akan tertekan
dan tersingkir.

Bahkan ada ahli ahli agama yang membenarkan perkara ini (terutama bab
mengumpat) atas alasan menentang kezaliman.Memang benar tetapi sifat ini
tidak boleh di pergunakan sesuka hati oleh orang awam.Hanya kadhi, hakim dan
ulama sahaja boleh mengumpat.Kerana mereka arif dalam perkara ini.Itu pun
ada juga ulama mengatakan mengumpat yang di benarkan itu pun amat bahaya
kalau di laksanakan.Ia nya umpama bermain main di pinggir neraka! Tersilap
mengumpat masok neraka.

Mengumpat itu melanggar kehormatan orang lain saperti yang di jelaskan oleh
Sabda Rasulullah s.a.w:

*"Wahai golongan orang orang yang telah beriman lidah nya, tetapi belum
beriman hati nya! Jangan lah kamu mengumpat kaum Muslimin dan jangan pula
mengintip intip keaiban keaiban nya.Sebab barang siapa yang mengintip
keaiban saudara nya nescaya Allah akan mengintip keaiban nya, nescaya Dia
kan mendedahkan nya, meskipun ia berada di tengah tengah rumah."*
**
*Sabda nya lagi**"Wahai orang orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum
menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang di hina itu lebih
baik dari yang menghina.Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan
yang lain, barangkali mereka yang dihina*
*lebih baik dari mereka yang menghina."*

*Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud:*
*"Waspadalah kamu dari kata kata yang kotor, kerana sesungguh nya Allah
Ta'ala tiada suka kepada kata kata yang kotor dan perilaku yang cabul."*
**
*Rasulullah s.a.w pernah melarang para sahabatnya supaya jangan memaki hamun
kaum Musyrikin yang terbunuh di dalam peperangan Badar dengan sabdanya*:
*"Jangan kamu memaki maki mereka ini, yakni orang orang Musyrikin yang
terbubuh di dalam perang Badar itu, sebab caci maki mu itu tidak akan
memberikan apa apa kesan kepada mereka, malah sebalik nya kamu akan
menyakiti hati orang orang yang masih hidup )dari keluarga si* mati).
Bahawsanya kata kata kotor itu adalah suatu kejahatan.

*Rasulullah bersabda lagi**:" Bukan seorang Mukmin jika ia jadi pencaci,
pelaknat, yang suka berkata kotor kotor atau yang lidahnya suka menyebut
kata kata hina."*
**
Datang seorang Arab badawi kepada Rasulullah s.a.w lau bertanya.
"Wahai Rasulullah! Berikanlah aku suatu wasiat ! Maka Rasulullah pun
bersabda:
*" Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah. Kemudian sekiranya ada orang yang
memalukan engkau lantaran sesuatu keaiban yang di ketahuinya ada padamu,
maka jangan lah hendaknya engkau membalasnya dengan memalukan nya lantaran
sesuatu keaibannya yang engkau mengetahui pula, kelak bencananya akan
tertimpa atas orang itu, manakala pahalanya pula akan dicatitkan bagi
mu.Juga jangan sekali kali memaki sesuatu."*
**

Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke